Jadikan wang bekerja untuk kita
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang imbangan akaun perbelanjaan untuk 3 golongan iaitu miskin, sederhana dan kaya. (Klik disini untuk bacaan lanjut)
Tentu sekali kita mahu tahu bagaimana cara orang yang mahu menjadi kaya berbelanja. Saya sendiri dahulu pun tidak mengetahui cara mereka berbelanja sehingga tahu rahsia perbelanjaan mereka melalui bacaan siri buku Richdad tulisan Robert T.Kiyosaki.
Serba sedikit latarbelakang Robert T.K, beliau adalah bekas pesara tentera perang Vietnam pada tahun 1970. Datang daripada keluarga pendidik di Hawaii dan juga pernah dibimbing oleh bapa rakan karibnya yang merupakan anak seorang pemilik bisnes dan hartanah yang luas di Hawaii.
Robert T.K pernah muflis pada tahun 1980an dan kemudian bangkit semula tahun 1990an. Dalam masa singkat saja beliau mampu mengumpul asset dan kekayaan berupa hartanah yang bernilai. Beliau kongsikan pengalamannya sebagai seorang pesara yang memulakan bisnes, dan kemudiannya lingkup. Selepas itu bangkit semula dan berjaya menjadi seorang jutawan hartanah.
Dalam posting ini saya belum lagi memperincikan apa yang boleh kita usahakan sepertimana yang disarankan oleh Robert T.K. Apa yang mahu saya kongsikan adalah bagaimana kita mahu mengubah cara fikir daripada seorang yang bergantung kepada kerja makan gaji kepada usaha untuk berdikari walaupun jatuh berkali kali.
Untuk mengubah cara fikir, kita memerlukan inspirasi daripada seseorang yang telah berjaya daripada kehidupan biasanya seperti kebanyakan orang. Bermaksud, orang itu bukan anak orang kaya, bukanlah daripada keluarga yang senang. Sama seperti kita juga asal orang susah kais pagi makan pagi dan ibu bapa hanya kerja kuli makan gaji atau mengambil upah kerja saja.
Saya percaya ramai kalangan pembaca yang setia mengikuti penulisan saya asal daripada orang biasa. Ada yang asal anak kampung yang ibu bapanya bekerja sebagai petani dan nelayan. Ada yang asal anak orang bandar tetapi ibu bapanya cuma bekerja makan gaji biasa. Tetapi dengan siapa pula kita bergaul, itulah yang akan menentukan cara fikir kita dan halatuju hidup kita.
Bukan mudah untuk berubah, tetapi cara fikir kita akan berubah apabila dibimbing dengan ilmu pengetahuan yang dapat mengubah cara hidup kita. Kita biasa hidup susah dan juga selalu gagal. Tetapi kerana pengetahuan yang diberikan kita nampak sinar yang cerah dan kejayaan yang boleh diterokai semula.
Ya, kita mungkin telah buat kesilapan kerana tidak belajar bersungguh sungguh dahulu sehingga gagal SPM atau gagal masuk universiti. Tetapi Robert T.K telah mengajar bahawa untuk berjaya kelulusan dalam pendidikan bukan penentu segalanya. Apa yang akan mengubah masa depan kita daripada kegagalan lalu adalah pengetahuan kita dalam ilmu kewangan.
Bagaimana untuk mendapatkan wang, mengurus wang, membelanjakan dan menggunakannya untuk mendapatkan asset yang boleh menjana lebih banyak pendapatan. Kelulusan hanyalah kelayakan untuk bekerja supaya dibayar dengan gaji atau upah yang tinggi. Kalau mahu mendapat penghargaan tinggi, mahu ada pangkat dan jawatan tinggi, dapatkan lah kelulusan tinggi itu. Tapi jangan dihina dan pandang rendah pada orang yang tidak berkelulusan tinggi.
Gaji dan upah tinggi belum tentu menjamin bahawa pengurusan kewangan kita boleh menjadi baik. Mungkin juga dengan wang yang banyak itu akan membuat kedudukan kewangan kita menjadi lebih buruk. Bagaimana ia boleh terjadi? Apabila tanggungan hutang yang banyak dan menambah beban kos pembayaran operasinya.
Tetapi bagi mereka yang mampu mengubah cara fikir dalam berbelanja walaupun dengan wang yang sedikit, lama kelamaan mampu membangunkan asset sungguhpun dengan berhutang namun ia adalah hutang yang bagus. Hutang yang membangunkan asset dan dengannya juga diguna untuk bayar hutang.
Apabila cara fikir berubah, apa saja pekerjaan boleh dilakukan asalkan ia halal dan menghasilkan duit. Kerja makan gaji, kerja mengambil upah, buat bisnes sampingan. Apa yang penting adalah duit masuk. Ada kelulusan tinggi atau tidak, ia bukan sebab untuk memilih pekerjaan.
Apakah yang sedang difikirkan dengan cara pemikiran begitu? Apa yang sedang fikirkan adalah untuk membuktikan diri mampu berjaya walaupun serba kekurangan. Kita akan buang ego kita dengan kelulusan yang tinggi boleh menjadikan kita seorang yang layak mendapat gaji tinggi atau layak mendapat pangkat atau pekerjaan yang lebih baik.
Apabila kita ubah pemikiran bahawa kejayaan itu ditentukan oleh cara kita mengurus wang, cara kita berbelanja, cara kita mendapatkannya, maka kita tidak lagi terikat dengan kelulusan yang tinggi untuk menjadi kaya atau hidup dengan lebih senang. Kita akan dipandu oleh pengurusan kewangan yang baik dapat menghasilkan kejayaan dalam menjana pendapatan yang banyak daripada pelbagai sumber.
Ubah cara fikir kita, ubah gaya hidup kita, ubah cara berbelanja kita. Jangan hanya fikir dengan kelulusan tinggi saja kita mampu kaya raya, jangan hanya fikir dengan berkawan dengan orang berpengaruh dan kaya saja kita dapat kaya, jangan hanya fikir dengan berbelanja mewah kita akan kelihatan kaya.
Hidup dengan sederhana tetapi pengurusan kewangan kita cekap dalam perbelanjaan yang dapat membangunkan asset. Asset yang dapat menjana pendapatan tambahan dan tidak membebankan dengan tanggungan hutang dan kos operasi yang tinggi.
Kesimpulan
Sangat panjang dan nampak berbelit belit posting ini. Sebagai ringkasan, disimpulkan bahawa cara berfikir dan dengan siapa kita berkawan akan memberi inspirasi untuk kita berjaya walaupun tanpa kelulusan tinggi, atau pernah gagal berkali kali.
Ilmu pengurusan kewangan itu lebih penting daripada kelayakan kelulusan untuk mendapat bayaran wang yang tinggi untuk pekerjaan yang bagus. Cara kita berbelanja bukan hanya untuk memenuhi keperluan dan kemudahan Tetapi juga untuk menjana pendapatan tambahan melalui perbelanjaan dalam pembangunan asset. Perkara ini yang perlu kita lebih banyak untuk belajar.
Akhir kata, soalan saya adalah sekarang anda mula bersemangat membaca penulisan saya? Kalau tak berhenti saja disini. Anda tak layak membacanya. Anda seorang yang ego tinggi dan suka berlagak memperlekehkan orang lain. Suatu hari nanti anda pasti akan jatuh kerana sombong dan berlagak. Karma itu pasti.
Kenapa orang kaya terus menjadi kaya
Adakah anda sudah bersedia untuk mengubah cara perbelanjaan anda? Kalau sudah, baca lanjut perkongsian selanjutnya dengan KLIK DISINI. Baca dulu kemudian kalau anda mahu berubah terpulang. Kalay bukan sekarang, mungkin akan datang. Yang penting anda sudah tahu apa patut dilakukan untuk berubah.
===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan
Catat Ulasan