Langkau ke kandungan utama

Yang Kaya Terus Menjadi Kaya

Kenapa orang kaya terus jadi kaya?

Klik gambarajah untuk lebih jelas

Jangan kita mencemburui orang kaya, mereka berjaya kerana usaha mereka, itu satu. Satu lagi yang lebih penting adalah mereka bijak mengurus wang mereka bermula dengan sumber yang terhad. Kemudian berjaya mempelbagaikan sumber pendapatan. Apa yang mereka buat, mereka layak mendapatkannya.

Jadi, apa boleh kita buat? Takkan nak tengok saja? Jangan pula kita kutuk mereka. Jangan juga berkata "dunia hanya pinjaman semata". Padahal kita berhempas pulas untuk bertahan dalam hidup kerana miskin atau cukup cukup makan. Jadi kaya tidak salah, yang jadi kesalahan adalah kedekut dan tamak. Tidak mahu berkongsi kekayaan, tidak mahu membimbing orang lain bagaimana mahu jadi kaya.

Dari situlah kita kena belajar, bagaimana orang kaya terus menjadi kaya. Bagaimana dahulu mereka hendak bermula sebelum menjadi kaya. Ada yang mulanya sekadar mahu keluar daripada garis kemiskinan tetapi terlajak menjadi kaya pula. Itu adalah rezeki dan anugerah atas usaha mereka. Perkara itu yang perlu kita pelajari. Ubah cara kita berbelanja (KLIK DISINI untuk bacaan lanjut)

Orang mampu jadi kaya kerana pandai urus wang

Inilah perkara paling asas sekali kenapa orang mampu jadi kaya. Tanpa asas ini, anak orang kaya pun tak akan terus jadi kaya dengan mewarisi harta ibu bapanya apabila gagal mengurus wang dan akhirnya lingkup.

Lihat gambarajah di atas. Itu adalah corak akaun perbelanjaan orang kaya. Jika kita mahu jadi kaya atau jika tak kaya sekalipun tidak hidup dalam kesempitan wang, maka kita mesti ada corak akaun perbelanjaan yang sama. Muhasabah diri dan perhatikan akaun perbelanjaaan kita sekarang, bagaimana?

Dalam corak akaun perbelanjaan orang kaya mereka memiliki banyak asset dan juga mempunyai hutang. Mereka membayar cukai dan juga hutang sewa beli sama seperti golongan sederhana. Pendapatan mereka banyak diperoleh daripada asset.

Mungkin ada yang bertanya, mana pergi nya perbelanjaan makan minum dan pakaian mereka. Jawapannya mereka ada dua bentuk akaun perbelanjaan. Mereka bukan saja ada akaun perbelanjaan orang kaya, mereka juga ada akaun perbelanjaan orang sederhana. Perlu diingat orang kaya tidak semuanya suka menunjuk kekayaan mereka kepada orang ramai secara terbuka.

Ada orang kaya yang sederhana saja hidupnya, malah bekerja makan gaji atau mengambil upah sama seperti golongan sederhana. Tetapi mereka ada satu lagi bentuk akaun perbelanjaan golongan kaya. Adakah kita ada akaun perbelanjaan golongan kaya? Tidak.

Bagaimana kita mahu mengikut teladan orang kaya? Kita jangan ikut sangat teladan orang yang sangat kaya dan suka menunjuk nunjuk. Tidak semua kita suka begitu. Mungkin kita lebih suka menjadi kaya tapi diam diam. Itu yang sebaiknya kerana apabila kita terlalu menunjuk nunjuk dan berlagak akan ada pihak yang cemburu. Ada pihak yang akan cuba siasat kita dan kemudian mengikis kekayaan kita dengan mengenakan cukai.

Tidak salah bayar cukai, cukai itu bagus kalau sampai kepada sasarannya. Tetapi kalau cukai itu diseleweng dan hanya sampai kepada golongan tertentu, lebih baik kita sendiri bantu orang susah yang ada di depan mata kita atau terus kepada sasaran yang memerlukan bantuan kita. Orang politik zaman sekarang adalah golongan yang langsung tak boleh dipercayai.

Bermula sekarang wujudkan dua bentuk akaun

Jika kita sekarang mendapat wang melalui gaji dan upah daripada pekerjaan, perbelanjaan kita adalah seperti dalam akaun perbelanjaan golongan sederhana. Lihat sebelah kanan gambarajah di atas. Pendapatan kita sumber utamanya adalah gaji semata mata. Kemudian berbelanja untuk keperluan.

Untuk hidup senang seperti orang kaya, kita mahu ada rumah sendiri dan kereta sendiri. Maka kita pun berhutang, bayaran hutang termasuk dalam perbelanjaaan bulanan kita. Bayaran cukai itu sudah tentu, cukai ada dua jenis iaitu langsung dan tak langsung.

Cukai langsung jelas dan padat contoh cukai pendapatan. Cukai tak langsung terselit dalam setiap apa yang kita bayar. Makan di KFC kena bayar cukai SST 6%. Beli barang runcit juga sebenarnya pembeli yang bayar cukai kedai atau syarikat. Cukai itu tersembunyi dalam harga barang jualan. Sebab itu dalam contoh gambarajah di atas tidak dijelaskan perbelanjaan makanan dan pakaian. Ia dijelaskan dalam konteks yang lebih jelas iaitu bayar cukai.

Akaun perbelanjaan kita ada hutang dan pendapatannya daripada gaji. Adakah terdapat perbelanjaan untuk asset? Tidak ada. Kenapa tidak ada. Sebab akaun perbelanjaan golongan sederhana punca pendapatan utamanya adalah upah dan gaji. Jika kita masih bergantung kepada pekerjaan makan gaji dan upah kita secara dasarnya masih lagi dalam golongan sederhana.

Adakah ada ruang untuk kita berubah menjadi kaya? Ada... Bagaimana? Ilmu inilah yang telah saya belajar daripada perkongsian Robert T.K dalam siri buku Richdad. Segala data dan maklumat diperincikan bagaimana untuk berubah menjadi kaya jika kita hanya pekerja makan gaji. Teruskan kerja makan gaji, tidak salah. Tak perlu berlagak menjadi kaya, kalau kaya pun diam diam sahaja.

Untuk menjadi kaya atau sekurangnya boleh merasa hidup senang seperti orang kaya, kita perlu wujudkan satu akaun perbelanjaaan golongan kaya. Di dalam akaun ini kita dapatkan asset dan bangunkannya sehingga dapat menjana pendapatan yang banyak. Bermula sedikit tidak apa, yang penting ia mampu berkembang.

Bagaimana kita dapat bangunkan asset dalam akaun ini? Kita ada satu lagi akaun perbelanjaan golongan sederhana. Dengan menggunakan wang gaji dan upah, peruntukkan juga perbelanjaan untuk mendapatkan asset. Asset apa? Tentang asset ini nanti saya akan dikongsikan dalam posting yang lain.

Apabila asset ini sudah diperolehi, masukkannya dalam akaun pengurusan wang perbelanjaan untuk golongan kaya tadi. Bermakna kita memiliki dua akaun disini iaitu :

  1. Akaun Asset (akaun untuk menjadi kaya)
  2. Akaun Liabiliti (akaun untuk hidup sederhana)
Akaun Asset adakah untuk asset saja, jangan campur aduk dengan akaun liabiliti. Maksudnya disini, kalau kita ada asset dalam bentuk bisnes maka segala pengurusan kewangan keluar masuk hanya dalam akaun itu saja. Jangan masuk dalam dompet sendiri kemudian belanja sesuka hati. Ini sering terjadi kepada orang bisnes dan menjadi sebab utama kenapa bisnes mereka lingkup.

Dalam akaun asset ini kita akan urus wangnya untuk membangunkan kekayaan melalui perkembangan asset harta. Asset itu akan menjana pendapatannya sendiri dan dengan pendapatan itu juga dapat membayar hutang untuk membangunkan asset itu sendiri.

Walaupun akaun asset itu menjana wang, hutang juga masih diperlukan tetapi pastikan imbangan antara jumlah kos tanggungan hutang dan jumlah pendapatan daripada asset itu tidak defisit. Atau dengan kata mudah, tanggungan hutang lebih banyak daripada pendapatan asset.

Jika kos tanggungan hutang telah dibayar dan ada lebihan pendapatan yang banyak maka daripada lebihan itulah menjadi punca pendapatan. Nampak tak? Bagaimana bezanya antara akaun asset dengan akaun liabiliti atau akaun perbelanjaan golongan kaya dan golongan sederhana.

Kita mesti wujudkan 2 bentuk akaun ini dalam pengurusan kewangan kita. Dana untuk mendapatkan asset adalah melalui pendapatan daripada gaji dan upah daripada akaun liabiliti. Kemudian asset itu akan mengembangkan dirinya sendiri menjana pendapatan dan kemudian menambah lebih banyak asset dengan pendapatannya sendiri. 

Apabila akaun asset berkembang dengannya sendiri, kita takkan kacau akaun liabiliti. Segala gaji dan upah kita dapat untuk perbelanjaan seperti golongan sederhana. Ada kereta dan rumah tapi hutangnya dibayar dengan gaji. Pada masa sama asset kita bertambah dan menjana pendapatan tambahan. Jika kesuntukan wang, akaun asset ini dapat membantu. Malah jika akaun asset ini memerlukan wang tambahan, boleh mendapatkannya daripada gaji dan upah dalam akaun liabiliti.

Disini kita boleh nampak bagaimana peranan 2 akaun ini sangat penting bukan saja untuk hidup secara sederhana, malah boleh menjadi kaya raya diam diam. Tidak perlu heboh pun kerana orang tahu kita kerja makan gaji dan upah, tak mungkin boleh kaya raya. Tidak ada orang makan gaji boleh jadi kaya, kebanyakan mereka banyak hutang dan banyak tanggungan perbelanjaaan.

Kesimpulan

Sebelum menutup perkongsian ini, apa yang dapat anda belajar daripada penulisan ini? Anda sendiri kena fikirkan. Saya sendiri pun telah bermula dengan apa yang telah dipelajari ini. 

Kita bekerja seperti biasa makan gaji dan ambil upah dan hidup sederhana. Tetapi jangan lupa untuk bangunkan asset. Kita mesti ada 2 jenis akaun perbelanjaan bermuka daripada sekarang. Jika anda tidak pasti asset apa yang mahu dimiliki untuk menjana pendapatan, nanti saya akan dikongsikan dalam posting yang lain.

Selamat mencuba.... semoga berjaya mengubah cara hidup dan cara pemikiran yang kolot dan sempit selama ini.

Jadikan wang bekerja untuk kita

Antara sebab orang kaya mampu terus menjadi kaya adalah kerana mereka menjadikan wang yang mereka ada bekerja untuk mereka. Bagaimana mereka melakukannya KLIK DISINI untuk bacaan lanjut.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih