Langkau ke kandungan utama

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang?


Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang.

Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan.

Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita.

Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang.

Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih, tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Hidup hanya untuk kerja... Kerja... Kerja...

Kehidupan yang ideal

Pasti ramai yang mahu hidupnya tenang dan senang. Tentu ada yang sinis, mana mungkin hidup boleh senang dan tenang kalau tidak bekerja. Zaman sekarang nak hidup perlukan wang. Ok, sabar... Jangan sempitkan pemikiran.

Tentu anda sudah baca posting bayar dulu kepada diri sendiri, bagaimana orang kaya terus menjadi kaya. Betul, orang kaya pun tak akan tenang kalau banyak harta. Takut hartanya dirompak dan berkurang. Itu orang kaya bongok, suka menunjuk nunjuk dan berlagak.

Kita mahu jadi orang kaya yang bijak, tidak nampak kaya sangat tapi kekayaan kita tersembunyi. Hidup tenang dan senang tanpa bimbang diburu penyamun. Penyamun ini ramai, penyamun pakai topeng dan penyamun pakai tali leher.

Dua dua penyamun ini amat berbahaya dan berhati hati dalam menunjukkan kekayaan kita secara terbuka atau menamakan kekayaan kita sehingga nampak rekodnya dan boleh diakses oleh 2 ekor penyamun ini.

Bagaimana kehidupan ideal dapat dicapai? Hidup secara sederhana, tak usah berlagak dan menunjuk nunjuk sangat. Ukur baju di badan sendiri. Bekerja apa saja sebagai punca pendapatan, tak perlu memilih sangat kerja apa. Janji ada wang masyukk...

Bila dah ada kerja jangan main main pulak. Bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Jangan kerja malas tapi hujung bulan terima gaji. Lebih teruk senang senang naik pangkat dan gaji tapi kerja tak lah bagus sangat. Hanya kerana pandai membodek dan mengampu mudah naik pangkat dan gaji dengan cepat.

Bila dapat gaji yang tetap jangan pulak nak tunjuk eksen, mentang mentang kerja kerajaan atau kerja syarikat bergaji besar nak berlagak kaya ada kereta mewah, rumah mewah dan segalanya nak tunjuk mewah kepada ramai orang untuk mintak puji. Jangan lupa, 2 ekor penyamun sedang memerhati kita.

Tak usah lah perangai buruk macam itu, semua yang diperoleh tu cuma hutang dan jadi liabiliti untuk jangka masa panjang. Bagi kita yang biasa biasa ni jangan ikut perangai orang berlagak macam tu. Biar hidup sederhana, ada kereta biasa biasa dan rumah biasa biasa, ada harta pun biasa biasa saja tidak berjenama sangat.

Ketika senang dapat duit melalui pendapatan tetap beringatlah selalu. Ada suatu masa kita akan diuji, langit tidak selalu cerah, walaupun kita tak berperangai buruk sekalipun kita tetap akan diuji.

Simpan asset dan kumpul asset

Bunyi macam orang kaya, macam ada asset berjuta juta sana sini. Bukan macam itu, simpan asset dan kumpul asset bermaksud kita bersiap sedia untuk mencapai kebebasan dan kesenangan tanpa terus bergantung kepada orang lain.

Bila kita masih kerja makan gaji bermakna kita masih lagi terikat dengan orang lain. Dalam erti kata sebenar kita belum bebas sepenuhnya. Kita hanya akan bebas apabila kita sudah bersedia untuk bebas pada bila bila masa jika perlu.

Kalau tak perlu sangat untuk bebas, nak kekal pun tak apa. Asalkan kita masih dapat hidup dengan tenang dan senang. Terus dapat wang pendapatan tetap setiap bulan, manakala asset kita terus berkembang dan mampu menjana pendapatan tambahan yang banyak.

Bila masa sesuai untuk bebas? Jika kita bekerja makan gaji tetapi hidup penuh dengan tekanan, kita tidak ada masa untuk diri sendiri dan keluarga, kita juga selalu sakit kerana tekanan kerja.

Waktu itu paling sesuai, sebab itu kita kena bersedia menyimpan dan mengumpul asset yang dapat menjana pendapatan bagi menggantikan pendapatan tetap yang diperoleh melalui kerja makan gaji.

Ini yang dinamakan kebebasan, bebas kewangan dan bebas memilih atau membuat keputusan tanpa terikat kepada mana mana pihak bila perlu berbuat demikian.

Kesimpulan

Adakah anda sekarang faham apa itu rat race? Begitulah keadaan rat race. Seperti dalam gambarajah di atas.

Kerja... Kerja... Kerja... Dapat gaji bayar hutang, bayar bil, bayar cukai, selebihnya untuk memenuhi gaya hidup untuk berseronok seronok saja. Tidak ada langsung memikir apa akan jadi pada masa depan.

Jangan terperangkap dalam sangkar kehidupan begitu. Berusaha lah untuk keluar dengan melakukan perubahan dari sekarang. Mula mula ubah cara fikir.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja