Langkau ke kandungan utama

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang?


Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu :

  1. Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah
  2. Buat kerja sendiri
  3. Pemilik bisnes
  4. Pelabur
Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya. Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan.

Employee

Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah.

Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja tetap.

Self Employee

Buat kerja sendiri pendapatannya tidak tetap, bergantung kepada kerja apa yang dibuat dan wujudnya permintaan. Ia tak sama seperti bisnes, ia bukan bisnes walaupun ada kerja menjual daripada kerja sendiri itu.

Contoh buat kerja sendiri seperti berkebun, menjala ikan, buat kek, jual produk orang lain. Jangan keliru dengan bisnes, pandai buat kek atau tanam sayur dan jual di pasar bukan bermakna ada bisnes sendiri. Buat kerja sendiri adalah usaha sendiri untuk buat wang sendiri dengan menjual.

Business Owner

Pemilik bisnes bukan penjual atau bukan pembuat produk seperti kek. Pemilik bisnes bermaksud mempunyai lesen perniagaan dan mempunyai hak kepentingan sendiri dalam bisnes tersebut. Bisnes itu pula menjana untung berganda dan mempunyai pekerja yang menjalankannya.

Pemilik bisnes seperti ada syarikat sendiri, ada operasi syarikat seperti pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan. Pemilik bisnes wajib bayar cukai kerana ia berdaftar. Pendapatan pemilik bisnes sudah tentu berbelas ribu, berpuluh ribu, beratus ribu sebulan.

Investor

Pelabur pula adalah pemegang saham dan juga pemilik saham. Pemegang saham mempunyai kepentingan dalam pelaburan kerana ada bahagian modalnya dalam pelaburan itu. Pemilik saham adalah pemegang utama pelaburan itu. Hanya sebahagian saja saham dalam pelaburan itu diberi pegangannya kepada orang lain.

Pelaburan seperti Amanah Saham dipegang oleh pelabur berdasarkan berapa unit saham dibelinya dan mendapat untung mengikut kadar pembahagian untung oleh pemilik utama pelaburan tersebut. Biasanya 3% hingga 10% saja daripada jumlah unit saham. Pemilik pelaburan menerima keuntungan lebih berganda.

Memahami 4 Kuadran

Apabila kita sudah faham 4 jenis kuadran ini, kita boleh menyesuaikan diri untuk melakukan kerja apa yang patut bagi membolehkan kita masuk dalam setiap Kuadran tersebut. Jangan terperangkap dalam 1 Kuadran saja.

Terperangkap bermaksud apabila kita kerja makan gaji, maka itu saja pekerjaan yang kita mampu buat. Kita tak berusaha untuk buat kerja sendiri dan menjana pendapatan menerusinya. Apa salahnya berkebun atau buat bisnes sampingan jual produk orang bagi mendapatkan wang lebih.

Bila kita kerja makan gaji dan pandai buat kerja sendiri, apa salahnya memiliki bisnes sendiri. Bila kerja sendiri lebih maju dan lumayan pendapatannya daripada gaji yang diterima, bolehlah berhenti kerja. Ataupun mengupah orang lain atau diurus oleh ahli keluarga sendiri tetapi kita salah seorang pemilik atau penama dalam bisnes tersebut.

Menjadi pelabur tak semestinya jadi pemilik pelaburan. Jadi pemegang saham pun sudah dikira sebagai pelabur. Kalau mahu menjana lebih banyak pendapatan menerusi pelaburan, melabur dalam banyak pelaburan. Namun perlu ada banyak wang untuk membeli unit saham. Bermakna sama ada kerja makan gaji, kerja sendiri atau pemilik bisnes masih boleh melabur dan dianggap salah seorang pelabur yang memegang saham.

Kesimpulan

Cara fikir kita akan menentukan cara kerja kita. Kita boleh kerja makan gaji, boleh buat kerja sendiri, boleh jadi pemilik bisnes dan juga boleh jadi pelabur dalam satu satu masa jika ada kemampuan melakukannya.

Kemampuan masa, wang dan tenaga kerja. Tidak ada masa tapi banyak wang boleh melabur banyak. Tidak ada wang tapi banyak masa boleh fokus buat kerja sendiri untuk kumpul lebih banyak wang. Tidak ada kerja tetap tapi ada sikit wang dan pandai buat kerja sendiri boleh jadi pemilik bisnes.

Jadi, pemahaman kita tentang 4 Kuadran pekerjaan ini membolehkan kita merancang apa yang kita mahu buat supaya mendapat manfaat dalam Kuadran yang lebih menguntungkan. 2 Kuadran yang menguntungkan adalah menjadi pemilik bisnes dan pelabur. Keduanya menjana pendapatan dengan mudah dan lebih banyak.

Fikir fikirkanlah... Masa untuk berubah.

Bermula dengan kerja makan gaji

Akan datang saya akan berkongsi tentang cara untuk berubah daripada seorang yang kerja makan gaji boleh bergerak kepada seorang yang boleh buat kerja sendiri. Kemudian bersiap sedia untuk menjadi pemilik bisnes.

Akhir sekali, bagaimana untuk jadi pelabur tanpa perlu menunggu masa terlalu lama atau langsung tidak dapat melabur apa apa. Istilah pelaburan akan lebih jelas lagi dalam posting ini.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih