Langkau ke kandungan utama

Crypto Currency

Masa depan untuk ekonomi digital


Apa sebenarnya crypto currency? Ia adalah matawang digital, kita tak perlu lagi membayar wang tunai.

Jika kita mahu mendapatkan wang tunai mesti bekerja baru lah dibayar gaji. Crypto masih baru dan cuma pilihan untuk akan datang. Bagi mendapatkan crypto perlu membelinya dan melaburkannya.

Belum ada negara yang menjadikan crypto sebagai matawang digital mereka, tetapi crypto sudah pun digunapakai oleh syarikat global dalam urusniaga. Malah menjadi satu asset pelaburan untuk meningkatkan permintaan ke atas penggunaannya secara digital.

Seperti matawang, tanpa sokongan pengguna ia takkan laku. Malah matawang jika mahu diterima pakai di seluruh dunia perlu dilabur dan diapungkan dalam pasaran matawang dunia. Begitu juga crypto jika mahu diterima oleh pengguna di seluruh dunia sebagai matawang digital untuk masa depan.

Ini bermakna, tidak perlu ada tunai di tangan. Hanya perlu menggunakan teknologi dan aplikasi digital bagi mengakses ke akaun matawang crypto kita apabila membuat pembelian dan pembayaran.

Apabila semua sistem urusniaga kewangan berubah dengan kelengkapan digital, kita akan bekerja dan dibayar gaji dengan wang crypto iaitu kita semak baki dalam akaun sama ada sudah masuk atau tidak. Kemudian membayar bil secara online atau offline menerusi eWallet.

Hanya tolak saja pembayaran daripada akaun dan kita dapat barang apa yang dibeli. Di pasaraya atau kedai pula, kita tak perlu bayar tunai. Kita hanya guna cap jari atau pengesanan anak mata untuk akses ke akaun digital, jumlah bayaran ditolak daripada wang crypto yang ada dalam akaun kita.

Nampak seperti cerita sains fiksyen, tetapi apabila kita benar benar memahami dengan kemajuan teknologi dan maklumat hari ini, serta cara bagaimana pembayaran boleh dibuat secara atas talian atau hanya guna QR pay, kita boleh nampak gambaran masa depan bagaimana matawang kertas juga akan berubah menjadi matawang crypto.

Perubahan ini berlaku kerana kemajuan teknologi dan kemudahan yang ada membolehkan matawang crypto berfungsi seperti matawang kertas. Tetapi ia tidak lagi secara tunai. Ia adalah secara akses melalui akaun bank kita.

Apabila ada mana mana kerajaan memperkenalkan matawang crypto, begitulah konsepnya kelak. Sekiranya banyak negara memperkenalkan matawang crypto masing masing maka semua urusniaga kewangan adalah dalam bentuk matawang crypto dan semua kaedahnya juga dalam bentuk digital.

Konsep mata ganjaran yang digunapakai sekarang

Hari ini apabila kita membeli sesuatu dan diberi mata ganjaran atau point, adalah gambaran bagaimana matawang crypto berfungsi. Dalam pembelian barang atau perkhidmatan kita diberi point. Contoh kita selalu terbang bersama AirAsia lalu diberi point yang boleh diguna untuk menuntut tiket percuma setelah terkumpul banyak.

Pada masa akan datang, matawang crypto dibayar kepada kita dan boleh menggunakannya seperti mendapatkan tiket percuma AirAsia menggunakan point. Bagi mendapatkan point percuma setiap kali terbang, mesti buka akaun keahlian AirAsia. Supaya point dapat digunakan untuk menuntut tiket percuma melalui akses ke akaun ahli.

Begitu juga crypto nanti, pembayaran dibuat melalui akses akaun matawang crypto. Sama ada kita yang dibayar atau kita membayar untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan.

Masa depan dengan matawang crypto

Pada masa itu mungkin kita akan bekerja dan dibayar dengan matawang crypto. Kita semak akaun bank menggunakan smartphone dan ada sejumlah wang crypto di dalam akaun.

Apabila kita ke pasaraya atau kedai membeli belah, semasa pembayaran di kaunter, kita hanya perlu hulurkan cap jari untuk akses ke akaun atau ada pilihan lain untuk keselamatan akses. Jumlah bayaran untuk barang yang telah dikira terus ditolak dari akaun bank crypto.

Begitu juga untuk khidmat bayaran lain seperti bil dan sebagainya. Jika kita mahu membayar secara online pun sama juga seperti sekarang yang perlu akses ke akaun bank kita untuk terus ditolak daripada wang di dalam akaun.

Dalam urusniaga kewangan global hari ini juga boleh dibuat melalui akaun paypal. Akaun paypal menggunakan matawang dolar, kita boleh mengisi deposit dalam akaun paypal menerusi akaun bank tempatan kita. Kemudian ditukar nilai kepada dolar untuk masuk ke akaun paypal.

Dengan akaun paypal ini kita boleh membuat pembayaran untuk urusniaga pembelian daripada mana mana pusat pembelian global online seperti Amazon. Atau kita membuat pembelian di luar negara dan penghantaran dibuat ke tempat kita. Pembayaran boleh dibuat guna akaun paypal.

Daripada contoh ini, kita boleh nampak bagaimana matawang crypto akan digunakan pada masa depan dalam urusniaga di dalam negara mahupun di peringkat global.

Soal keselamatan, itu tanggungjawab penyedia akses kemudahan dalam sistem kewangan untuk memastikan ia selamat dan tidak berlaku huru hara yang boleh mengakibatkan kerugian ke atas akaun crypto pengguna di seluruh negara dan dunia.

Nampak canggih kan... Diluar jangkauan pemikiran kita selama ini. Namun semua itu tidak lagi mustahil pada masa depan. Hari ini pun sudah nampak konsepnya dan aplikasi penggunaan point atau mata ganjaran dalam bentuk digital.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih