Langkau ke kandungan utama

Rat Race masuk Fast Track

Mahu bebas kewangan tidak semudah 123


Siapa yang tak mahu hidup senang ada banyak duit, orang miskin kalau diberi peluang memang mahu hidup senang. Siapa pernah merasa hidup susah dan miskin wang tahu bagaimana keadaan hidup yang serba kekurangan.

Bukan senang walaupun amalan ibadah cukup baik dan istiqamah. Ada waktunya tewas dan hampir putus asa dan terdetik di dalam hati mempersoal kenapa Tuhan mengujinya dengan kemiskinan tanpa kesudahannya.

Bukan soal itu sudah takdir Tuhan, maka pasrah dan redha sajalah menerimanya. Soalnya adalah apa yang kita faham tentang kesenangan dengan banyak wang dan harta. Disebut dalam Al-Quran, Allah tak mengubah nasib sesorang melainkan dirinya sendiri. Ubah apa? Ubah cara berfikir kemudian bersabarlah bersungguh sungguh apabila sudah faham kenapa mesti berubah.

Kita mesti bekerja dahulu baru boleh berubah

Kesenangan tidak datang bergolek, ia bermula dengan bekerja dan mendapat gaji sebagai sumber pendapatan bagi menampung keperluan kehidupan harian. Hanya dengan bekerja kemiskinan dapat di atasi. Bukan terus meminta minta belas kasihan dan bantuan orang lain selamanya.

Kalau kita sudah ada kerja bagus, yang belum ada kerja cari peluang kerja atau cipta kerja sendiri seperti menjual dan memberi perkhidmatan kepada orang lain. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, hanya bergantung kepada pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan dan syarikat swasta.

Sekarang belum dapat kerja tetap boleh buat sesuatu yang sesuai dengan kemahiran kita. Kalau pandai buat kek, jual kek. Pandai buat nasi lemak dan kuih muih, jual. Cuma perlu dapatkan sikit modal atau berkongsi modal dengan orang lain yang mampu menyediakan modal.

Kenapa mesti bekerja? Sudah tentu mahu ada pendapatan tetap bagi memenuhi keperluan hidup yang lain. Keperluan yang akan masuk dalam perbelanjaan kita. Sebelum ini sudah dikongsi tentang belanjawan. (KLIK DISINI untuk bacaan lanjut).

Rat Race dalam bekerja

Walaubagaimanapun, jangan sampai kita terperangkap dengan rat race selepas ada pekerjaan tetap. Apa itu rat race? Rat race adalah situasi kita bekerja dan mendapat pendapatan tetapi kita tidak merasa pun kesenangan hidup dan kebebasan diri daripada hasil pendapatan kita. (KLIK DISINI untuk bacaan lanjut)

Maksudnya, kita dapat gaji kemudian bayar hutang, bayar bil, bayar cukai dan selebihnya untuk keperluan makanan, pakaian dan riadah. Kita terus bekerja keras mendapat gaji, walaupun ada rumah dan kereta yang diperoleh secara berhutang tetapi kita rasa wang yang ada masih tidak cukup. Kenapa ia berlaku begitu?

Bagi menjawab persoalan ini kita mesti faham tentang inflasi, susut nilai matawang dan kadar faedah. Semua itu wujud dalam sistem kewangan dan mempengaruhi wang dalam pendapatan kita. Sebab itu ia tak pernah cukup walaupun gaji naik setiap tahun dan ada bonus.

Seperkara lagi yang akan menyebabkan kita terperangkap dalam rat race adalah kita terus menambah hutang dan melanjutkan hutang dengan lebih lama. Habis hutang kereta 7-9 tahun, kita buat lagi hutang baru untuk tempoh yang sama. Pendapatan kita memang naik tetapi tanggungan kita sudah banyak.

Kalau dahulu kita masih bujang, selepas 10 tahun bekerja sudah berkahwin dan ada anak. Maka perbelanjaan pun bertambah, gaji naik diguna untuk menanggung pertambahan perbelanjaan keluarga. Ditambah lagi dengan hutang rumah, mahu lanjutkan hutang kereta baru pula setelah hutang kereta lama habis.

Kalau tak berhutang tak ada harta?

Perbetulkan pemahaman ayat di atas. Untuk permulaan memang kita perlu berhutang untuk dapat harta, tetapi jangan tambah hutang dan jangan berhutang selama lamanya. Kita akan kekal dalam situasi rat race jika tidak mengawal hutang dan memberhentikan hutang tidak perlu.

Tanpa berhutang pun kita masih mampu mengumpul harta dengan lebihan wang pendapatan. Memanjangkan tempoh hutang hanya menyebabkan kita terikat kepada bank dan pihak lain. Harta yang diperoleh dengan hutang bukannya murah harganya. Ia dibeli dengan harga pada kadar faedah tertentu untuk setahun. Harga yang dibeli secara berhutang dalam tempoh terlalu lama lebih tinggi daripada dibeli secara tunai atau hutang masa singkat.

Lihat gambarajah di atas. Ia adalah contoh bagaimana lebihan wang pendapatan dapat dijana. Ternyata menyimpan wang lebihan daripada pendapatan dapat menjana pendapatan tambahan untuk satu jangka masa yang sama selama 10 tahun sekiranya berhutang.

Kejayaan simpanan menghasilkan pendapatan tambahan yang banyak adalah 80% berjaya. Berisiko rendah tetapi mengambil masa sangat lama untuk mendapatkan pulangan. Contoh simpanan yang baik adalah menyimpan dalam amanah saham bumiputera ASB. Dengan syarat berdisiplin menyimpan secara berkala. Kalau tidak dapat berdisiplin menyimpan wang, tukar wang kepada emas dan simpan emas itu pada tempoh sama 10 tahun.

Keluar daripada rat race dengan cepat

Selain menyimpan wang lebihan pendapatan apa lagi yang boleh dibuat dengannya? Menyimpan memang selamat, berisiko rendah tetapi mengambil masa lama untuk mendapat pulangan berganda sehingga 10 tahun.

Cara lain selain menyimpan dan berisiko agak rendah tetapi pulangannya yang lumayan boleh dapat dalam tempoh 3 bulan saja adalah menjana pendapatan pasif dengan wang lebihan pendapatan. Kejayaannya pada kadar 33% bermakna masih ada risiko rugi yang agak tinggi jika tidak diurus dengan baik.

Tidak seperti menyimpan yang boleh dibuat secara berterusan, pendapatan pasif dijana secara separuh masa atau sepenuh masa. Separuh masa biasanya dilakukan oleh mereka yang bekerja tetap dan terikat dengan peraturan jabatan atau syarikat. Manakala sepenuh masa dilakukan mereka yang tidak bekerja tetap dan boleh buat banyak kerja dalam satu masa tanpa terikat dengan peraturan jabatan atau syarikat.

Bagaimana melakukan simpanan dan pendapatan pasif dalam satu masa yang sama? Ia mudah saja, pecahkan kepada dua bahagian untuk lebihan pendapatan iaitu simpanan tetap dan modal untuk menjana pendapatan pasif.

Apakah pendapatan pasif yang boleh kita jana? Bangunkan asset yang boleh menjana pendapatan secara pasif. Oleh sebab itulah sebelum ini ada dikongsikan tentang asset (KLIK DISINI untuk bacaan lanjut). Contoh pendapatan pasif seperti menjual kek, sediakan alat dan bahan untuk menjual kek bermodalkan sebahagian daripada lebihan pendapatan tetap. Kerja buat dan jual kek ini dibuat separuh masa atau sepenuh masa.

Contoh lain pendapatan pasif adalah melabur dalam simpanan tetap. Banyak simpanan tetap ditawarkan pelbagai bank dengan pulangan antara 3%-6% sebulan dan boleh dikeluarkan selepas 3 bulan. Guna wang yang terkumpul hasil simpanan tetap lebihan wang pendapatan untuk simpanan tetap di bank.

Daripada rat race masuk fast track

Menyimpan dan menjana pendapatan pasif adalah cara untuk keluar daripada rat race bagi golongan pekerja biasa yang makan gaji dan mengambil upah. Kebanyakan kita dalam golongan ini.

Manakala 2 lagi cara seterusnya iaitu dengan membangunkan bisnes kecil dan bisnes startup adalah untuk mereka sepenuhnya terlibat dalam dunia bisnes dan mahu mahu terus maju ke depan.

Tak semua orang bisnes boleh berjaya, ada orang bisnes yang hidupnya sama saja seperti orang makan gaji dan upah. Penuh dengan hutang dan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk cukai, bil dan lain lain keperluan.

Bagi 2 cara ini, saya tak akan lanjutkan perkongsiannya disini kerana ia adalah untuk level mereka yang sepenuh masa dalam bisnes dan mempunyai pelbagai bisnes sampingan yang agak berjaya walaupun terpaksa berhempas pulas. Oleh sebab itu mereka perlu guna 2 cara ini untuk masuk fast track.

Bagi kita yang kerja makan gaji dan ambil upah cukup dulu untuk 2 level asas sebagai permulaan dan boleh cuba berusaha untuk masuk 2 level fast track tersebut dalam langkah usaha untuk menjadi jutawan. Kita mungkin tak dapat jadi jutawan, namun mencapai status kaya dan mampu hidup senang pun sudah cukup berjaya.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih