Langkau ke kandungan utama

Usah Bersedih

Hidup perlu diteruskan


Kenapa perlu bersedih berpanjangan, ia cuma mainan emosi. Tidak salah bersedih dengan sesuatu kejadian tetapi hari esok kita perlu diteruskan. Kesedihan tidak menyelesaikan masalah, ia hanya mengakibatkan kemurungan. Kemurungan boleh membantutkan keyakinan dan hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.

Walau apa orang lain kata sekalipun, jika kita tidak mendengarnya dengan penuh emosi, kata kata mereka yang menyakitkan tidak akan melukai hati kita. Menggores mungkin kerana kita juga manusia biasa yang ada emosi. Bak kata pepatah, masuk kanan keluar kiri. Nak kata apa pun, kita tidak peduli.

Kita percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan apa yang kita lakukan. Orang lain menghina kita, jangan cepat terkesan. Selagi kita tidak dilukai secara fizikal, penghinaan itu cuma untuk mencabar kesabaran diri. Ia cuma satu provokasi yang cuba melemahkan dan menjatuhkan kita. Apabila kita bertindak balas, marah dengan penghinaan itu, rancangan mereka nampaknya berjaya.

Helah menghina untuk membangkitkan kemarahan kita berjaya dan helah untuk menjatuhkan kita dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar seperti dirancang. Saya bukan baru setahun dua hidup dengan orang dengan pelbagai ragam dan perangai. Sudah 40 tahun melihat dan mendengar sifat dan sikap pelbagai jenis manusia. Daripada situ dapat belajar sesuatu.

Berubah saja dan bangkitlah dengan keyakinan diri

Blog ini mengkhaskan satu kategori dengan label Usah Bersedih bagi membina semula keyakinan setelah dihina, dicerca dan diperlekeh oleh sesiapa saja yang merasakan dirinya sempurna dan memiliki segalanya. Tak kira dalam apa bidang sekalipun.

Sama ada dalam kerjaya kita cuma berpangkat rendah tetapi dilayan macam hamba dan dipergunakan semata mata untuk menaikkan nama orang atasan supaya mudah mereka naik pangkat atau gred.

Ataupun kita tidak nampak punya harta yang banyak dengan kereta yang mewah bergaya. Lalu kita dipandang rendah oleh orang lain. Dilihat dengan sinis dan dikata dengan sindiran tajam.

Itu dua contoh bagaimana label ini akan berkongsi cerita secara khusus tentang perkara tersebut. Perkongsian lebih kepada penyelesaian bagaimana berhadapan dengan situasi tersebut, apa yang perlu kita lakukan dan apa usaha yang perlu kita mulakan bagi memulihkan diri supaya tidak lagi dipandang rendah.

Akhir sekali, jangan lah bersedih... Jika anda perlukan kata semangat, lawatlah blog ini. Saya akan cuba berkongsi cerita yang membina dengan lebih banyak.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih