Langkau ke kandungan utama

Akaun Imbangan

Bagaimana rupa bentuk akaun imbangan kita?

Klik gambarajah ini untuk lebih jelas

Kenapa ada orang yang hidupnya susah, ada yang sederhana saja dan ada yang kaya raya? Adakah ia semata mata kerana nasib atau takdir Tuhan?

Tidak, ia kerana imbangan akaun perbelanjaan seseorang. Lihat gambar di atas. Akaun imbangan akan menunjukkan kenapa seseorang itu boleh jadi miskin, hidup sederhana saja dan boleh jadi kaya raya.

Berapa jumlah pendapatan kita tak penting, apa yang penting bagaimana corak perbelanjaan kita. Perbelanjaan banyak digunakan untuk apa dan kenapa?

Sebelum ini pembaca dihidang dengan posting tentang asas belanjawan. (Klik disini untuk bacaan lanjut). Dalam tajuk ini, belanjawan akan diasingkan secara terperinci kepada 2 bahagian dibawahnya. Iaitu Asset dan Liabiliti.

Asset bermaksud, kita dibayar dengan duit hasil daripada belanjawan ke atas harta bernilai. Liabiliti bermaksud, kita menanggung kos dengan membelanja duit tambahan ke atas harta yang mempunyai susut nilai.

Tanpa 2 bahagian ini, belanjawan sukar menentukan sama ada kita akan jatuh miskin, hidup sederhana atau kaya raya. Ringkasan gambar di atas dapat menunjuk situasi orang miskin, sederhana dan kaya. Di manakah kedudukan kita dalam berbelanja?

Belanjawan golongan miskin

Mereka yang mendapat duit sedikit hanya berbelanja untuk keperluan asas, membeli belah, bayar bil dan juga hutang sahaja, dikategorikan sebagai orang miskin.

Hutang mereka bukan dalam bentuk harta, tetapi hutang untuk perkara kecil saja. Mereka tidak cukup wang, maka mereka terpaksa berhutang untuk belanja harian.

Mereka tak mampu membeli apa apa asset kerana tak cukup wang. Kehidupan mereka cukup terdesak dengan selalu berdepan dengan kesempitan wang. Mereka bergantung harap kepada bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Belanjawan golongan sederhana

Berbeza dengan golongan sederhana, mereka juga berbelanja seperti orang miskin tetapi mereka lebih banyak  mendapat wang daripada pekerjaan yang lebih baik. Perbelanjaan mereka lebih mencukupi berbanding orang miskin.

Ini menyebabkan mereka mampu menanggung hutang yang lebih banyak bagi mendapatkan taraf hidup yang lebih baik. Dengan duit lebihan yang banyak mereka akan berhutang untuk membeli rumah, kereta dan apa yang mereka fikir dapat menambah baik kehidupan mereka seperti orang hidup senang.

Mereka tidak berbelanja untuk mendapatkan asset. Atau gagal menukar apa yang dibelanjakan kepada asset. Perbelanjaan ke atas hutang mereka berpotensi menjadi asset tetapi mereka gagal mengurusnya sehingga mampu menjana pendapatan tambahan.

Belanjawan golongan kaya

Kenapa ada orang mampu menjadi kaya? Kerana mereka pandai mengurus perbelanjaan mereka ke atas hutang dan menjadikan hutang itu berpotensi menjana pendapatan tambahan. Lain lain perbelanjaan keperluan sama saja seperti golongan miskin dan sederhana, malah mereka mampu berbelanja lebih banyak.

Mereka berhutang ke atas tanggungan yang mereka mampu urus dengan baik dan tidak menjadi beban hutang. Sebaliknya hutang itu mereka gunakan untuk mendapatkan asset yang mampu menjana pendapatan tambahan.

Dalam perbelanjaan ke atas asset, mereka mampu mengembangkannya bukan hanya untuk menjana pendapatan tambahan. Malah menggunakan pendapatan itu untuk mengembangkan lagi asset sedia ada. Maka wang perbelanjaan ke atas asset tidak lagi diperoleh daripada perbelanjaan harian. Bahkan juga asset itu sendiri juga yang akan membayar tanggungan ke atas hutang.

Bagaimana dengan perbelanjaan kita?

Kita tanya pada diri sendiri, bagaimana cara kita membelanjakan wang pendapatan. Pendapatan banyak atau sedikit diterima bukan satu masalah besar. Masalah kita adalah bila sudah tahu pendapatan kita sedikit, apa usaha kita untuk menjana pendpatan tambahan.

Oleh kerana itu kita mesti bijak mengurus perbelanjaan dan bijak dalam melakukan pekerjaan tambahan. Bukan tidak ada masa untuk buat kerja tambahan, tetapi kerja tambahan apa yang kita buat sesuai dengan masa yang kita ada. Semua itu adalah pilihan kita, bukan satu alasan.

Dalam posting akan datang, saya akan berkongsi secara lebih spesifik tentang corak belanjawan golongan kaya yang boleh kita jadikan ikutan teladan. (Bacaan lanjut sudah diterbitkan, sila KLIK DISINI)

Saya akan berkongsi cerita bagaimana kita yang hanya ada sedikit pendapatan boleh berbelanja dengan bijak bagi menggunakan hutang yang dapat membangunkan asset, seterusnya menjana pendapatan tambahan.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih