Langkau ke kandungan utama

Bayar Kepada Diri Sendiri Dulu

Beginilah cara menghargai diri


Jika bekerja makan gaji atau ambil upah, pastikan bayar kepada diri sendiri dulu. Penat penat kita bekerja bila tiba waktu terima gaji banyak hutang dan bil yang perlu nak bayar.

Kemudian wang lebih untuk membeli barang keperluan harian selama sebulan. Adakah kita memperuntukkan wang untuk dibayar kepada diri sendiri? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan membayar kepada diri sendiri dahulu?

Lihat kepada gambarajah di atas. Apabila dapat gaji, ada peruntukan wang disediakan untuk membayar kepada diri sendiri dahulu dengan membeli asset. Istilah asset bermaksud sesuatu yang kita beli dapat menghasilkan wang tambahan.

Kemudian barulah akan bayar yang lain dalam kolum perbelanjaan. Bayar hutang, cukai, keperluan, makanan, pakaian, bil dan sebagainya. Bagaimana kalau perbelanjaan lain tu memerlukan wang yang banyak dan tak cukup untuk membayar kepada diri sendiri?

Kurangkan perbelanjaan tidak penting untuk sementara waktu dan pada masa sama buat kerja sampingan lain untuk memperoleh pendapatan tambahan. Dengan cara itu lebihan wang dapat digunakan untuk membayar kepada diri sendiri.

Jangan pula buat kerja sampingan untuk tambah hutang dan berbelanja secara boros bagi memuaskan nafsu semata. Apakah yang perlu dibayar kepada diri sendiri supaya dapat menghasilkan pendapatan tambahan?

Bayaran itu adalah untuk membangunkan asset yang boleh menjadi modal kepada penjanaan wang tambahan. Contohnya, membeli barang modal untuk dijual. Barang modal dibeli dan dijual berulang kali bagi menghasilkan keuntungan pada harga jualan.

Ada banyak lagi barang bernilai lain yang boleh dijadikan asset. Bagi mendapatkannya perlukan wang. Kerana itulah penting sekali bayar kepada diri sendiri dulu walaupun tidak banyak. Ia tak sama dengan wang simpanan. Wang yang disimpan saja tidak aktif. Wang yang aktif bersifat penjana pendapatan. Sebab itu ia dipanggil asset.

Jika gaji keseluruhan rm1500 misalnya, bayar kepada diri sendiri rm50 pun sudah cukup. Setiap kali gaji kita bayar rm50 kepada diri sendiri. Selama setahun kita bayar kepada diri sendiri rm50, jumlah terkumpulnya rm600.

Pada tahun depan asset apa nak dibeli dengan rm600 tersebut supaya dapat menjana pendapatan. Saya ada cadangan untuk anda tetapi saya akan kongsikannya dalam posting akan datang supaya lebih spesifik perbincangannya.

Tak rugi bayar diri sendiri untuk bangunkan asset. Jangan pula nanti kumpul rm600 setahun diguna untuk beli henpon baru kemudian diguna untuk membawang saja. Padahal henpon sedia ada masih boleh guna dan fungsinya tidaklah ketinggalan sangat. Cuma kameranya saja satu berbanding henpon baru yang nak dibeli ada 2. Itu saja kelebihan henpon baru tersebut.

Jangan buat begitu, anda hanya menguntungkan kedai dan merugikan diri sendiri. Wang tambahan tak dapat dijana, sebaliknya pembaziran dilakukan. Sia sia kumpul rm600 setahun.

"Wang saya, saya punya suka nak buat apa. Nak beli henpon baru kah, baju baru kah, kau siapa nak tentukan perbelanjaan saya"

Jika ada yang pesimis membaca perkongsian ini sila keluar daripada blog ini. Anda memang patut dihalau keluar kerana kurang ajar dan tak boleh dibimbing. Kita berkongsi pandangan untuk mendapat manfaat, bukan nak mengajar sesiapa.

Kalau rasa pandangan ini bagus, buat lah. Kalau tak bagus diam saja dan abaikan, tak perlu berlagak sombong dan kurang ajar. Mentaliti rakyat Malaysia yang bebal memang begitu kerana didikan pemimpin politik cara marba negara ini yang kurang ajar.

Apa saja perkongsian cerita yang saya tulis adalah sebagai panduan saja. Kalau anda rasa lebih baik daripada saya, saya kagum dengan kehebatan anda. Syabas. Kalau anda masih baru nak belajar seperti saya, sama sama kita belajar perbaiki diri.

Sama sama kita saling ingat mengingati dan menyokong sesama kita untuk lebih maju ke depan. Bukan ketawa melihat orang lain jatuh dan membiarkan orang lain yang baik sifatnya jatuh tersungkur.

Kalau orang bongkak sombong takbur yang jatuh, biarkan saja. Biar mereka rasa bagaimana sakit dan tersiksa hidup susah dan bangun sendiri semula. Biar mereka tahu tinggi rendah langit.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih