Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Ilmu Kewangan Pelindung Hak Peribadi

Apa lebih penting antara ilmu dengan harta Ini adalah kisah kedua daripada buku orang terkaya di Babylon. Kisah pertama boleh baca dengan KLIK DISINI . Dalam kisah pertama memberi pengajaran berguna tentang ilmu yang diperoleh seorang anak muda daripada seorang hartawan, bagaimana hendak menjadi kaya. Hanya dengan mengurus sedikit wang daripada upah kerja untuk pelaburan, dan pelaburan itu pula perlu diurus oleh orang yang pandai menguruskannya dengan betul, menjadikan ia satu pelaburan yang menguntungkan. Walaupun pernah rugi kerana kesilapan, ia dijadikan iktibar untuk memperbaiki apa yang perlu dilakukan supaya tak lagi mengulanginya. Justeru, mempelajari ilmu daripada orang yang berpengalaman dan mempraktik sendiri ilmu itu lebih penting daripada sekadar mendengar saja dan memiliki harta yang banyak. Harta dan wang yang banyak akhirnya akan berkurang tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul. Mengeluh dan meratapi nasib hidup tidak senang tak akan mengubah keadaan tanpa

Jadikan Wang Bekerja Untuk Kita

Kebebasan bermula dengan pengurusan wang Kenapa saya sangat menekankan asas pengurusan kewangan dan asset? Tak perlu terlalu rumit. Permudahkan saja apa yang kita mampu nak buat. Kisah dalam buku ini ringkas saja, ia berlaku di zaman kerajaan Babylon beribu tahun dahulu. Bukti sejarah menunjukkan kehidupan masyarakat Babylon bertamadun tinggi dari segi pengurusan harta dan kekayaan. Ia bermula dengan seorang anak muda yang ingin menjadi kaya seperti mana orang kaya yang wujud pada zaman itu. Anak muda ini rajin bekerja. Pekerjaannya adalah sebagai tukang tulis pada kepingan batu. Zaman itu belum wujud kertas. Suatu hari anak muda itu mendapat tawaran menulis rekod daripada seorang hartawan. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pegawai istana dan hartawan di Babylon. Hartawan tersebut menawarkan ganjaran yang tinggi jika dapat menyiapkan rekod tulisan dalam masa singkat. Anak muda tersebut menerima tawaran. Tetapi sebelum dapat menyiapkannya, anak muda itu bertanya k

Pertahan dan Lindungi Kekayaan Sendiri

Bagaimana kekayaan kita boleh hilang? Persoalan ini perlu kita tahu dahulu sebelum dapat mempertahankan dan melindunginya. Kekayaan kita boleh hilang tanpa disedari. Kita menyerahkan kekayaan kita dengan sukarela, tetapi bagaimana untuk membolehkan kita secara sukarela menyerahkannya kepada mereka yang mahu merampasnya. Perlu diingat, orang lain tidak akan mengakui bahawa mereka merampasnya tetapi menyatakan mereka menerimanya secara sah kerana kita sukarela menyerahkan kekayaan sendiri kepada mereka menerusi saluran yang betul dan sah disisi undang undang. Dalam dunia moden hari ini, wang ringgit dapat mengaburi mata kita untuk menyerahkan kekayaan milik kita seperti tanah dan menandatangani perjanjian atau persetujuan serah terima. Itu adalah cara yang paling licik dan kesalahan tidak akan jatuh kepada mereka yang memilikinya secara pindah milik yang sah. Apakah kekayaan kita yang hilang? Kekayaan sebenar adalah nilai diri kita. Nilai kekayaan diri kita adalah kebahagi

Cukai Untuk Pembangunan Diri

Paksa diri bayar cukai untuk diri sendiri Gambarajah di atas adalah contoh ke mana cukai kerajaan dibelanjakan untuk pembangunan rakyat. Sudah tentu kita juga akan dapat menikmati manfaat secara langsung dan juga tak langsung.  Walaubagaimanapun, adakah pembangunan itu berlaku di tempat kita atau kita sekadar melihat pembangunan yang lebih pesat di tempat lain. Padahal kita juga telah membayar cukai kepada kerajaan. Kadang kala kita tak berpuas hati dengan pembangunan di tempat kita, sedangkan di tempat lain juga pesat membangun. Semua itu sebenarnya juga bergantung kepada populasi penduduk. Apa guna bina hospital besar di pekan kecil dengan penduduk beberapa ribu orang saja. Tak perlu pun bina kemudahan yang belum perlu, bina dahulu kemudahan seperti rangkaian bekalan elektrik, sistem perpaipan air ke rumah penduduk dan juga naik taraf sekolah. Disamping menggunakan cukai itu untuk menggalakkan sektor pelancongan dan membangunkan daya tarikan tempatan. Artike

Cukai atau Simpan Lebihan Pendapatan

Kenapa cukai dan bukannya simpanan? Robert T.Kiyosaki seorang jutawan hartanah di Amerika Syarikat dan penulis buku bersiri Richdad Dad memberi pendapat tentang cukai ke atas diri sendiri sebanyak 10% daripada pendapatan yang diperolehi. Ada juga pandangan lain mencadangkan supaya menyimpan jika ada lebihan pendapatan. Semua itu terlalu idealistik. Mungkin tak bersesuaian dengan kedudukan sebenar kewangan kita. Apa itu idealistik? Iaitu idea yang tidak bersandarkan data dan maklumat yang realistik dengan kehidupan sebenar kita sekarang. Tak semua orang mempunyai pendapatan yang cukup untuk disimpan dan tidak akan ada lebihan setelah ditolak semua bayar bil, hutang dan perbelanjaan perlu untuk sebulan. Namun begitu, Robert ada cadangan lain jika tidak cukup wang untuk dicukai ke atas pendapatan diri sendiri. Nanti kita akan bincangkan hal ini. Sebelum itu kenapa cukai dan bukan simpanan? Kalau cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita sanggup bayar kerana dipaksa, kenapa pula

Peluang Untuk Orang Bersedia

Sudahkah kita bersedia merebut peluang? Sebelum ini telah dikongsi cerita tentang persediaan untuk kaya. ( KLIK DISINI untuk baca lanjut ). Kali ini saya mahu berkongsi persoalan, sudahkah kita bersedia untuk menggunakan peluang yang masih ada sebelum ia pergi meninggalkan kita? Tak dinafikan selama ini kita seringkali terlepas banyak peluang. Kenapa? Kerana kita tidak bersedia. Bukan semua peluang itu kita kena rebut atau ambil. Tetapi kalau peluang yang kita memang perlukan terlepas, itu disebabkan tidak bersiap sedia sentiasa. Walaupun kita mampu mengambil peluang tersebut. Jika peluang yang kita tidak mampu rebut, ia masih boleh diterima walaupun peluang itu betul betul di depan mata. Kerana kita tidak bersedia dan itu salah kita, rugi terlepas peluang yang muncul di depan mata. Dalam posting ini, kita mahu menjawab persoalan kenapa kita masih juga gagal menggunakan peluang yang ada walaupun sudah berada di depan mata dan mampu merebutnya. Ya, kenapa boleh jadi begitu?

Bersedia Untuk Kaya

Adakah kita sudah bersedia untuk kaya? Kaya itu bermula dengan apa? Kenapa ada orang boleh jadi kaya walaupun tiada harta dan wang. Orang kaya yang lahir daripada keluarga kaya tidak lah kita hairan. Mereka mewarisi kekayaan daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka. Jika kita tidak mewarisi apa apa kekayaan apa yang boleh kita buat? Bersediakah kita untuk jadi kaya? Atau mahu terus meratapi nasib lahir sebagai orang miskin daripada keluarga yang miskin. Atau mengharap agar ada pihak yang kasihan mahu membantu kita. Tapi adakah kita boleh jadi kaya dengan mengharap bantuan orang lain? Boleh, tapi tidak akan mampu bertahan kerana tak bersedia untuk kaya tetapi mahu jadi seperti orang kaya. Maksudnya, walau berapa banyak bantuan sekalipun dan berapa banyak harta ditaburkan kepada kita untuk jadi kaya, ia tidak mampu bertahan dan berkembang. Akhirnya habis sekelip mata dan kembali menjadi miskin semula. Kita tidak bersedia untuk terus jadi kaya tapi sudah bersiap sedia untuk ke

Membangun Modal Insan Diri

Modal yang sering lupa digunakan sebaiknya Adalah akal yang ada pada otak diri sendiri. Kenapa ramai orang sukar untuk terus maju ke hadapan? Bukan sebab tak cukup wang atau tak ada kemudahan atau tak sekolah tinggi. Tetapi sebab kurang pakai otak dan tak ada idea bagaimana nak maju. Tanpa wang, otak dapat digunakan untuk melakukan sesuatu secara percuma. Tanpa kemudahan juga otak dapat digunakan untuk mencari jalan cara bagaimana untuk memudahkan sesuatu urusan. Gagal sekolah tinggi pun otak masih dapat terus belajar selagi nyawa dikandung badan. Apa masalahnya? Masalahnya, tak fikir guna otak. Hilang akal tak tau nak buat apa. Untuk menjadi lebih maju, usah terlalu fokus kepada wang dan kemudahan. Fokus kepada bagaimana untuk mengasah otak supaya mampu berfikir dengan akal sedar dan separa sedar. Apa itu akal sedar dan separa sedar? Dua akal ini akan membezakan antara orang yang bebal dengan orang yang bijak. Pembangunan akal sedar Kita mesti sedar diri, itu yang sangat

Fokus Majukan Ekonomi Diri

Tinggalkan politik sampah membuang masa Mungkin ada antara pembaca sudah muak dengan politik Malaysia. Setiap hari semenjak lebih daripada 5 tahun lalu, situasi yang sama tidak pernah berubah. Cuba ingat kembali bermula tahun 2012, ketika ekonomi negara tidak menentu dan perdana menteri Najib Razak telah membuat pakej pinjaman untuk rangsangan ekonomi bagi melonjakkan kembali ekonomi negara bagi membantu rakyat. Sampai ke hari ini setelah 6 tahun rakyat masih berdepan dengan kos hidup yang semakin tinggi dan situasi ekonomi tak menentu menyebabkan ekonomi rakyat merosot. Rakyat berhempas pulas untuk bertahan. Manakala pemimpin politik pula terus berbalah berebut kuasa sehingga timbul skandal 1MDB yang merosakkan pemulihan ekonomi negara. Masa terus berlalu, tapi apa hasilnya? Tiada penyelesaian segera. Perebutan kuasa politik dan perbalahan siapa betul siapa salah berterusan. Sehingga mengheret sama rakyat dengan perbalahan tersebut. Ini buang masa dan tenaga. Merosakka

Pajakan Emas Ar-Rahnu

Apa itu ar-rahnu? Bagi membaca artikel ini pastikan pembaca juga telah membaca artikel berkaitan asset emas fizikal. KLIK DISINI untuk bacaan lanjut. Ar-rahnu adalah satu bentuk sistem simpanan berlandaskan islam melibatkan kepentingan dua pihak, penyimpan dan pemilik. Bank adalah penyimpan dan kita adalah pemilik emas tersebut. Kita tidak lagi jadi penyimpan. Kalau nak simpan sendiri, simpan saja di rumah dan tunggu 5 tahun lagi untuk naik harga kemudian jual. Tetapi dengan ar-rahnu kita simpan di bank dan bayar upah simpan kepada bank. Kita bayar upah kerana ia adalah tawaran khidmat simpanan oleh bank. Tetapi bank bukan berfungsi sebagai penyimpan emas saja, bank berfungsi sebagai penyedia produk dan khidmat kewangan. Jadi, sebagai syarat lesen urusniaga bank menawarkan pinjaman wang berdasarkan nilai semasa emas yang kita simpan. Jika kita gagal bayar pinjaman tersebut sekalipun, bank tak akan rugi kerana emas kita sudah jadi cagaran dan akan dimiliki bank jika gagal m

Asset Simpanan Emas

Cara menyimpan emas dengan bijak Dalam posting yang lalu saya ada berkongsi tentang akaun perbelanjaan. Di dalam akaun perbelanjaan tersebut perlu disebut juga jenis asset dan liabiliti. Sebagai ulang kaji ringkas, asset adalah sesuatu yang akan membayar kita dengan wang. Kali ini saya akan mula berkongsi beberapa asset yang boleh membayar kita wang atau wang boleh masuk ke dalam poket dan akaun bank kita. Untuk lebih berdikari dalam hidup dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain perlu memiliki asset. Salah satu asset yang paling popular adalah emas. Semua orang tahu emas itu bernilai dan kerana itu harganya sangat mahal bagi 1 gram sahaja. Nilai semasa emas dalam pasaran sebelum masuk kedai adalah dalam lingkungan RM172 segram. Walaupun ramai orang tahu nilainya tetapi tak semua mampu memilikinya. Tetapi sekiranya ramai orang tahu cara bagaimana membeli emas dengan lebih murah dan menyimpannya dengan bijak, mungkin ramai yang akan berusaha memilikinya. Itulah pentin

Masa Depan Kerja Makan Gaji

Kenapa kerja makan gaji? Bekerja makan gaji pada masa depan hanya untuk : 1. Menjana pendapatan tetap 2. Beramal melalui khidmat masyarakat 3. Kemudahan akses kewangan perbankan Pada masa depan jika mahu menjana pendapatan ada banyak ruang dan peluang. Apa yang diperlukan adalah : 1. Kemahiran tambahan 2. Ilmu kewangan 3. Akses teknologi ekonomi digital Apabila ditanya kenapa mahu kerja makan gaji? Ada banyak sebabnya. Selain pendapatan tetap setiap bulan, ada bonus, peluang naik pangkat, gaji senang naik kalau rajin kerja, kemudahan pinjaman bank, banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh syarikat jualan, ganjaran persaraan dan banyak lagi. Sebab itu, masih ramai orang memilih kerja pendapatan tetap walaupun ada pilihan untuk buat kerja sendiri seperti buat bisnes. Tetapi pendapatan bisnes tak menentu pada peringkat mula dan banyak cabaran perlu dihadapi selain halangan modal terhad. Jika rajin dan bijak rebut peluang, bisnes kerja sendiri lama kelamaannya lebih ban

Crypto Currency

Masa depan untuk ekonomi digital Apa sebenarnya crypto currency? Ia adalah matawang digital, kita tak perlu lagi membayar wang tunai. Jika kita mahu mendapatkan wang tunai mesti bekerja baru lah dibayar gaji. Crypto masih baru dan cuma pilihan untuk akan datang. Bagi mendapatkan crypto perlu membelinya dan melaburkannya. Belum ada negara yang menjadikan crypto sebagai matawang digital mereka, tetapi crypto sudah pun digunapakai oleh syarikat global dalam urusniaga. Malah menjadi satu asset pelaburan untuk meningkatkan permintaan ke atas penggunaannya secara digital. Seperti matawang, tanpa sokongan pengguna ia takkan laku. Malah matawang jika mahu diterima pakai di seluruh dunia perlu dilabur dan diapungkan dalam pasaran matawang dunia. Begitu juga crypto jika mahu diterima oleh pengguna di seluruh dunia sebagai matawang digital untuk masa depan. Ini bermakna, tidak perlu ada tunai di tangan. Hanya perlu menggunakan teknologi dan aplikasi digital bagi mengakses ke akaun m