Langkau ke kandungan utama

Asset Simpanan Emas



Cara menyimpan emas dengan bijak

Dalam posting yang lalu saya ada berkongsi tentang akaun perbelanjaan. Di dalam akaun perbelanjaan tersebut perlu disebut juga jenis asset dan liabiliti. Sebagai ulang kaji ringkas, asset adalah sesuatu yang akan membayar kita dengan wang.

Kali ini saya akan mula berkongsi beberapa asset yang boleh membayar kita wang atau wang boleh masuk ke dalam poket dan akaun bank kita. Untuk lebih berdikari dalam hidup dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain perlu memiliki asset.

Salah satu asset yang paling popular adalah emas. Semua orang tahu emas itu bernilai dan kerana itu harganya sangat mahal bagi 1 gram sahaja. Nilai semasa emas dalam pasaran sebelum masuk kedai adalah dalam lingkungan RM172 segram.

Walaupun ramai orang tahu nilainya tetapi tak semua mampu memilikinya. Tetapi sekiranya ramai orang tahu cara bagaimana membeli emas dengan lebih murah dan menyimpannya dengan bijak, mungkin ramai yang akan berusaha memilikinya. Itulah pentingnya ilmu emas daripada maklumat yang diperoleh.

Bagaimana emas boleh jadi asset yang baik

Membeli emas untuk perhiasan saja dan digadai apabila perlukan wang bukanlah satu cara menyimpan emas yang bagus. Menjadi perhiasan untuk menunjuk nunjuk dan tidak memberi apa apa manfaat dari segi pulangan keuntungan. Menggadai emas pula menyebabkan emas yang kita beli bertukar hak milik. Kita dapat wang tapi emas itu sudah jadi milik orang lain.

Emas akan menjadi asset yang baik apabila dimanfaatkan dengan menggunakan sistem perbankan sedia ada. Sistem perbankan terbaik yang boleh dimanfaatkan adalah Skim Pinjaman Wang Ar-Rahnu. Ia disebut sebagai skim pinjaman kerana kita mendapat wang untuk dipinjam dengan mencagarkan emas milik kita.

Sebenarnya ia hanyalah aplikasi daripada sistem perbankan konvensional sebagai syarat ada transaksi yang sah berlakunya urusniaga perbankan melalui pinjaman wang. Saya sudah menyertai skim ini semenjak tahun 2007 lagi dan sehingga hari ini emas yang saya ada masih lagi disimpan di bank menggunakan skim pinjaman ar-rahnu.

Serba sedikit saya sudah faham bagaimana skim ini berfungsi dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh bayaran pinjaman supaya emas yang dipajak tidak digadai kepada bank. Bagaimana prosedur pajak gadai dalam skim ini akan dikongsi dalam posting lain. Posting ini fokus kepada bagaimana emas ini boleh menjadi asset yang baik.

Ada yang bertanya, adakah emas ini satu pelaburan? Ya, emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Tetapi ia bukan satu skim pelaburan kerana terlalu banyak penipuan sudah berlaku yang menggunakan emas sebagai satu skim pelaburan. Saya sudah mengikuti perkembangan berkaitan emas selama 11 tahun dan sudah banyak mendengar cerita yang tidak baik apabila melibatkan skim pelaburan emas.

Jika mahu menyimpan emas, beli dan simpan sendiri untuk pelaburan masa depan. Berurusan dengan pihak yang kita yakin dan boleh dipercayai. Simpan sendiri lebih selamat tetapi tidak mampu menghasilkan pulangan berganda. Simpan sendiri hanya menunggu harga emas meningkat. Harga yang kita beli hari ini mungkin meningkat tahun depan. Disebut mungkin kerana baru setahun, kalau sudah 5 tahun disimpan ia pasti meningkat harganya.

Tetapi jika kita simpan di bank, bukan saja kita tunggu harganya meningkat dalam masa 5 tahun akan datang tetapi mendapat manfaat daripada bentuk simpanan yang ditawarkan dalam bentuk skim pinjaman wang ar-rahnu. Apa itu ar-rahnu? Akan dikongsikan dalam posting akan datang.

Jadikan emas sebagai asset modal kewangan

Emas adalah asset yang bernilai dan ada harga yang sangat tinggi. Semua orang tahu itu. Sebab itu bank terima emas sebagai cagaran pinjaman tanpa banyak prosedur dan soal jawab. Gunakan peluang ini untuk kumpul emas dengan banyak dan bila perlukan wang pajak di bank melalui skim ar-rahnu. Bukan saja untuk modal bisnes malah untuk kegunaan segera ketika suntuk dan sangat perlukan wang bagi urusan kecemasan.

Ketika suntuk kita sangat perlukan wang, sebab itu ketika senang kita perlu bersiap sedia dengan asset emas yang boleh dipajak bagi pinjaman wang segera. Kita boleh bayar upah simpan bank setiap 6 bulan sekali dan tebus semula setiap 5 tahun sekali. Dalam tempoh 6 bulan takkan tak mampu bekerja dan kumpul wang upah simpan. Dalam tempoh 5 tahun takkan tak ada kerja untuk kumpul wang tebus semula daripada bank.

Menyimpan emas adalah cara mengumpul asset dengan bijak. Asset bermakna wang dapat masuk dengan menjana pendapatan. Emas boleh diguna sebagai asset modal untuk menjana pendapatan tambahan. Pinjaman wang skim ar-rahnu boleh digunakan sebagai modal permulaan atau modal tambahan bagi mengembangkan bisnes.

Kita ada pendapatan tetap setiap bulan melalui gaji dan upah kerja. Ketika senang kita guna peluang itu untuk beli dan kumpul emas. Ada masanya kelak kita akan perlukan wang segera ketika gawat mahupun kecemasan. Menyimpan emas tidak sama seperti menyimpan wang di bank. Emas dalam tempoh 5 tahun tidak susut nilai. Wang dalam tempoh 5 tahun sudah susut nilai. Lihat saja kenaikan harga barang sebagai petunjuk susut nilai wang.

Melabur wang walaupun boleh menambah pendapatan tidak seperti menyimpan emas. Nilai emas bertahan dan ada di dalam emas itu sendiri. Nilai wang tidak mampu bertahan walaupun ada pendapatan tambahan melalui pelaburan wang jumlah tambahan wang 5 tahun akan datang tidak jauh beza dengan nilai sekarang. Kita perlu ada ilmu kewangan untuk faham perkara ini. Bagaimana nilai wang boleh susut dan bagaimana mahu menyeimbangkan nilai susut wang dengan menambah pendapatannya menerusi pelaburan.

Emas bukan saja meningkat nilainya 5 tahun akan datang, malah dalam tempoh sehingga 5 tahun itu kita boleh digunakannya sebagai asset untuk pinjaman wang bagi menjana pendapatan dengan menggunakannya sebagai modal tambahan untuk memajukan bisnes. Jelas kan... sangat jelas.

Harga emas berbeza beza

Ini kerana pattern produk dan caj perkhidmatan jualan serta pertukangan. Ada emas dalam bentuk rantai, gelang, loket, cincin. Beratnya juga berbeza beza. Ketulinan emas pun tak sama, ada yang 24 karat atau gred 999 dan ada yang 18 karat atau gred 916. 999 bermaksud ketulinan emas 99.9% tulin dan ia hampir tulin, sebab itu harga emas 999 lebih mahal daripada emas 916 yang berketulinan 91.6%. Bermakna ada campuran logam berharga lain dalam emas 916 supaya lebih keras dan tidak kemik tetapi masih mengekalkan nilainya.

Ada tak emas yang lebih murah dan harga mampu milik? Ada, emas yang sesuai untuk disimpan untuk menjadi asset modal kewangan adalah emas berbentuk jongkong atau wafer dan juga syiling emas. Jongkong atau wafer mempunyai ukuran berat serendah 1 gram sehingga 1 kilogram. Lain lain ukuran standard adalah 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Jongkong atau wafer selalunya mempunyai ketulinan emas 999. Manakala syiling emas diukur dalam bentuk dinar, ada 1 dinar dan 5 dinar saja sebagai ukuran standard.

Emas jongkong atau wafer dan syiling ini lebih murah daripada barang kemas berbentuk rantai dan cincin. Harga rantai dan cincin ditentukan oleh beratnya kemudian caj upah tukang dan perkhidmatan jualan. Emas jongkong atau wafer dan syiling tidak ada apa apa caj tambahan jika dibeli di pusat pengedar.

Jongkong atau wafer dan syiling emas apa yang ada dijual di pasaran. Ada beberapa jenis yang popular tetapi saya akan kongsi mengenai nya di dalam posting lain kelak. Malah anda boleh membelinya secara online saja namun ada caj tambahan untuk kos penghantaran dan keluar daripada pusat pengedaran. Namun harganya masih lagi rendah berbanding barang kemas yang dijual di kedai emas.

Berita baiknya juga, anda boleh membeli emas serendah rm100 saja dan kumpul sebanyak mungkin sebelum menuntut nya menjadi emas fizikal. Di mana boleh membelinya saya akan kongsi dalam posting yang lain nanti. Hanya perlu buka akaun emas saja dan segalanya diurus secara online saja.

Kita boleh beli secara online, semak baki emas semasa secara online dan menuntut nya di pusat pengedar terdekat bagi mendapatkan emas fizikal menggunakan maklumat dalam akaun emas tersebut. Ianya selamat dan terjamin dan tidak akan berlaku kehilangan jika berlaku kegagalan sistem maklumat.

Kesimpulan

Setakat ini, bagaimana kefahaman anda tentang emas sebagai asset yang baik bagi mendapatkan modal kewangan yang mudah? Tidak rugi membeli, menyimpan dan mengumpul emas jika kita tahu bagaimana memanfaatkannya.

Sangat rugi jika ia hanya disimpan untuk perhiasan semata mata tanpa dapat digunakan sebagai asset untuk mendapatkan modal kewangan. Menyimpan emas tanpa tujuan tidak ada maknanya, ia tidak dapat mengembangkan ekonomi dan harta peribadi. Emas yang diguna sebagai modal untuk bisnes dapat membantu perkembangan ekonomi masyarakat dan juga ekonomi sendiri.

Sekarang anda sudah boleh faham kenapa perlu menyimpan emas dengan cara yang betul dan mengumpulnya sehingga banyak. Bermulalah dari sekarang.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih