Langkau ke kandungan utama

Fokus Majukan Ekonomi Diri


Tinggalkan politik sampah membuang masa

Mungkin ada antara pembaca sudah muak dengan politik Malaysia. Setiap hari semenjak lebih daripada 5 tahun lalu, situasi yang sama tidak pernah berubah.

Cuba ingat kembali bermula tahun 2012, ketika ekonomi negara tidak menentu dan perdana menteri Najib Razak telah membuat pakej pinjaman untuk rangsangan ekonomi bagi melonjakkan kembali ekonomi negara bagi membantu rakyat.

Sampai ke hari ini setelah 6 tahun rakyat masih berdepan dengan kos hidup yang semakin tinggi dan situasi ekonomi tak menentu menyebabkan ekonomi rakyat merosot.

Rakyat berhempas pulas untuk bertahan. Manakala pemimpin politik pula terus berbalah berebut kuasa sehingga timbul skandal 1MDB yang merosakkan pemulihan ekonomi negara.

Masa terus berlalu, tapi apa hasilnya? Tiada penyelesaian segera. Perebutan kuasa politik dan perbalahan siapa betul siapa salah berterusan. Sehingga mengheret sama rakyat dengan perbalahan tersebut.

Ini buang masa dan tenaga. Merosakkan pemikiran dan menggalakkan persengketaan antara rakyat gara gara menyokong parti dan pemimpin politik masing masing.

Tumpukan saja pada kemajuan ekonomi

Tak perlu lagi buang masa terlibat dengan perbincangan politik yang tidak ada hasil dan jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat. Kaedah pemulihan ekonomi diri secara intensif dan eksklusif perlu dilakukan secara dalaman.

Bukan lagi mengharap bantuan atau sokongan parti dan pemimpin politik dalam kerajaan. Jangan jadi pencacai politik. Kita sendiri yang perlu berusaha dan menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan tanpa perlu terlibat dengan perbalahan politik.

Apa yang diberi kita sambut dengan baik sebagai tanggungjawab kerajaan. Bukan kerana mahu menyokong dan mengharap sesuatu yang lebih banyak jika menyokong secara terbuka. Supaya orang politik tahu kita sokong mereka dan akan beri banyak bantuan. Itu namanya pencacai politik.

Maju tanpa pengaruh politik

Fokus dengan usaha pembangunan diri dan ekonomi. Apa yang perlu dilakukan adalah rebut apa saja peluang yang ada. Tak kira apa yang diberi kerajaan mahupun apa yang tersedia dalam sistem ekonomi terbuka.

Maksudnya, jika ada jawatan kosong dalam kerajaan mahupun swasta, rebut peluang itu jika berminat. Kalau tak minat abaikan. Mungkin lebih minat buat kerja sendiri seperti berbisnes.

Selain itu, peluang yang diberikan melalui kerajaan seperti pengurangan cukai, subsidi, bantuan kewangan, penyediaan kemudahan yang dapat menggalakkan pembangunan ekonomi. Rebut saja peluang itu, tak usah berpolitik sangat menidakkan usah kerajaan dan parti yang memerintah.

Kalau tak suka pun, lakukan dalam masa sehari saja iaitu semasa mengundi. Sepanjang tempoh 5 tahun sebelum mengundi semula hanya perhati dan dengar saja apa yang berlaku dalam dunia politik.

Sementara itu, setiap hari dalam tempoh 5 tahun itu segala usaha perlu ditumpukan kepada pembangunan modal insan pada diri sendiri dan menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan lagi ekonomi diri dan keluarga.

In sha Allah, dalam tempoh 5 tahun akan datang kita tidak akan terus menyalak macam anjing dalam perbalahan pemimpin politik, tetapi diri sendiri masih mengalami masalah yang sama dan tak selesai selesai dalam tempoh 5 tahun lalu.

Dalam artikel akan datang, saya akan berkongsi tentang pembangunan modal insan pula (KLIK DISINI untuk bacaan lanjut). Modal ini sangat penting untuk kemajuan ekonomi dan ianya perlu bermula pada diri sendiri. Tak perlu tunggu diketuk kepala untuk berubah. Kita sendiri yang akan mengubah diri untuk kebaikan masa depan.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih