Langkau ke kandungan utama

Cukai Untuk Pembangunan Diri


Paksa diri bayar cukai untuk diri sendiri

Gambarajah di atas adalah contoh ke mana cukai kerajaan dibelanjakan untuk pembangunan rakyat. Sudah tentu kita juga akan dapat menikmati manfaat secara langsung dan juga tak langsung. 

Walaubagaimanapun, adakah pembangunan itu berlaku di tempat kita atau kita sekadar melihat pembangunan yang lebih pesat di tempat lain. Padahal kita juga telah membayar cukai kepada kerajaan.

Kadang kala kita tak berpuas hati dengan pembangunan di tempat kita, sedangkan di tempat lain juga pesat membangun. Semua itu sebenarnya juga bergantung kepada populasi penduduk. Apa guna bina hospital besar di pekan kecil dengan penduduk beberapa ribu orang saja.

Tak perlu pun bina kemudahan yang belum perlu, bina dahulu kemudahan seperti rangkaian bekalan elektrik, sistem perpaipan air ke rumah penduduk dan juga naik taraf sekolah. Disamping menggunakan cukai itu untuk menggalakkan sektor pelancongan dan membangunkan daya tarikan tempatan.

Artikel itu bukan untuk mengulas cukai kerajaan untuk pembangunan rakyat. Apa yang dinyatakan itu sebagai satu contoh bagaimana perbelanjaan cukai kerajaan digunakan.

Sebelum ini saya ada membincangkan tentang cukai ke atas diri sendiri. (KLIK DISINI untuk bacaan lanjut). Apakah yang boleh kita lakukan dengan cukai tersebut? 

Jika kita tahu menggunakan imaginasi daripada akal separa sedar kita, semua itu diusahakan bagi membuktikan bahawa kita ada kuasa ke atas diri sendiri untuk membentuk kerajaan di dalam diri. Kita adalah tuan kepada diri sendiri dan cukai yang kita bayar untuk diri sendiri itu untuk kemajuan masa depan kita.

Ke mana hasil cukai kita dibelanjakan

Perlu diketahui, cukai untuk diri sendiri itu bukanlah untuk simpanan. Ia juga tidak sama dengan wang yang kita guna untuk bayar hutang rumah dan kenderaan. Rumah dan kenderaan hutang adalah pinjaman selagi ia belum habis bayar.

Cukai ke atas diri sendiri merupakan wang yang dikumpul untuk dibelanjakan ke atas pembangunan diri. Bagaimana? Sebagai contoh, kita bayar setiap bulan 2.5% daripada gaji untuk cukai diri. Simpan dan kumpul sehingga cukup untuk perbelanjaan pembangunan.

Apa yang nak dibangunkan? Kita bangunkan asset. Sudahkah anda faham apa itu asset? Kalau belum faham sila baca himpunan artikel berkaitan DISINI. Asset konsep asasnya wang masuk poket.

Kita guna cukai yang sudah dikumpul itu untuk membangunkan asset seperti modal untuk bisnes permulaan. Cukai ini akan menyokong bisnes yang kita mulakan dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan. Contoh peralatan, barang jualan dan lain lain kos.

Bisnes itu kita usahakan sehingga berkembang dengan kemudahan cukai ke atas diri sendiri. Lama kelamaan bisnes itu semakin maju dan kita akan menjana pendapatan melalui bisnes tersebut. 

Bisnes itu nanti juga wajib bayar cukai kepada diri sendiri. Jangan hanya bayar cukai kepada kerajaan saja. Belajar juga tentang ilmu percukaian, bagaimana untuk mendapat pengecualian cukai dan mengurangkan bayaran cukai walaupun keuntungan bisnes banyak. Ada caranya. 

Cukai diri untuk kemajuan

Kita asyik bayar cukai kepada kerajaan tetapi manfaat kemajuan tak sampai kepada kita. Siapa tak kecewa dan marah. Tempat lain pesat membangun tetapi tempat kita lambat. Saya tak nak ulas panjang masalah politik ini disini.

Kita tak dapat nak buat apa pun dengan keputusan kerajaan dalam memberi pembangunan di tempat kita. Kita hanya menyalak, marah pun tak guna. Sebaiknya kita sendiri perlu majukan diri sendiri walaupun tempat kita tak maju maju.

Itulah gunanya kita bayar cukai kepada diri sendiri, supaya hasilnya nanti akan kembali semula kepada diri. Guna imaginasi tinggi untuk memikirkan cadangan ini. Akal sedar memang tak nampak, tapi akal separa sedar nampak dan tak akan banyak soal. Kita akan buat saja bayar cukai setiap bulan kepada diri sendiri.

Bagaimana kita boleh memanfaat cukai yang dibayar kepada diri sendiri secara maksimum? Orang banyak wang tidak akan simpan wang banyak banyak dalam bank. Mereka akan guna wang itu untuk beli hartanah. Mereka beli tanah dan boleh bangunkan kedai atau sarang burung walit.

Atau orang yang banyak wang dan tanah akan bangunkan tanah mereka dengan menanam kelapa sawit untuk dapat hasil jualan komoditi tersebut. Itu orang kaya banyak wang boleh buat apa saja. Bagi kita yang miskin papa kedana ini bagaimana? Sebab itu guna akal separa sedar.

Akal sedar kita mengaku kita miskin tak banyak wang. Jika kita hanya guna akal sedar saja kita akan pasrah dan hidup ala kadar saja kais pagi makan pagi dengan kerja makan gaji dan upah untuk bayar bil, hutang dan sedikit belanja keperluan. Kita tak terfikir pun nak bangunkan asset sebab kita tak ada akal separa sedar kita yang mampu berfikir jauh ke depan.

Asset pengganti tanah dan bangunan

Nak beli tanah dan bangunan komersil perlukan wang berpuluh beratus ribu. Kita tak akan mampu. Tetapi jika kita terus simpan wang kita akan rugi. Kerana orang kaya banyak wang tahu simpan wang merugikan. Kenapa? Nanti kita bincangkan dalam artikel lain.

Asset pengganti keduanya yang boleh menjadi kita kaya adalah emas. Simpan emas sikit demi sikit dan nilainya akan semakin meningkat setiap tahun. Malah emas yang kita kumpul tak akan berkurang sekiranya cukai terkumpul kita digunakan untuk membeli emas dan simpan sehingga terkumpul banyak.

Sebut saja emas ia adalah simbol kekayaan. Simpan dan kumpul emas, gunakannya sebagai asset untuk membangunkan asset yang lain. Bagaimana? Inilah ilmu yang paling berharga dan bernilai tinggi untuk dipelajari dan tidak akan dibincang lanjut disini. Kalau mahu tahu, LIKED page Facebook ini, dan ikuti secara berterusan blog ini.

Dengan emas ini, kita boleh dapatkan modal untuk bisnes, pembangunan projek, malah boleh guna beli tanah dan bangunan kedai sendiri tanpa perlu berhutang atau pinjaman bank. Tak perlu pun sebenarnya nak pinjam Tekun atau AIM kalau pandai guna otak separa sedar.

Kesimpulan

Kita akan berpuas hati dengan kejayaan sendiri membangunkan diri. Tak perlu nak tunjuk puas hati kepada kerajaan kerana gagal membawa pembangunan di tempat kita. Buang masa menyalak bukit. Kalau tak puas hati, masa undi nanti tunjuk.

Jangan terlalu bergantung kepada kerajaan, jangan biarkan kuasa kerajaan menekan kita, menindas kita dan tidak peduli kepada suara kita. Kita guna saja kuasa yang kita ada untuk membangunkan diri sendiri dan kemudian bersuara melalui undi untuk tentukan kuasa kerajaan sedia ada.

Jangan biarkan kerajaan menjatuhkan hidup kita. Kita dipaksa bayar cukai tetapi cukai itu tak memberi manfaat kepada kita. Kita bayar cukai kepada diri sendiri supaya kita dapat bangunkan diri dan boleh menjatuhkan kerajaan yang menindas dan menekan rakyat.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih