Belanjawan Peribadi
Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain.
Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita.
Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan jangka panjang. Kita cuma kecilkan skop.
Begini caranya, kita mesti ada kerja untuk mendapatkan wang. Tak kira kerja tetap makan gaji atau kerja buat bisnes sepenuh masa. Kalau yang bekerja tetap dan mahu buat bisnes separuh masa pun boleh, yang penting dapat menghasilkan duit untuk sumber pendapatan. Lagi banyak sumber lagi baik, tidak terlalu bergantung kepada satu punca saja.
Kemudian bagaimana kita mahu menguruskannya memerlukan satu akaun balance atau penyata imbangan akaun perbelanjaan. Supaya kita tahu ke mana duit itu akan pergi. Jika tidak mahu secara terperinci, senaraikan apa yang mahu dibuat dengan duit pendapatan secara umum saja.
Sebagai contoh, pendapatan itu dibahagikan kepada perbelanjaan keperluan harian seperti makanan, minuman, pakaian. Selain itu, perbelanjaan untuk minyak atau kos pengangkutan. Perbelanjaan untuk membeli peralatan kemudahan, hutang kenderaan dan rumah juga termasuk dalam perbelanjaan. Perbelanjaan melancong atau aktiviti riadah.
Senarai perbelanjaan ini akan nampak jelas ke mana wang kita akan pergi. Perbelanjaan apa paling banyak dan apa yang perlu dikurangkan sekiranya perbelanjaan melebihi pendapatan. Kadang kadang kita berbelanja lebih kerana tidak ada senarai perbelanjaaan. Sehingga perbelanjaan kepada perkara tida penting lebih banyak daripada perkara penting.
Walaupun agak sukar untuk mengurus perbelanjaan secara tepat, ini boleh menjadi panduan buka saja untuk kita berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan tak perlu. Tetapi juga kita boleh tahu berapa banyak perbelanjaaan terlebih itu dan kemudian mencari alternatif lain bagi menjana lebihan pendapatan.
Adakalanya, bagaimana cara sekalipun untuk kita berjimat sekiranya apa yang dibelanjakan itu bukan terlebih sebab kita banyak membelinya tetapi kerana harga meningkat dan tanggung bertambah. Jumlah kuantiti apa yang dibelanjakan kekal tetapi harga meningkat. Itu di luar kawalan.
Maka itu satu rangka belanjawan itu perlu ada, jika tidak terlalu baik dan kemas sekalipun, cukup dengan catatan nota. Namun, seandainya mahu mempunyai rancangan belanjawan yang lebih spesifik memerlukan satu rangka belanjawan yang lebih terperinci. Boleh dibuat secara rangka tahunan, bulanan dan mingguan.
Pengetahuan pengurusan belanjawan ini saya belajar daripada siri buku kewangan Robert T.Kiyosaki. Saya berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu bagi pembaca yang ingin tahu. Saya sendiri juga masih lagi terus belajar cara pengurusan belanjawan yang baik. Bila saya tahu bukan bermakna saya pakar dan hebat dalam pengurusan kewangan dan juga belanjawan.
Lebih baik kita belajar sama sama asasnya supaya dapat membentuk belanjawan peribadi dan keluarga yang seimbang. Seterusnya menghasilkan pembangunan berterusan. Perkongsian cerita ini akan saya catat dalam posting akan datang secara berperingkat peringkat.
Tahukah anda
Dengan belanjawan yang cekap membolehkan kita mampu menjadi kaya. Merancang belanjawan memerlukan akaun imbangan. Apa itu akaun imbangan sila KLIK DISINI untuk bacaan lanjut.
===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan
Catat Ulasan