Langkau ke kandungan utama

Bersedia Untuk Kaya


Adakah kita sudah bersedia untuk kaya?

Kaya itu bermula dengan apa? Kenapa ada orang boleh jadi kaya walaupun tiada harta dan wang. Orang kaya yang lahir daripada keluarga kaya tidak lah kita hairan. Mereka mewarisi kekayaan daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka.

Jika kita tidak mewarisi apa apa kekayaan apa yang boleh kita buat? Bersediakah kita untuk jadi kaya? Atau mahu terus meratapi nasib lahir sebagai orang miskin daripada keluarga yang miskin.

Atau mengharap agar ada pihak yang kasihan mahu membantu kita. Tapi adakah kita boleh jadi kaya dengan mengharap bantuan orang lain? Boleh, tapi tidak akan mampu bertahan kerana tak bersedia untuk kaya tetapi mahu jadi seperti orang kaya.

Maksudnya, walau berapa banyak bantuan sekalipun dan berapa banyak harta ditaburkan kepada kita untuk jadi kaya, ia tidak mampu bertahan dan berkembang. Akhirnya habis sekelip mata dan kembali menjadi miskin semula. Kita tidak bersedia untuk terus jadi kaya tapi sudah bersiap sedia untuk kembali miskin semula.

Kenapa kita tidak mampu jadi kaya?

Walaupun kita sudah mencuba untuk jadi kaya tetapi kenapa gagal dan terus jatuh miskin? Persoalan yang kita kena jawab sendiri. Bukan menyalahkan takdir dan orang lain. Atau menyalah pemimpin kerajaan yang menyeleweng dan rasuah.

Antara sebab utama kita tidak mampu jadi kaya adalah kita miskin akal dan jiwa. Untuk memiliki akal dan jiwa yang kaya tak memerlukan wang dan harta yang banyak. Kita tidak bersedia untuk menjadi kaya wang dan harta apabila akal dan jiwa kita masih miskin.

Itu adalah petunjuk yang boleh dilihat bagi menilai seseorang sama ada mereka bersedia untuk kaya wang dan harta atau tidak. Juga bersedia untuk mampu bertahan dengan kekayaan wang dan harta itu untuk satu tempoh yang lama.

Mulakan dengan kaya akal dan jiwa

Kekayaan akan datang kepada kita walaupun tiada wang dan harta yang banyak apabila memiliki kekayaan akal dan jiwa. Kekayaan bukan saja dalam bentuk wang dan harta sahaja.

Kekayaan itu terlalu luas untuk dinilai dan diperolehi. Kekayaan akan menjadi terlalu terbatas apabila dinilai dengan wang dan harta sahaja. Kita belum lagi benar benar bersedia untuk menjadi kaya jika masih menilainya dengan wang dan harta.

Wang dan harta boleh habis sekelip mata dan juga sedikit demi sedikit. Tetapi kekayaan yang dinilai dengan akal dan jiwa akan berkekalan lama dan terus bertambah. Bagaimana ia boleh terjadi?

Akal yang mampu terus berfikir akan dapat menyelesaikan banyak masalah hidup walaupun tanpa menggunakan wang yang banyak. Hati yang mampu untuk terus tenang akan dapat  berdepan dengan cabaran dan dugaan yang sukar dalam apa jua keadaan.

Adakah orang kaya dapat menyelesaikan masalah penyakit yang dihadapinya? Boleh dengan membayar kos perubatan untuk sembuh. Tetapi jiwa tidak tenang menanggung kesakitan dan tekanan hidup dalam usaha mengejar kekayaan wang dan harta.

Orang miskin wang dapat hidup dengan kesihatan yang baik apabila akal dan jiwanya kaya dengan kebersihan dan ketenangan. Kesihatan dan ketenangan adalah kunci kepada usaha untuk mencapai kejayaan dan kekayaan berterusan. Orang miskin tidak perlu berbelanja banyak untuk menyembuh penyakit kronik dan tidak perlu tertekan dengan penyakit yang dihidapi.

Ada banyak lagi contoh lain yang pembaca sendiri boleh fikirkan. Orang miskin kaya budi dan bahasa adalah kunci kesenangan dan kebahagiaan. Mereka sudah bersedia untuk menjadi kaya dan mempertahankan budi dan bahasa yang baik walaupun kehidupan sudah berubah menjadi kaya wang dan harta.

Kayakan akal dan jiwa dengan ilmu

Pepatah pujangga ada menyebut, jangan letakkan dunia ini di dalam hati, letakkan dunia ini di dalam tangan. Maksudnya, jangan sampai kita menjadi hamba kepada dunia. Siang malam ingat dunia dan sibuk mengejar segala isinya.

Di dalam al-Quran ada menyebut, walau sebanyak isi dunia ini diguna untuk menebus diri tatkala tidak ada lagi ruang dan peluang untuk bertaubat dan berbuat baik, tak akan diterima kecuali amalnya.

Apakah makna di sebalik kenyataan itu? Ia bukan kenyataan saya, ia adalah kenyataan daripada wahyu Allah Tuhan sekalian alam yang memiliki segala kekayaan di alam semesta.

Amalan terhasil daripada ilmu yang diamalkan. Tahu saja tidak cukup, mesti diamalkan. Kaya dengan ilmu apabila diamalkan akan menjadikan seseorang itu mampu memiliki kekayaan yang banyak tidak terhad kepada wang dan harta saja.

Jika tidak kaya dengan wang dan harta, namun kehidupannya sentiasa cukup dan sangat bahagia dengan kesenangan dan ketenangan yang mungkin tidak mampu dinikmati oleh orang kaya wang dan harta.

Kuasai dunia ini dengan akal dan jiwa. Terokai ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dapatkan sebanyak mungkin ketenangan  yang dicari cari. Nilai kekayaan tidak lagi akan terbatas apabila kita sudah kaya akal dan jiwa. Kita sudah bersedia untuk menjadi kaya wang dan harta. Ia akan digunakan untuk amal kebaikan sejagat.

Kelulusan pendidikan boleh dibeli dengan wang, tetapi memahami ilmu yang luas itu memerlukan akal yang dapat mencari petunjuk ilahi. Kesenangan harta benda boleh dibeli dengan wang, tetapi kebahagiaan yang sebenar itu memerlukan jiwa yang tenang dengan mendapat petunjuk ilahi.

Artikel ini bukan untuk memujuk diri, ia adalah realiti. Jika tidak kaya wang dan harta sekalipun di akhir kehidupan, kita sudah pun bersedia untuk mencapai kekayaan seterusnya di akhirat. Apa yang kita dapat sudah cukup, ia adalah nikmat kehidupan. Kita tidak kehilangan apa apa. Apa yang dimiliki hanya pinjaman semata, tetapi kita sudah menggunakannya dengan sebaiknya.

Di dunia kita sudah senang dan tenang walaupun tak banyak wang dan harta. Di akhirat pula kita bawa kesenangan dan ketenangan itu untuk mencapai apa yang kita tidak peroleh di dunia.

Apa guna kaya wang dan harta di dunia, tetapi hidup gelisah dan tidak tenang. Kemudian di akhir hidup tidak bersedia untuk menghadapi apa yang bakal berlaku selepas mati. Padahal kita tahu dan mendapat pengetahuan mengenainya. Tetapi kitab tidak juga mahu percaya kerana dunia ini telah diletak di dalam hati, bukan di tangan.

Kesimpulan

Kekayaan itu adalah pada akal dan jiwa. Aku tidak takut miskin wang dan harta, apa yang aku takut adalah miskin akal dan jiwa. Kerana miskin keduanya akan memusnahkan kehidupan di dunia dan akhirat.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih