Langkau ke kandungan utama

Ilmu Kewangan Pelindung Hak Peribadi


Apa lebih penting antara ilmu dengan harta

Ini adalah kisah kedua daripada buku orang terkaya di Babylon. Kisah pertama boleh baca dengan KLIK DISINI. Dalam kisah pertama memberi pengajaran berguna tentang ilmu yang diperoleh seorang anak muda daripada seorang hartawan, bagaimana hendak menjadi kaya.

Hanya dengan mengurus sedikit wang daripada upah kerja untuk pelaburan, dan pelaburan itu pula perlu diurus oleh orang yang pandai menguruskannya dengan betul, menjadikan ia satu pelaburan yang menguntungkan.

Walaupun pernah rugi kerana kesilapan, ia dijadikan iktibar untuk memperbaiki apa yang perlu dilakukan supaya tak lagi mengulanginya. Justeru, mempelajari ilmu daripada orang yang berpengalaman dan mempraktik sendiri ilmu itu lebih penting daripada sekadar mendengar saja dan memiliki harta yang banyak.

Harta dan wang yang banyak akhirnya akan berkurang tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul. Mengeluh dan meratapi nasib hidup tidak senang tak akan mengubah keadaan tanpa mempraktikkan ilmu kewangan. Ilmu Kewangan sangat penting dalam dunia hari Ini berbanding memiliki ilmu untuk mendapat wang dan harta yang banyak.

Hari ini sekolah tak mengajar secara khusus ilmu mengurus wang. Apa yang diajar hanya belajar untuk lulus supaya boleh bekerja dengan mendapat gaji atau upah wang yang banyak. Tak kira lah sama ada kelulusan itu digunakan untuk bekerja dengan kerajaan dan swasta atau membangunkan bisnes sendiri. Ilmu pengurusan kewangan peribadi tidak begitu diberi penekanan.

Ilmu mengurus kewangan menyelamat hak peribadi

Dalam buku kisah orang terkaya di Babylon, ada satu lagi kisah tentang seorang anak muda yang diberi syarat oleh bapanya jika mahu mewarisi harta keluarga. Sekiranya tak memenuhi syarat tersebut, seluruh harta keluarganya akan diserah kepada badan kebajikan.

Bapanya memberi syarat kepada anaknya supaya tidak lagi bergantung kepada kedua orang tuanya dan mesti pandai berdikari. Untuk itu, anak muda itu mesti keluar dari rumah ibu bapanya dan pergi mengembara ke sebuah kota yang boleh memberi kesenangan dan menambah kekayaan iaitu kota Babylon. Apabila berjaya barulah dia boleh kembali dan membawa hasil kejayaannya kepada ibu bapanya.

Dalam pengembaraan itu, bapanya telah membekalkan dua karung beg yang satunya berisi beberapa ketul emas dan satu lagi beberapa ketul batu yang mengandungi ilmu berguna untuk dia berdikari. Di zaman Babylon belum ada kertas, segala penulisan ilmu diukir pada kepingan batu.

Oleh kerana anak muda itu membesar dengan kesenangan dan kemewahan, dia lebih cenderung untuk membuka karung beg berisi emas dan tidak ambil peduli pun kepada beg berisi tulisan ilmu. Semasa dalam pengembaraan, anak muda itu telah melakukan dua kesilapan yang merugikan.

Kesilapan pertama apabila dia menggunakan emas itu untuk pertaruhan lumba kuda. Oleh kerana mahu cepat kaya, dia sanggup bertaruh untuk menang dan mendapat habuan yang banyak tak perlu lagi bersusah payah ke kota Babylon. Malangnya, dia rugi dan hilang pertaruhan. Emas miliknya tinggal separuh.

Mahu tak mahu dia terpaksa juga pergi mengembara. Semasa dalam perjalanan dia terjumpa dengan satu kelompok saudagar yang mahu ke kota Babylon.

Mengetahui anak muda itu memiliki emas yang banyak, mereka memujuknya untuk melabur dalam perniagaan mereka dengan menyerahkan emas tersebut. Apabila ada untung nanti, hasil keuntungannya akan dikongsi. Oleh kerana anak muda itu tiada ilmu bisnes, dia setuju saja dan percaya dengan janji kumpulan saudagar tersebut. Lagipun dia sudah rugi sebahagian daripada emasnya.

Perjalanan mereka ke kota agak lama dan mengambil masa berhari hari. Pada suatu malam, ketika anak muda itu tidur nyenyak kerana keletihan, kumpulan saudagar itu secara senyap senyap meninggalkannya dan pergi dari situ. Anak muda tersebut tidak tahu pun sebenarnya di mana jalan ke kota Babylon.

Esok pagi, menyedari dirinya telah ditipu anak muda itu hampir putus harap. Dia tak boleh kembali ke rumah dengan tangan kosong. Kerana dia tak lagi akan dapat apa apa dan seluruh harta keluarganya akan diserah kepada badan kebajikan. Teringat dengan satu lagi karung beg yang belum dibuatnya.

Setelah membaca isi kandungan dan pengajaran daripada tulisan pada kepingan batu itu barulah dia sedar. Sepatutnya dia membuka karung beg itu dahulu barulah membuka karung beg emas tersebut. Ia adalah panduan ilmu bagaimana menguruskan emas tersebut dengan betul dan boleh menghasilkan untung.

Penulisan ilmu itu adalah amalan yang sudah sekian lama digunakan oleh keluarganya dalam mengurus wang dan harta. Apabila emas sudah hilang dirompak secara licik, apa lagi harta yang ada boleh diurus. Panduan ilmu yang dibekalkan bapanya juga memberi pengajaran bagaimana menggunakan tenaga untuk bekerja bagi mendapatkan wang dan menambahkan wang menggunakan emas yang dibekalkan.

Jadi, pada fikiran anak muda tersebut dia mesti sampai ke kota Babylon untuk bekerja mendapatkan wang dan dengan wang itu nanti dia boleh membeli emas bagi menggantikan emas yang telah di rompak saudagar penipu.

Dalam dunia hari Ini juga sama saja seperti kisah anak muda ini, ada ramai orang bisnes yang menipu dan hanya mahukan wang kita sahaja dengan menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Setelah dapat mengambil wang kita, untung berganda entah ke mana habuk pun tak ada. Wang kita lesap begitu saja.

Bekerja untuk dapat wang kemudian beli emas

Setelah kehilangan semua emas yang diberikan bapanya untuk bekalan pelaburan, barulah dia sedar bahawa ilmu mengurus harta itu lebih penting daripada hanya memiliki harta tetapi tidak tahu menguruskannya. Bagi menebus kesilapannya, anak muda itu terus pergi ke kota Babylon dan bekerja untuk mendapat upah di sana.

Setelah ditolak segala perbelanjaan untuk keperluan hariannya, selebihnya disimpan dan diguna untuk membeli wang emas. Pada waktu itu, wang emas adalah nilai tertinggi berbanding wang logam biasa.

Ianya boleh ditukar dengan membelinya mengguna wang logam biasa. Wang logam biasa digunakan orang kebanyakan di kota Babylon. Manakala wang emas digunakan oleh bangsawan istana dan juga hartawan kaya. Sesiapa memiliki wang emas boleh berurusniaga dengan saudagar kaya di kota Babylon.

Sama juga pada hari ini, jika kita memiliki harta yang mewah kita akan dipandang tinggi oleh orang berada dan juga peniaga kaya raya. Melihat kita memiliki simbol kekayaan, mereka percaya bahawa kita tentunya seorang yang kaya. Kita akan lebih mudah berurusan dengan saudagar kaya dan hartawan dalam apa apa bisnes.

Kembali kepada kisah anak muda tadi, setelah bertungkus lumus bekerja keras mengumpul wang dan kemudian menukarnya kepada wang emas. Akhirnya dia berjaya mendapat semula modal yang hilang daripada emas yang dibekalkan oleh bapanya.

Dengan menggunakan ilmu yang diperolehi daripada panduan pada kepingan batu yang diberikan oleh bapanya, dia dapat menguruskan wang emasnya dengan baik. Emas asalnya tetap kekal jumlahnya dan tidak lagi hilang atau berkurang.

Sebaliknya dengan sejumlah emas tersebut dia berjaya menambah lebih banyak wang emas. Ini kerana, wang emas tersebut telah diguna untuk pelaburan dalam bisnes melalui kerjasama dengan saudagar kaya yang boleh dipercayai.

Sambil itu, dia juga menjalankan bisnes sendiri dengan membantu saudagar lain yang masih merangkak dan memerlukan sokongan kewangan. Tetapi kali ini, anak muda tersebut lebih berhati hati supaya tidak lagi tertipu dan ditipu. Dia sudah tahu apa yang patut dilakukan apabila meminjamkan wangnya bagi tujuan pelaburan dalam bisnes orang lain.

Dari situlah dia juga boleh membuat keuntungan yang banyak dan akhirnya dalam masa singkat dia dapat mengumpul wang yang banyak dan menukarnya kepada wang emas untuk dipersembahkan kepada kedua ibu bapanya bahawa dia boleh dipercayai dan diyakini untuk mewarisi seluruh harta keluarganya.

Dengan ilmu dapat menambah kekayaan

Memiliki kekayaan bukanlah satu warisan. Daripada kisah di atas, kita dapat pelajari bahawa kekayaan seseorang itu boleh hilang dalam masa yang singkat saja jika tidak ada ilmu pengurusan kewangan dan harta yang betul.

Niat bapa pemuda itu menyuruh anaknya supaya pergi mengembara dan berdikari adalah baik supaya harta yang telah diusahakannya selama ini tidak akan habis dan hilang begitu saja sekiranya diserah begitu saja tanpa pengajaran untuk anaknya.

Bapanya telah membekalkan dua harta yang sangat penting dan salah satunya lebih penting lagi. Memiliki harta tanpa ilmu hanya akan mengakibatkan kehilangan hak ke atas harta peribadi.

Menyedari kesilapannya, anak muda tersebut mendapat pelajaran bagaimana untuk menggunakan tenaganya untuk bekerja mengambil upah. Dengan upah yang diterima diguna untuk membeli emas. Dengan emas itu pula dia dapat meyakinkan saudagar kaya untuk berurusan dengannya dalam menjalankan perniagaan.

Setelah mendapat untung daripada perniagaan dengan saudagar kaya, pemuda itu memulakan usaha menjalankan perniagaan sendiri dengan membantu saudagar saudagar kecil yang serius mahu berkembang dan berjaya dalam perusahaan mereka. Dengan kerjasama itu, pemuda tersebut dan saudagar kecil yang dibantunya mampu berjaya dan menjadi antara saudagar kaya di kota Babylon.

Kesimpulan

Daripada dua kisah dari kota Babylon yang lepas, dapat kita pelajari dua kategori individu yang mampu menjadi kaya raya hanya dengan pengurusan kewangan dan harta yang betul.

Dalam kisah pertama adalah seorang pekerja biasa di kota yang mengambil upah menulis rekod pada keping batu. Kebanyakan pelanggannya adalah hartawan, saudagar kaya dan juga bangsawan istana. Ini kerana golongan tersebut memerlukan rekod bertulis bagi mengurus harta dan kekayaan mereka.

Dalam kisah kedua pula adalah anak orang kaya yang diberi syarat oleh bapanya jika mahu mewarisi harta keluarganya. Syaratnya mesti tahu mengembangkan harta sedia ada dan tidak menggunakannya sesuka hati untuk keseronokan dan mahu cepat kaya tanpa susah payah.

Kisah selanjutnya nanti, saya akan kongsikan bagaimana seseorang yang sudah berjaya memiliki harta yang banyak dan menggunakannya untuk menolong orang lain sambil menjalankan bisnes yang dapat mengembangkan lagi hartanya.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih