Langkau ke kandungan utama

Cukai atau Simpan Lebihan Pendapatan


Kenapa cukai dan bukannya simpanan?

Robert T.Kiyosaki seorang jutawan hartanah di Amerika Syarikat dan penulis buku bersiri Richdad Dad memberi pendapat tentang cukai ke atas diri sendiri sebanyak 10% daripada pendapatan yang diperolehi. Ada juga pandangan lain mencadangkan supaya menyimpan jika ada lebihan pendapatan. Semua itu terlalu idealistik. Mungkin tak bersesuaian dengan kedudukan sebenar kewangan kita.

Apa itu idealistik? Iaitu idea yang tidak bersandarkan data dan maklumat yang realistik dengan kehidupan sebenar kita sekarang. Tak semua orang mempunyai pendapatan yang cukup untuk disimpan dan tidak akan ada lebihan setelah ditolak semua bayar bil, hutang dan perbelanjaan perlu untuk sebulan.

Namun begitu, Robert ada cadangan lain jika tidak cukup wang untuk dicukai ke atas pendapatan diri sendiri. Nanti kita akan bincangkan hal ini. Sebelum itu kenapa cukai dan bukan simpanan?

Kalau cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita sanggup bayar kerana dipaksa, kenapa pula kita tak paksa diri untuk bayar cukai kepada diri sendiri. Lihat jenis cukai yang dipaksakan oleh kerajaan ke atas kita di dalam ganbarajah di atas.

Jika kita tak bayar cukai yang dikenakan kerajaan, kita akan dikenakan tindakan undang undang kerana gagal mengikut perintah peraturan kerajaan yang telah diluluskan undang undang.

Apa akan jadi pula bila kita gagal bayar cukai ke atas diri sendiri? Kita akan berdepan dengan kesempitan wang apabila kita sangat memerlukannya. Adakah bantuan kerajaan melalui agihan cukai yang dikutip dapat membantu kita?

Peraturan kehidupan yang akan mengenakan tindakan ke atas diri sendiri apabila gagal membayar cukai kepada diri sendiri. Berbeza dengan simpanan, pengertiannya terlalu longgar dan lembut. Tidak ada paksaan, tidak ada sebab penting kenapa perlu menyimpan wang.

Cukai ke atas diri sendiri juga simpanan tetapi pengertiannya lebih tegas dan berdisplin. Suka atau tidak mesti bayar juga sebagai simpanan. Sama seperti kerajaan mengenakan tindakan undang undang jika mereka yang layak lari bayar cukai langsung. Manakala cukai tak langsung memang takkan dapat lari.

Kejam kan... Tapi kita masih juga mahu berlembut juga kepada diri sendiri enggan bayar cukai untuk diri sendiri.

Dalam buku Rich Dad, Robert menyatakan bahawa perkataan sangat penting dalam menjelaskan sesuatu. Ia umpama minyak petrol sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan. Sebab itu pilih perkataan yang betul dalam membuat sesuatu.

Perkataan dapat mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu dengan rela hati walaupun terpaksa. Ia adalah tanggungjawab. Jika tidak ditunaikannya, kita akan berdepan dengan masalah. Perkataan cukai lebih berkuasa daripada perkataan simpanan. Jadi, wajib kenakan cukai kepada diri sendiri untuk disimpan.

Apa yang perlu dilakukan jika tak cukup wang?

Robert T.Kiyosaki mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh orang biasa seperti kita andai hidup tak cukup wang dan banyak hutang atau tanggungan lain.

  1. Tidak lagi menambah hutang baru, hutang sedia ada pula perlu dikurangkan sikit demi sikit. Hutang yang boleh dilangsaikan segera didahulukan. 
  2. Mencari peluang untuk menjana pendapatan bagi menambah pendapatan. Supaya lebihan pendapatan boleh dikenakan cukai.
  3. Tak perlu berjimat, lebih baik wang yang ada dibelanjakan untuk mendapatkan aset yang boleh menghasilkan pendapatan. Simpan wang itu untuk membangunkan asset.
Itu antara 3 intipati utama bagaimana kita hendak memulakan perubahan diri apabila tak cukup wang, dikelilingi dengan hutang yang banyak dan terpaksa membayar banyak bil utiliti. Wang selebihnya pula cukup cukup untuk belanja barang keperluan harian. Itu pun belum tentu cukup untuk sampai sebulan.

Bagaimana nak menyimpan kalau keadaannya begitu, nak kenakan cukai kepada diri sendiri pun tak mampu. Walaupun boleh lepas dari cukai diri sendiri, adakah boleh lepas daripada bayar cukai kepada kerajaan? Tidak. Cukai tak langsung kerajaan ada dalam bil utiliti dan hutang. Juga ada dalam sesetengah barang yang kita beli seperti cukai SST.

Sama ada duit kita cukup atau tak, kita terpaksa dan dipaksa bayar cukai kepada kerajaan. Kita gembira dapat lepas daripada bayar cukai kepada sendiri. Tetapi sedih kerana tidak dapat menyimpan. Sepatutnya apabila disebut cukai kepada diri sendiri, kita tak boleh lari daripada membayarnya juga.

Jika tak cukup wang, kita perlu paksa diri untuk lebih banyak berusaha mendapatkan wang lebihan. Sebab itu Robert memberi cadangan kedua dan ketiga di atas. Supaya kita dapat bayar cukai kepada diri sendiri.

Berapa kadar cukai ideal untuk diri sendiri?

Kadar 10% seperti yang disarankan mungkin agak tinggi. Walaupun ada punca pendapatan lebihan yang boleh digunakan untuk membangunkan asset, tetapi 10% itu masih cukup tinggi untuk simpanan tetap tanpa diganggu. Kita memerlukan modal pusingan dan modal tambahan bagi membangunkan asset.

Justeru, daripada lebihan pendapatan 90% digunakan untuk pembangunan asset. 10% adalah untuk simpanan dan daripada 10% itu pula sebanyak 2.5% adalah untuk bayar cukai kepada diri sendiri. Apa bezanya simpanan dan cukai yang dikenakan kepada diri sendiri?

Simpanan adalah untuk kegunaan semula bagi kepentingan asset itu sendiri, cukai pula adalah untuk simpanan wajib yang tak boleh diganggu dan hanya diguna semasa berlaku kecemasan. Bagaimana kita dapat memastikan 2.5% itu benar benar cukai kepada diri sendiri yang boleh dimanfaatkan semasa kecemasan?

Tukar 2.5% cukai dalam bentuk wang itu kepada bentuk asset beku yang boleh disimpan dengan lebih lama dan mudah dicairkan bila perlu. Apakah asset tersebut? Ia adalah emas. Ya, 2.5% cukai dikenakan ke atas diri sendiri untuk membeli dan menyimpan emas. Kenapa emas? KLIK DISINI untuk pengetahuan lanjut.

Cukai yang dapat mendisiplinkan diri sendiri

Simpanan belum tentu dapat diusahakan, tetapi cukai akan memaksa diri untuk membayarnya dengan cara apa sekalipun. Sebab itu mesti menerokai peluang menjana pendapatan tambahan dan membangunkan asset yang mampu menghasilkan pendapatan baru.

Sebagai contoh kenapa kita sanggup bekerja lebih masa adalah kerana mahu bayar hutang dan menampung kos keperluan hidup yang tinggi. Jadi, kenapa juga tidak mahu bekerja lebih masa supaya mampu membayar cukai kepada diri sendiri dengan jumlah yang mencukupi untuk kegunaan masa depan.

Jangan merasa selesa dengan keadaan sekarang jika tidak mempunyai masalah kewangan yang serius. Betul, kita masih mampu bayar hutang, bil dan tanggungan keperluan lain.

Bukankah lebih baik bekerja untuk mendapat pendapatan lebih supaya dapat membayar cukai kepada diri sendiri dan menikmati kehidupan yang lebih baik lagi pada masa depan dengan pendapatan yang semakin melonjak naik.

Jika terlebih banyak sekalipun kita dapat membantu orang susah yang benar benar memerlukan. Kita bukan saja menyimpan wang yang banyak, malah menyimpan pahala yang banyak jika menggunakan kelebihan wang yang banyak dalam simpanan hasil disiplin membayar cukai ke atas diri sendiri.

Kesimpulan

Dalam kerajaan, membayar cukai adalah satu kewajiban rakyat. Tak kira mampu atau tidak, ada dua jenis cukai mengikut kelayakan. Cukai langsung untuk yang mampu, cukai tak langsung untuk semua rakyat.

Apabila kita tak dapat bayar cukai kepada diri sendiri walau hanya rm1 tapi dapat bayar cukai kepada kerajaan, itu bermakna kita adalah hamba kepada kerajaan.

Kalau mahu jadi seorang yang bebas dan berusaha membebaskan diri daripada kebergantungan kepada cengkaman kerajaan, kita mesti bayar cukai kepada diri sendiri. Biar kita jadi tuan kepada diri sendiri.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih