Langkau ke kandungan utama

Public Gold


Daftar Akaun PG GAP disini

Apa itu Public Gold?

Mungkin pembaca sekalian pernah mendengarnya. Bagi yang belum, ia adalah syarikat yang mengeluar dan menjual emas. Maklumat lanjut boleh lawati terus website www.publicgold.com.my

Saya sudah berurusan dengan public gold semenjak tahun 2007 lagi dan perkhidmatan mereka tak pernah mengecewakan. Kita boleh membeli emas secara online dan menjual balik di cawangan Public Gold terdekat. Jika kita kenal pengedar pun boleh menjual kepada mereka.

Selain menjual emas dalam bentuk fizikal, Public Gold juga menawarkan pembelian secara terkumpul sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau dengan harga RM100 sahaja. Untuk urusan pembelian ini kita perlu buka akaun Public Gold secara online saja dan diberi nombor akaun PG dan password masuk. Jangan risau, akaun ini selamat sepertimana akaun bank.


Gold Accumulation Program (GAP)

Program yang dikenali sebagai GAP (Gold Accumulation Program) ini membolehkan kita membeli emas sedikit demi sedikit dan mengumpulnya sehingga banyak. Kita boleh mengeluarkannya kepada bentuk fzikal apabila cukup 1 gram di mana mana cawangan Public Gold atau hubungi pengedar untuk mengurus penghantaran jika tidak dapat berurusan di cawangan.

Bukan itu saja, kita boleh menjual balik emas dari akaun dan menukarnya kepada tunai. Harga jualannya mengikut ketetapan PG dan boleh disemak dalam akaun itu sendiri. Jika mahu menjual, sebaiknya harga jualan mesti tinggi daripada harga belian yang kita bayar dulu, supaya kita dapat untung.

Melalui akaun GAP Public Gold ini membolehkan kita menyimpan emas dengan mudah dan secara konsisten. Apabila ada simpanan wang RM100 terus tukar kepada emas dan deposit emas akan dimasukkan ke dalam akaun selepas deposit wang sudah diterima bahagian pengurusan pemasaran PG.

Sekiranya anda berminat membuka akaun GAP Public Gold ini boleh email saya di reyanna2u@gmail.com atau boleh daftar terus DISINI

Kenapa perlu menyimpan emas? KLIK DISINI untuk senarai bacaan lanjut perkongsian berkaitan asset emas.

Daftar Akaun PG GAP disini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih