Modal yang sering lupa digunakan sebaiknya
Adalah akal yang ada pada otak diri sendiri. Kenapa ramai orang sukar untuk terus maju ke hadapan? Bukan sebab tak cukup wang atau tak ada kemudahan atau tak sekolah tinggi. Tetapi sebab kurang pakai otak dan tak ada idea bagaimana nak maju.
Tanpa wang, otak dapat digunakan untuk melakukan sesuatu secara percuma. Tanpa kemudahan juga otak dapat digunakan untuk mencari jalan cara bagaimana untuk memudahkan sesuatu urusan. Gagal sekolah tinggi pun otak masih dapat terus belajar selagi nyawa dikandung badan. Apa masalahnya? Masalahnya, tak fikir guna otak. Hilang akal tak tau nak buat apa.
Untuk menjadi lebih maju, usah terlalu fokus kepada wang dan kemudahan. Fokus kepada bagaimana untuk mengasah otak supaya mampu berfikir dengan akal sedar dan separa sedar. Apa itu akal sedar dan separa sedar? Dua akal ini akan membezakan antara orang yang bebal dengan orang yang bijak.
Pembangunan akal sedar
Kita mesti sedar diri, itu yang sangat penting untuk kita tahu. Jangan jadi orang yang tak sedar diri. Sebagai contoh, kita mengata orang lain bodoh tetapi tidak sedar diri sendiri juga bodoh. Mengata orang lain menyeleweng dan malas bekerja, diri sendiri pun sama saja.
Menyeleweng masa dan sibuk peduli hal orang lain, diri sendiri tak berusaha untuk maju dan berdikari. Justeru, kita mesti ada kesedaran diri dahulu barulah akan berfikir sebelum bercakap, merancang sebelum bertindak. Bukan sesuka hati secara melulu mengambil tindakan tergesa gesa.
Akal sedar akan membangunkan modal insan diri kita. Kita sedar asal orang susah, maka tidak mahu berlagak dan berpura pura. Kita sedar serba kekurangan, maka kita tak mahu banyak cakap kosong dan berusaha perbaiki diri dengan pelbagai kemahiran hidup. Itu ciri ciri orang yang sedar diri.
Bila kita sedar diri, kita mahu untuk berubah, menerima perubahan dan mengambil tindakan yang berani untuk berubah. Orang yang tak sedar diri sukar untuk berubah, takut berubah dan akan menyalahkan orang lain sebagai punca kegagalan mereka melakukan perubahan.
Ini banyak kita perhatikan dalam kehidupan seharian. Terlalu ramai orang tak sedar diri di sana sini kerana mereka tidak menggunakan akal mereka. Itu lah apa yang mereka sendiri kata otak letak di lutut. Kita mesti sedar diri dahulu, baru lah boleh berubah untuk maju. Otak adalah modal yang boleh diguna secara percuma untuk maju ke hadapan.
Pembangunan akal separa sedar
Ada orang kata move on... move on... tapi tak faham apa yang diperkatakannya. Untuk move on atau terus maju, kita bukan setakat perlu sedar diri, tetapi juga faham dengan apa yang kita cakap dan apa yang dilakukan. Kita sedar kita sendiri tak lah betul sangat, tetapi kita faham apa yang kita cakap dan lakukan itu adalah untuk memperbetulkan diri sendiri dan juga keadaan.
Tetapi orang lain tak sedar apa sebenarnya yang cuba kita usahakan dan tak faham kenapa kita melakukannya. Sebab itu orang lain menghentam kita, mahu berdebat dengan kita dan cuba untuk membuktikan bahawa mereka betul dan kita salah.
Kita terima saja apa yang berlaku itu, dan abaikan saja suara sumbang. Hanya kita saja yang tahu dan faham apa yang berlaku dan kenapa kita melakukannya. Kita cuba nak menyampaikannya supaya orang lain boleh jelas dan faham. Tetapi adalah sukar untuk menyatakannya dengan kata kata. Kita cuba memberi penjelasan tetapi masih ada juga yang tak faham.
Kenapa semua itu berlaku, kerana akal separa sedar kita dapat menangkap atau memahami apa yang kita cuba sampaikan tetapi akal separa sedar orang lain gagal menangkap dan memahaminya. Kenyataan ini bukan mahu mengatakan diri kita adalah bijak, tetapi setiap apa yang berlaku itu mesti ada sebabnya.
Yang bermula mesti ada akhirnya, daripada tiada menjadi ada tentu ada permulaannya bagaimana ianya terjadi. Adalah sukar untuk mengungkap dengan kata kata bagaimana ianya terjadi. Tetapi kita boleh faham dan dapat menangkap pemahaman tentang apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku.
Sehingga lah suatu masa, apabila hasilnya sudah nampak dan kelihatan menjadi bukti kebenaran tentang apa yang pernah kita fikirkan tapi tak terungkap dengan kata kata atau orang lain gagal memahami apa yang kita cuba sampaikan.
Membangunkan akal separa sedar memerlukan latihan berfikir yang banyak. Mesti banyak mencuba kemudian memahami bagaimana sesuatu itu berlaku setelah melihat hasilnya. Cuba ulang banyak kali dan fahami bagaimana sesuatu keadaan itu boleh terjadi.
Apabila kita dapat memahami sebab dan akibatnya. Setiap apa yang berlaku pada masa depan kita sudah dapat faham apa akibatnya kelak kerana kita sudah latih akal separa sedar kita untuk memahami sesuatu apa yang didengar, dilihat dan dibaca. Pembangunan modal insan diri kita akan menjadi lebih bijak dan kreatif melalui akal separa sedar ini.
Perbaiki diri dengan meningkatkan kemahiran
Membangunkan modal insan diri bermula dengan membina cara fikir. Guna otak sebaiknya dan manfaatkan otak dengan akal sedar dan separa sedar. Baru lah nanti mudah untuk terus maju ke depan tanpa banyak alasan.
Dengan cara fikir yang betul kita perbaiki diri, jangan guna alasan sebab tak sekolah tinggi tak boleh maju. Jangan biarkan otak kita diperbodohkan oleh sistem pendidikan yang mengajar tentang perkara yang salah dalam usaha mencapai kemajuan.
Guna apa saja peluang yang ada di sekeliling kita, kalau ada kursus kemahiran, ambil peluang itu. Kalau ada panduan bagaimana untuk mahir dalam sesuatu bidang, guna panduan itu dan berani kan diri untuk mencuba. Jangan takut buat silap dan salah. Akal sedar dapat belajar apa yang patut dielakkan, manakala akal separa sedar akan mengajar apa yang patut dilakukan bagi memperbaiki kesilapan.
Akal dalam otak akan memimpin kita bagaimana menggunakan sesuatu untuk menghasilkan apa yang kita tiada menjadi ada. Kita tidak ada wang boleh menghasilkan wang. Kita tidak ada kemudahan masih juga dapat melakukan apa yang kita mahu capai.
Tingkatkan kemahiran berfikir dengan mahir menggunakan otak kita dahulu. Baru lah nanti kita dapat tingkatkan apa saja kemahiran yang kita rasa perlu untuk melakukannya. Bukan semua kemahiran kita perlukan, fokus kepada satu kemahiran utama, kemudian kemahiran sampingan lain perlu dibangunkan bagi menyokong kemahiran utama tersebut.
Mulakan sekarang, jangan buang masa dan jangan banyak alasan lagi. Jangan jadi manusia yang tak sedar diri. Manusia yang berlagak pandai tapi tidak faham apa yang dia sendiri cakap dan apa yang dia sendiri buat.
Dalam posting saya yang lain banyak perkongsian bagaimana untuk memajukan diri dan berdikari. Rajin rajin lah membaca dan menerokai ilmu pengetahuan.
===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE
Ulasan
Catat Ulasan