Langkau ke kandungan utama

Pedoman Hidup

Pengenalan

Kenapa blog ini diterbitkan? Saya telah banyak menerbitkan beberapa blog yang lain tetapi ia tidak spesifik tentang pedoman hidup. Blog ini saya akan berkongsi cerita tentang pedoman hidup. Bagaimana untuk menjadi lebih baik dan apa perlu dilakukan.

Saya bukan pakar motivasi dan bukan untuk memberi motivasi. Saya cuma mahu berkongsi apa yang saya akan cuba usahakan dan mungkin pembaca lain juga tertarik dan berminat untuk mengikuti apa yang dikongsikan ini.

Pedoman hidup yang mahu dikongsi adalah pelbagai. Macam macam perkara boleh dikongsi, tentang soal kewangan, politik, kepercayaan, adab, sejarah dan apa saja. Tetapi saya lebih suka untuk berkongsi bagaimana untuk berubah dari zero to hero.

Saya bukannya hero sangat, tetapi sekurangnya saya dan pembaca semua ada usaha untuk memperbaiki diri dan menjadikan kehidupan sendiri lebih baik daripada sebelumnya.

Kita selalunya lebih suka mendengar kisah mereka yang sama rentak hidupnya dengan kita. Mana mungkin kita mahu dengar kisah orang yang sudah biasa hidup kaya kemudian berkongsi cara untuk hidup senang.

Dia tak pernah rasa hidup susah, kredibilitinya untuk berkongsi cerita tentang kesusahan dan cara untuk hidup senang tidak sesuai untuk orang kebanyakan. Kita mahu mendengar perkongsian seseorang yang boleh diteladani sesuai dengan level kita sendiri.

Itulah matlamat blog ini diterbitkan, berkongsi serba sedikit apa yang telah cuba diusahakan tanpa perlu menunjuk nunjuk kejayaan atau kekayaan yang dicapai. Saya akan cuba berkongsi asas saja tanpa perlu berkongsi sesuatu yang terlalu privasi. Sudah pasti ada antara pembaca sekalian pun begitu juga. Berkongsi apa yang patut dan tak perlu dikongsi apa yang tak patut.

Bagi membuktikan sesuatu biar kita sendiri melakukannya, tak perlu buktikan kepada orang lain dengan menunjuk nunjuk apa yang kita miliki. Walaupun itu sebagai bukti kepercayaan, niat penulisan ini bukan mahu mengambil kesempatan untuk berniaga kaw kaw punya. Jika ada pun apa yang dikongsikan tentang peluang perniagaan, itu hanya asas saja.

Mempromosi jualan secara berlebih lebihan tidak akan wujud dalam blog ini. Saya hanya mahu berkongsi cerita dari hati ke hati tentang pedoman hidup. Mungkinkah rentak kehidupan kita sama, cuma alunannya saja berbeza.

Contohnya, mugkin kita sama asal daripada keluarga yang susah, tetapi kerana saya mahu berubah dan saya fikir cara pemikiran perlu diubah, maka saya dapat berubah sedikit demi sedikit. Mungkin ada pembaca yang tidak berubah kerana cara fikir tidak diubah, gaya hidup tidak diubah, maka perubahan untuk menjadi lebih baik itu agak sukar.

Bukannya tidak boleh berubah atau tidak mampu berubah tetapi landasan untuk berubah itu tidak disediakan. Maka itu sukar untuk berubah. Hanya orang yang pernah hidup seperti keadaan kita saja tahu situasinya dan jika orang itu boleh berubah kenapa kita tidak padahal rentak permulaan hidup kita dengannya sama saja.

Cerita sebeginilah yang ramai orang biasa biasa mahu dengar, ini bukan satu cerita yang biasa di dengar, ini adalah cerita yang luar biasa jarang kita dengar. Tidak ramai yang mahu berkongsi cerita tentang kejayaan mahupun kegagalan.

Walaupun kejayaan itu cuma kecil dan kegagalannya juga begitu kecil saja. Apatah lagi kegagalan yang besar. Tentu sekali usaha untuk mengubah kehidupan masa depan itu begitu menarik sekali.

Teruskan mengikuti cerita saya di blog ini. Sokongan anda sebagai pembaca amat diperlukan sekali. Sebagai sokongan kepada usaha saya berkongsi cerita, sila LIKE PAGE FACEBOOK saya. Hanya dengan berapa ramai yang LIKE page saya itu saya boleh tahu berapa ramai yang menyokong dan berminat untuk mendengar perkongsian cerita saya ini.

Akhir sekali, saya hargai sokongan pembaca semua. Terima kasih semuanya. Saya akan hargai sokongan pembaca dengan menyajikan perkongsian cerita yang terbaik untuk dijadikan teladan dan juga panduan bersama.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih