Langkau ke kandungan utama

Membina Hubungan Menang-Menang

Apa hubungan Menang- Menang?


Hubungan menang-menang adalah hubungan antara dua pihak masing masing mendapat manfaat. Walaupun tidak sama, masing masing berpuas hati dengan hasil daripada apa yang telah dipersetujui.

Tak kira dalam apa bidang sekalipun, sama ada kerjaya, sosial, ekonomi, politik, bisnes dan sebagainya, hubungan ini sangat penting supaya tiada pihak yang tidak berpuas hati.

Dalam hubungan kita dengan orang lain mesti ada tolak ansur dan toleransi. Kita mungkin dapat sikit dan orang lain dapat lebih tetapi ada jaminan lain bahawa kita tidak akan rugi.

Tolak ansur melibatkan timbal balik dalam rundingan jika apa yang ditawarkan tidak setara atau adil. Toleransi pula melibatkan adab dan disiplin supaya tiada pihak yang cuba memanipulasi keadaan dan memaksa salah satu pihak menerima ketetapan dengan paksa rela.

Hubungan yang baik muncul apabila wujud situasi menang-menang. Orang akan terima pandangan kita jika dapat memberi manfaat kepada mereka. Kita memberi pandangan jika manfaatnya kembali semula kepada kita.

Gembira tetapi miskin

Kita gembira tetapi miskin, kenapa? Lihat gambarajah di atas. Apa sebab kita miskin kerana kita masih kurang baik atau mahir dalam sesuatu bidang. Gembira itu sudah cukup baik dan kita masih bertolak ansur dengan kemiskinan kita. Itu tidak bagus.

Jika kita bertoleransi atau membina hubungan baik dengan orang lain untuk belajar dan meningkatkan kemahiran, atau untuk mendapat peluang kerja dan dapat melakukan sesuatu usaha, maka kita akan dapat capai kemenangan. Kita tak akan miskin dan kegembiraan kita lebih bermakna.

Kita suka untuk terima tawaran orang lain untuk menjana pendapatan atau meningkatkan kemahiran supaya dapat bekerja dengan mereka. Kita dapat kerja dengan ganjaran pendapatan, orang lain itu pula dapat tenaga kerja daripada kita untuk membangunkan perusahaan mereka.

Itu yang dimaksudkan situasi menang-menang. Kita gembira dan tidak lagi miskin bila sudah ada kerja dengan pendapatan lumayan. Kita menang dan orang yang tolong kita dapat kerja untuk membangunkan perusahaan mereka juga menang. Adil. Kita sama sama menang.

Impian jadi kenyataan

Lihat gambarajah di atas, apa impian kesukaan kita? Kita mahu dapat apa dalam hidup ini? Kita masih bertolak ansur dengan impian yang hanya sekadar angan angan saja. Jika kita bertoleransi, kita akan sanggup mencapai impian itu dengan membayar berapa sekalipun harganya.

Apa yang penting impian kita tercapai. Itu adalah kemenangan kita bila impian jadi kenyataan. Jadi, kita kena terima syarat untuk mencapai impian. Membayar harganya, mengikuti sesi pembelajaran atau kursus untuk berjaya. Bertindak sesuatu untuk mencapainya. Tidak hanya duduk menunggu dan melihat saja.

Apa yang kita dapat? Apa yang orang lain dapat? Kita dapat capai impian, orang lain pula dapat bayaran kerana membantu kita berjaya. Situasinya adalah menang-menang. Kita berjaya capai impian, orang lain berjaya dapat bayaran. Adil. Kita sudah menang dan sama sama menang dengan orang yang bantu kita.

Kaya tetapi bosan

Lihat sekali lagi gambarajah di atas. Kenapa walaupun kaya masih juga bosan. Kita bertolak ansur dengan kebosanan kita walaupun kaya, maka kita teruskan saja kehidupan seperti biasa walaupun bosan.

Ini sama seperti gembira tetapi miskin tadi. Walaupun miskin tetapi kerana kita masih dapat gembira, kita teruskan kehidupan dengan penuh gembira walaupun miskin.

Sekiranya kita ada harta seperti orang kaya, dan bertoleransi, kita tak akan merasa bosan lagi. Bertoleransi dengan bosan itu bagaimana? Kita ada wang tetapi kenapa kedekut sangat untuk memperbaiki kemahiran. Kenapa terlalu berkira dengan perbelanjaan wang untuk mendapat kemahiran.

Kita masih tetap ada lagi kekurangan lain. Jangan ingat bila kaya hidup selalu senang. Lihat apa kekurangan kita, mungkin amalan sedekah kita kurang, atau kurang menolong orang. Kita cari orang susah untuk ditolong.

Tadi ada orang miskin yang hidupnya gembira, tolonglah dia. Orang miskin yang gembira akan menghiburkan kita yang sedang bosan. Kita banyak harta maka bantu orang miskin itu mendapat wang dengan memberi pekerjaan kepadanya atau membantunya untuk dapat pekerjaan.

Selain daripada membantu orang miskin, kita boleh bantu orang yang ada impian untuk menjadikannya satu kenyataan. Kita ada harta untuk merealisasikan impiannya. Bila kita bertolak ansur dengan bosan, kita tak akan menang, kita mesti ada toleransi dengan orang miskin dan orang yang ada impian.

Orang miskin tetapi gembira, ada impian tetapi hanya angan angan. Kenapa orang ada wang tidak bertoleransi dengan orang miskin, dengan orang yang ada impian. Toleransi bermakna apa yang orang banyak wang itu boleh dapat, apa yang orang miskin itu boleh dapat, apa yang orang ada impian itu boleh dapat.

Jika semua mereka bertoleransi, iaitu beradab dan berdisiplin, mereka boleh berunding dengan baik. Apa yang mereka mahu dapat, mereka akan berjaya mendapatkannya. Dulu miskin kini hidup senang, dulu berangan angan saja kini jadi kenyataan, dulu bosan kini gembira.

Semua orang akan menang, masing masing berjaya mencapai tujuan masing masing. Masing masing telah mencapai kemenangan. Itulah situasi menang-menang. Semua pihak mendapat keadilan. Semua pihak berpuas hati mendapat apa yang mereka mahu.

Saya gembira anda pun gembira

Apabila saya mula membina blog penulisan ini, apakah yang saya fikirkan? Saya mahu berkongsi cerita dengan pembaca dan mahu menggembirakan pembaca.

Bagaimana pembaca boleh gembira? Apabila fikiran mula terbuka dengan pandangan bagaimana untuk berubah, sudah tentu akan gembira. Apabila mula bersemangat selepas membaca, sudah tentu akan gembira.

Bagaimana saya boleh gembira? Apabila apa yang dikongsi menjadi amalan baik dalam ibadah, sudah tentu akan gembira. Apabila amal yang baik ini menjadi penyebab kepada pintu rezeki terbuka luas, sudah tentu akan gembira.

Saya gembira tetapi miskin, tetapi bertoleransi dengan pembaca untuk membina hubungan baik. Hubungan ini membuka peluang bisnes kepada saya. Mungkin juga ada tawaran bisnes yang baik untuk saya.

Maka saya mendapat peluang untuk menjana pendapatan. Pembaca turut mendapat manfaat apabila berpeluang menjana pendapatan. Hubungan yang baik bermula dengan hubungan yang dapat membantu kita saling bantu membantu memperoleh manfaat masing masing.

Saya ada impian anda pun ada impian

Impian saya membina blog ini supaya saya mendapat ramai pembaca dan menjalin hubungan yang baik dengan lebih ramai pembaca. Bila saya ramai hubungan baik dengan pembaca, saya dapat mencapai impian saya untuk berjaya. Tanpa sokongan pembaca saya sukar untuk berjaya.

Apa impian pembaca apabila membaca blog ini? Dapat berubah dan membina semangat baru untuk hidup dengan lebih gembira, tidak bosan dan tidak lagi berangan angan saja.

Setiap perkongsian dalam penulisan blog ini dapat memberi manfaat yang dapat menjadikan impian pembaca untuk maju jadi satu kenyataan.

Kita sama sama mendapat manfaat bersama. Agar impian masing masing jadi kenyataan. Tidak lagi hanya angan angan.

Saya dan pembaca tidak lagi bosan

Hidup senang bagaimana sekalipun tak akan berguna jika jiwa ini kosong. Saya menulis bukan kerana mahu dapat nama. Bukan mahu minta dipuji disanjung tinggi. Saya mencari kegembiraan dengan menulis, berkongsi pandangan dengan pembaca.

Pembaca mungkin bosan mendengar cerita syok sendiri, cerita memuji diri, cerita politik yang gagal memberi kemudahan rakyat. Baca, baca, baca tapi dapat apa. Bosan dengan penulisan yang cuba memanipulasi pemikiran.

Saya gembira jika dapat menggembirakan pembaca, gembira jika pembaca bersemangat untuk membaca. Suka membaca apa yang diperkatakan. Saya gembira, pembaca pun gembira. Sama sama kita gembira.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih