Langkau ke kandungan utama

Programming and Repeating

Lagi sebab kenapa yang kaya terus kaya dan miskin terus miskin.

Sila tonton video ini, jika tak faham, di bawah ini ada ulasan ringkas.


Secara ringkasan, pemikiran manusia mula terbentuk dengan aktif sejak lahir sehingga umur 7 tahun melalui pembelajaran secara pemerhatian dan juga pendengaran. Tempoh ini sangat penting sebagai fasa programming.

Kemudian pemikiran manusia mula dilatih untuk mempercayai dan meyakini sesuatu seawal umur 8 tahun. Peringkat awal perlu banyak latihan secara berulang ulang sehingga mahir dan biasa melakukannya. Fasa ini dikenali sebagai pengulangan dan ianya penting untuk mencapai kejayaan.

Apabila umur meningkat remaja dan seterusnya dewasa, pengulangan demi pengulangan akan membiasakan kita untuk melakukan sesuatu dan akhirnya jadi tabiat kebiasaan sepanjang hayat.

Tabiat inilah yang menentukan sama ada kita berjaya atau gagal. Jika tabiat buruk sudah dibentuk sejak umur 8 tahun dan tidak diubah segera ia akan berlanjutan sampai ke tua dan sebab itulah gagal dalam hidup.

Sekarang jika umur kita sudah dewasa dan menghampiri senja, masih belum terlambat lagi dan untuk berubah. Tetapi terlalu banyak usaha perlu dilakukan kerana masa kita sudah singkat.

Walaubagaimanapun, jangan menekan diri sendiri. Boleh berubah namun buat setakat yang mampu. Tetapi jangan diulang kesilapan kita membentuk perubahan dan kemahiran diri dengan anak anak kita.

Kita bentuk mereka sejak lahir lagi sehingga dewasa bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dan berguna.

Ehh... Kata ringkas tapi panjang berjela jela pula. Tanpa buang masa lagi cukup saja sampai di sini perkongsian kali ini.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih