Langkau ke kandungan utama

Usah Mengajar, Bina Semangat

Jangan cuba untuk mengajar sesiapa pun


Cara terbaik untuk berubah adalah kita belajar sendiri melalui pengalaman dan panduan. Secara jujurnya kita tidak berapa suka untuk diajar, adakah pembaca setuju?

Kenapa tak suka diajar? Ia sebenarnya merendahkan diri kita, menghina diri kita. Walaupun kita tidak merasa demikian, lama kelamaan kita pasti akan terasa. Tak kira sama ada kita tidak berpelajaran tinggi apatah lagi yang berpelajaran tinggi.

Blog ini saya sedaya upaya tidak menulis sesuatu yang cuba untuk mengajar sesiapa. Saya akan cuba untuk memberi panduan cara bagaimana untuk berubah. Selebihnya pembaca sendiri perlu belajar dan berusaha untuk mengubah diri dan masa depan.

Kita perlu memberi semangat kepada orang lain, supaya mereka dapat hidup dengan gembira. Semangat akan memberi harapan. Tanpa semangat, kita akan bersedih. Kesedihan tidak menyelesaikan masalah. Kesedihan mengakibatkan kemurungan berpanjangan. Kemurungan akhirnya menyebabkan kita tidak bersemangat lagi untuk meneruskan hidup.

Apa perjuangan hidup kita?

Bagaimana memberi semangat? Tetapkan apa perjuangan kita dalam hidup. Seseorang yang tidak lagi bersemangat dalam hidup perlu diberi kesedaran semula. Supaya dia memahami apa tujuan dia hidup. Bukan orang miskin dan susah saja yang boleh hilang semangat hidup, orang hidup senang dan berjaya juga boleh hilang semangatnya.

Semua itu berkaitan dengan matlamat perjuangan. Dalam blog ini saya menekankan perjuangan tentang kebebasan. Kita bebas untuk berubah tanpa kongkongan sesiapa. Kita tidak mahu terikat dengan sesiapa pun, kita mahu bebas untuk hidup mencapai sesuatu yang diinginkan.

Kita mahu bebas dalam kewangan, walaupun mungkin terikat dengan makan gaji dan mesti ikut peraturan majikan, tetapi kita masih tetap mahu berjuang untuk bebas dalam kewangan. Kita tak mahu terus bergantung hanya kepada pendapatan daripada gaji. Kita mahu ada kemampuan menghasilkan pendapatan sendiri.

Kita mahu bebas menikmati kehidupan yang lebih bahagia, walaupun kita disibukkan dengan kerja... Kerja... Kerja... Kerja yang tak pernah habis, sebaliknya semakin berlambak, kita tetap mahu berusaha supaya tidak lagi dibebani dengan kerja yang banyak. Kita mahu bebas memilih cara bagaimana untuk bekerja dengan mudah. Akhirnya kita ada pilihan untuk keluar daripada kerja yang tidak memberi kebebasan untuk kita.

Semangat kebebasan inilah yang mengajar kita bagaimana melakukan sesuatu untuk mencapainya. Kita tahu apa perjuangan kita, kita tahu apa perlu dibuat. Apa yang kita mahu daripada orang lain adalah kata kata semangat. Kita mahu orang lain memberi semangat kepada kita, memberi panduan kepada kita. Supaya nampak jalan bagaimana untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kebebasan itu.

Semua orang tak suka dihina dan dipandang rendah

Kita tak suka orang lain mengajar kita, kemudian merendah rendahkan kita. Menghina kita dengan mengatakan kita bebal, lembab, tak masuk ajar, sekolah setakat darjah enam atau SPM. Kata kata itulah yang akan melemahkan semangat kita. Kita tak perlukan pengajaran daripada orang yang kurang ajar. Apa yang kita perlukan adalah teladan yang baik, inspirasi, panduan, kata semangat, nasihat yang baik.

Kita perlukan perkataan yang dapat membina minda, membentuk pemikiran, merangsang semangat perjuangan. Itu yang kita perlukan daripada seseorang. Itu yang kita mahu dengar dan baca daripada perkataan dan juga penulisan. Jangan menambah duka kesedihan kita, jangan menyakitkan lagi hati kita. Jangan menambah lagi beban kita.

Kita tidak mahu bersedih lagi, kita mahu menyelesaikan masalah kita, kita tidak mahu terus dibelenggu dengan masa silam yang buruk. Kita mahu mulakan hidup baru. Kita mahu berubah, kita mahu membina masa depan yang lebih baik.

Bukan mahu mendengar orang lain mengajar kita dengan cara menghina, merendah rendahkan kita dan memperlekehkan kita. Kita ada kehormatan, kita ada maruah diri. Orang baik pada kita, kita baik pada orang. Orang tolong kita elok elok, kita ucap terima kasih pada mereka.

Barulah kita ada semangat untuk berubah dan mengubah apa yang patut diubah yang menjadi penghalang kepada kejayaan kita untuk mencapai kebebasan. Perjuangan kita adalah untuk membebaskan diri dan membebaskan orang lain supaya semua kita dapat hidup dengan bahagia.

Kesimpulan

Pemimpin tidak akan mengajar seseorang bagaimana mahu melakukan sesuatu. Pemimpin menunjukkan apa yang telah dia lakukan. Kemudian memberi semangat kepada orang lain apa yang diperlukan untuk menjadi lebih baik.

Para nabi dan rasul tidak mengajar manusia cara sembahyang dan mengaji kitab. Para nabi dan rasul memberi semangat kepada manusia kenapa perlu belajar sembahyang dan membaca kitab. Kemudian dengan semangat itulah manusia dengan sendirinya akan mengikut para nabi bersembahyang dan membaca kitab bersama sama.

Para nabi dan rasul sudah memberi panduan bagaimana untuk memimpin manusia. Daripada situ kita belajar untuk jadi pemimpin yang boleh memberi semangat kepada sesiapa sahaja.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih