Kenapa kerja makan gaji?
Bekerja makan gaji pada masa depan hanya untuk :
1. Menjana pendapatan tetap
2. Beramal melalui khidmat masyarakat
3. Kemudahan akses kewangan perbankan
Pada masa depan jika mahu menjana pendapatan ada banyak ruang dan peluang. Apa yang diperlukan adalah :
1. Kemahiran tambahan
2. Ilmu kewangan
3. Akses teknologi ekonomi digital
Apabila ditanya kenapa mahu kerja makan gaji? Ada banyak sebabnya. Selain pendapatan tetap setiap bulan, ada bonus, peluang naik pangkat, gaji senang naik kalau rajin kerja, kemudahan pinjaman bank, banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh syarikat jualan, ganjaran persaraan dan banyak lagi.
Sebab itu, masih ramai orang memilih kerja pendapatan tetap walaupun ada pilihan untuk buat kerja sendiri seperti buat bisnes. Tetapi pendapatan bisnes tak menentu pada peringkat mula dan banyak cabaran perlu dihadapi selain halangan modal terhad. Jika rajin dan bijak rebut peluang, bisnes kerja sendiri lama kelamaannya lebih banyak pendapatannya berbanding makan gaji.
Pandangan tentang kerja makan gaji sudah berubah
Zaman telah banyak berubah sejak dari dahulu lagi. Daripada zaman pertanian berubah kepada zaman perindustrian dan kemudian beralih ke zaman maklumat. Zaman pertanian perlu bekerja keras untuk meneruskan kehidupan dengan menghasilkan pengeluaran makanan sendiri. Kemudian bertukar barangan atau menjualnya di pasar bagi mendapatkan barang yang lain.
Zaman perindustrian pula masih bekerja keras tetapi dengan orang lain pula. Tanah yang tandus dan tidak sesuai untuk pertanian dibangunkan dengan mendirikan kilang kilang pengeluaran produk dan pemprosesan makanan. Pekerja dibayar upah dan gaji yang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan di pasaraya.
Zaman maklumat pula teknologi berkaitan semakin berkembang. Banyak idea dan pandangan boleh diterokai untuk mendapatkan cara bagaimana boleh menghasilkan wang atau menjana sumber pendapatan selain kerja makan gaji. Malah teknologi itu sendiri yang menyokong sistem penjanaan pendapatan tanpa perlu bekerja keras.
Zaman sekarang bukan bermakna tak perlu lagi bekerja, cuma cara bekerja itu sudah berubah. Bekerja makan gaji masih lagi menjadi pilihan utama, tetapi pada masa yang sama dapat melakukan kerja lain tanpa perlu bersusah payah. Hanya memerlukan kebijaksanaan dalam mengurus masa dan kemudahan yang diperlukan bagi melakukannya.
Apakah yang akan berlaku pada masa depan?
Orang ramai masih lagi bekerja makan gaji walaupun sudah mempunyai bisnes sendiri. Gaji mereka adalah upah kerja mereka dalam memajukan bisnes. Bagi yang masih bekerja makan gaji dengan orang lain, teknologi maklumat telah banyak mengubah cara manusia bekerja. Malah dalam pekerjaan makan gaji mereka juga memerlukan kemahiran dan kemudahan teknologi maklumat.
Apabila sudah ada kemahiran, asasnya sudah ada. Tambah lagi kemahiran lain atau tingkatkan kemahiran menggunakan teknologi maklumat. Segala peluang dan ruang yang ada dalam sistem teknologi ini dapat dimanfaatkan untuk membina perniagaan sendiri. Bagaimana?
Kita tak ada produk keluaran sendiri pun masih dapat menjual produk orang lain atau syarikat pengeluar. Sebagai contoh penggunaan media sosial seperti facebook untuk membuat pengiklanan jualan produk. Selain itu, rangkaian sistem kedai online Shoppe juga boleh digunakan untuk perkhidmatan jualan yang lebih baik.
Semua usaha ini tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk sepanjang masa mengadap smartphone dan melakukan kerja penghasilan produk. Apa yang hanya dilakukan adalah mengambil pesanan pembelian, mengambil sedikit masa saja menjawab pertanyaan pelanggan dan akan menguruskan barangan yang ditempah selepas tamat tempoh bekerja makan gaji. Simple.
Lain lain urusan seperti mengira stok, menyimpan data pelanggan, membuat iklan produk, memasukkan produk jualan dalam kedai online dan sebagainya, boleh dilakukan selepas tamat waktu bekerja atau pada hari hujung minggu atau pada hari cuti.
Jika perlu pun untuk melakukan kerja kerja bisnes semasa bertugas kerja makan gaji, tidak lah melibatkan penggunaan tenaga dan masa yang banyak. Kerja makan gaji pula tidak lah sepanjang masa mengerah tenaga melakukan kerja. Ada masa senggang untuk berehat sekejap dan juga masa rehat untuk minum pagi dan makan tengahari. Waktu itu boleh melawat kedai online menyemak email atau inbox mail jika ada pesanan baru.
Kesimpulan
Cara hidup akan berubah dengan perkembangan teknologi. Dengan kemajuan teknologi telah memudahkan pekerjaan. Penggunaan mesin dan jentera telah memperluaskan kegiatan pertanian. Kewujudan kilang kilang dengan jentera berat telah banyak menghasilkan peralatan teknologi harian untuk kemudahan urusan hidup.
Kemudian, terciptanya teknologi maklumat telah memudahkan komunikasi manusia dan intergrasi teknologi lain dalam memudahkan urusan kehidupan. Begitu juga dengan pekerjaan, apabila seseorang itu tidak lagi hanya akan bergantung kepada satu pekerjaan saja. Pekerjaan lain dapat dilakukan dengan sokongan teknologi mesin dan juga maklumat.
===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan
Catat Ulasan