Apa itu ar-rahnu?
Bagi membaca artikel ini pastikan pembaca juga telah membaca artikel berkaitan asset emas fizikal. KLIK DISINI untuk bacaan lanjut.
Ar-rahnu adalah satu bentuk sistem simpanan berlandaskan islam melibatkan kepentingan dua pihak, penyimpan dan pemilik. Bank adalah penyimpan dan kita adalah pemilik emas tersebut. Kita tidak lagi jadi penyimpan. Kalau nak simpan sendiri, simpan saja di rumah dan tunggu 5 tahun lagi untuk naik harga kemudian jual.
Tetapi dengan ar-rahnu kita simpan di bank dan bayar upah simpan kepada bank. Kita bayar upah kerana ia adalah tawaran khidmat simpanan oleh bank. Tetapi bank bukan berfungsi sebagai penyimpan emas saja, bank berfungsi sebagai penyedia produk dan khidmat kewangan.
Jadi, sebagai syarat lesen urusniaga bank menawarkan pinjaman wang berdasarkan nilai semasa emas yang kita simpan. Jika kita gagal bayar pinjaman tersebut sekalipun, bank tak akan rugi kerana emas kita sudah jadi cagaran dan akan dimiliki bank jika gagal membayar upah simpan sebagai syarat untuk melanjutkan tempoh pinjaman.
Bermakna kita ada dua pilihan dalam skim pinjaman wang ar-rahnu ini iaitu menebus balik emas milik kita dengan membayar upah simpan dan wang yang dipinjam sekali gus apabila cukup tempoh 6 bulan, atau membayar upah simpan saja dan melanjutkan tempoh pinjaman 6 bulan sekali sehingga genap 5 tahun. Cukup 5 tahun wajib tebus semula dan selepas itu jika mahu buat pinjaman lagi dibolehkan. Itu cuma sebagai syarat dalam skim ini.
Manfaatkan wang pinjaman ar-Rahnu
Sekarang anda boleh faham apa itu ar-rahnu, dan bagaimana memanfaatkan emas fizikal yang disimpan di rumah. Jadi, bila sudah dapat wang daripada pinjaman ar-rahnu, apa yang perlu dilakukan?
Ada wang banyak tak menjamin emas yang kita pajak di bank sebagai cagaran pinjaman akan terus jadi hak milik kita. Jika gagal bayar upah simpan dan cukup tempoh 5 tahun gagal tebus, ia akan jadi hak milik bank. Kita akan rugi.
Jadi, bagaimana kita mahu memanfaat wang pinjaman itu sangat penting. Jangan pantang tengok wang banyak terus nak berbelanja boros dan nak beli itu beli ini tanpa mendapat pulangan apa apa. Jika kita ada punca pendapatan lain untuk bayar upah simpan dan tebus semula tidak jadi masalah. Oleh itu, rancang baik baik bagaimana kita mahu menggunakan wang itu supaya memberi pulangan.
Jika ada punca pendapatan lain sekalipun, emas tetap menjadi asset yang baik untuk mendapatkan pinjaman wang dengan mudah tanpa proses pengesahan latarbelakang peribadi yang rumit. Beli emas banyak banyak dan simpan emas di rumah dulu, kemudian apabila perlukan wang modal tambahan untuk bisnes, pajak emas tersebut kepada bank bagi mendapatkan pinjaman dengan mudah. Senang kan.
Jika anda berminat mengetahui lanjut tentang simpanan emas baca lanjut artikel ini berkenaan Public Gold.
Sekiranya anda belum ada pelan untuk menggunakan modal wang daripada pinjaman ar-Rahnu boleh menyertai MyPrepaid2u untuk membina asset permulaan yang paling mudah dan ringkas.
===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE
Ulasan
Catat Ulasan