Bagaimana kekayaan kita boleh hilang?
Persoalan ini perlu kita tahu dahulu sebelum dapat mempertahankan dan melindunginya. Kekayaan kita boleh hilang tanpa disedari. Kita menyerahkan kekayaan kita dengan sukarela, tetapi bagaimana untuk membolehkan kita secara sukarela menyerahkannya kepada mereka yang mahu merampasnya.
Perlu diingat, orang lain tidak akan mengakui bahawa mereka merampasnya tetapi menyatakan mereka menerimanya secara sah kerana kita sukarela menyerahkan kekayaan sendiri kepada mereka menerusi saluran yang betul dan sah disisi undang undang.
Dalam dunia moden hari ini, wang ringgit dapat mengaburi mata kita untuk menyerahkan kekayaan milik kita seperti tanah dan menandatangani perjanjian atau persetujuan serah terima. Itu adalah cara yang paling licik dan kesalahan tidak akan jatuh kepada mereka yang memilikinya secara pindah milik yang sah.
Apakah kekayaan kita yang hilang?
Kekayaan sebenar adalah nilai diri kita. Nilai kekayaan diri kita adalah kebahagiaan, kebebasan, keupayaan tenaga kerja, kemampuan berfikir, kemahiran teknikal. Kekayaan kita asalnya bukan dalam bentuk wang atau harta. Tetapi kita dibayar dengan wang dan mampu memiliki harta jika sanggup mengorbankan nilai nilai tersebut untuk orang lain.
Kita mesti sanggup berkorban dan bersusah payah untuk kebahagiaan orang lain, sanggup bekerja mengembleng tenaga dan fikiran demi memajukan orang lain. Sebagai galang gantinya kita dibayar gaji atau upah seterusnya dapat membeli harta.
Namun demikian, sekali lagi kita sanggup menyerahkan hasil penat lelah kita bekerja setelah berusaha mendapatkan wang dan mengumpulkannya kepada pihak lain. Bagaimana ia boleh hilang?
Apabila kita membayar cukai dan tidak menyimpan apa apa harta yang bernilai untuk mempertahan dan melindungi hak kita. Apabila kita sudah ada tanah, kita jual dan gantikan ia dengan wang. Kerana sudah terbiasa dengan wang yang boleh membeli apa saja yang kita suka. Itulah perangkap wang sebenarnya.
Nilai nilai kebahagiaan dan kebebasan hanya dapat dipertahankan dengan kita memiliki asset bernilai sebagai harta yang dapat melindungi kita daripada miskin, mundur dan jatuh muflis. Kita bekerja dan berfikir untuk dapat wang dan harta. Tetapi apa yang kita beli dengan wang tersebut tidak kekal dan dapat melindungi kita.
Apakah kekayaan yang perlu kita simpan?
Apa yang perlu kita simpan dan kumpul dengan wang tersebut adalah asset. Apakah itu asset? KLIK DISINI untuk bacaan lanjut.
Secara ringkasnya asset utama yang perlu kita simpan dan kumpul adalah emas. Dengan emas itu pula kita dapat mengembangkannya dengan asset yang lain. Tanpa kehilangan atau terlepas hak ke atas pemilikan emas tersebut kita berupaya membangunkan asset lain sebagai penjana wang yang dapat membeli harta keperluan lain.
Bagaimana emas dapat mempertahankan kekayaan kita? Emas adalah asset paling bernilai dan berharga tinggi. Hanya dengan satu gram sahaja nilai harga semasanya adalah RM177. Walau dimana saja kita berada emas tetap akan diterima oleh kelompok masyarakat. Bank mana mana negara sekalipun menerima emas sebagai cagaran pinjaman wang, malah ada kedai selain kedai emas menerima emas sebagai cagaran untuk mendapat pinjaman wang.
Walaupun emas mudah dicairkan atau ditukar kepada wang, jangan pula kita mudah untuk melepaskannya daripada menjadi hak milik kita. Simpan emas dan kumpul emas sebanyak yang mungkin. Jika kita bekerja dan menerima upah dan gaji dalam bentuk wang, peruntukkan sedikit daripadanya untuk membeli emas walaupun hanya satu gram.
Semakin banyak emas yang disimpan ia akan melindungi hak kita daripada dirampas. Apakah hak kita? Sudah dijelaskan hak kita adalah nilai diri kita iaitu kebahagiaan dan kebebasan. Emas boleh membuat kita bahagia, emas adalah simbol kekayaan dan memiliki emas yang banyak boleh menghasilkan kebahagiaan menerusi pemilikan asset. Daripada asset itu pula kita dapat memiliki harta yang lain pula untuk mencapai kebebasan.
Kekayaan yang mempertahan dan melindungi diri
Miliki emas, simpan dan kumpul walau hanya satu gram sehingga menjadi banyak. Itu yang perlu kita lakukan secara konsisten dan berterusan. Emas mudah dicairkan, bank adalah institusi yang boleh diyakini untuk kita memajaknya. Pajak emas untuk meminjam wang daripada bank. Ada bank yang menawarkan skim pajak gadai emas secara islam atau ar-rahnu. Contoh Agrobank dan Bank Rakyat.
Skim pajakan bank adalah satu pinjaman wang yang membenarkan kita menyimpan emas di bank. Maklumat lanjut tentang ar-rahnu boleh KLIK DISINI. Jika gagal membayar upah simpan emas kita di bank dan menyebutnya maka emas kita akan tergadai. Begitulah caranya emas kita hilang atau terlepas daripada pemilikan hak ke atasnya.
Tetapi jika kita pandai menggunakan emas sebagai cagaran untuk mendapatkan wang, ia dapat mengembangkan lagi kekayaan kita. Bagaimana? Guna wang itu untuk membeli asset. Asset ini akan menjana lebih banyak wang dan menghasilkan lebih banyak harta. Kita boleh membeli harta yang dapat memberi kebebasan kepada kita.
Kesimpulan
Kekayaan sebenar kita adalah kebahagiaan dan kebebasan diri. Bahagia dalam hidup dengan kesenangan dan kemudahan. Bebas dalam hidup untuk membuat apa saja keputusan dan bertindak untuk kebaikan diri dan orang lain.
Harta kekayaan cuma alat saja tak kira wang atau asset. Sebab itu kita mesti faham apa itu wang dan asset dahulu baru lah dapat mencari di mana kebahagiaan dan kebebasan kita.
Jika dua perkara asas ini tiada maka akan mudah terperangkap dalam permainan orang kaya yang tamak dengan harta dan kuasa.
===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE
Ulasan
Catat Ulasan