Langkau ke kandungan utama

Kenapa Simpan Emas?


Gambarajah diatas adalah infografik ringkas mengenai kebaikan menyimpan emas.

Tetapi secara peribadi apakah kebaikan paling unggul dan menonjol sebagai sebab utama kita menyimpan emas?

Asset unggul untuk masa depan

Kita tak akan berminat dengan sesuatu perkara jika ia tidak menarik perhatian dan penting untuk kita. Begitu juga apabila disarankan menyimpan emas, kita tak akan mahu ambil peduli jika tidak nampak apa kebaikannya.

Jika kita rajin menyelidik harga emas sepanjang tempoh 10 tahun lepas. Harganya walaupun turun naik tetapi tak pernah terus jatuh dan semakin jatuh tak naik naik semula.

Ini bermakna permintaannya sentiasa banyak dan bertukar hak milik dari satu tangan ke satu tangan individu yang lain.

Kenaikan harga itu sendiri bermakna aliran emas dalam pasaran sangat perlahan sehingga memaksa harganya naik supaya berlaku jual beli dalam pasaran emas.

Namun demikian, apabila ingin memiliki emas, menyimpan dan mengumpulnya, usah bermatlamat untuk menjualnya ketika harga tinggi.

Sebaliknya, matlamat yang lebih penting adalah bagaimana kita boleh menggunakan emas supaya ia menjadi asset yang sangat bernilai tinggi sehingga mampu menjana ekonomi kita pada masa depan.

Apabila tahu cara bagaimana mahu menggunakannya, kita akan cenderung untuk berminat mahu menyimpan dan mengumpul emas. Bukan menjualnya atau melepaskan hak pemilikan ke atas emas yang sudah dibeli.

Kemudahan simpanan emas

Dahulu kalau kita mahu beli emas, perlu pergi ke kedai emas dan membuat pilihan jenis emas sama ada rantai, cincin, gelang dan poket mengikut berat yang telah disediakan.

Emas itu kita beli tunai dan harganya termasuk upah tukang emas selain ikut harga pasaran semasa. Kemudian kita simpan di rumah jika tak diguna. Kita akan beli lagi bukan kerana ia adalah emas untuk disimpan tetapi lebih kepada perhiasan emas.

Sekarang, emas tak lagi dianggap sebagai perhiasan semata mata. Sebaliknya ia juga adalah barang berharga yang boleh disimpan dan dikumpul tanpa perlu membelinya sebagai barang kemas untuk perhiasan.

Dengan pengetahuan baru tentang kebaikan menyimpan emas ini, maka wujud kemudahan membeli, menyimpan dan mengumpul emas sekaligus. Apatah lagi ia kini lebih mudah hanya dengan kemudahan online.

Apabila disebut online tentu kita akan mempersoalkan keselamatannya. Sesiapa pun termasuk saya mementingkan keselamatan kemudahan online.

Kita akan kajiselidik mana mana kemudahan yang menawarkan pembelian, penyimpanan dan pengumpulan emas secara online. Salah satu daripadanya adalah Public Gold. Maklumat lanjut mengenai Public Gold boleh baca lanjut disini.

Dengan adanya kemudahan ini, kita akan lebih yakin dan percaya untuk menjadikan simpanan emas sebagai amalan berterusan. Apatah lagi pembeliannya serendah 1 gram atau serendah harga RM100.

Beli dan simpan sedikit demi sedikit walaupun 1 gram, lama kelamaan ia terkumpul dan semakin bertambah banyak.

Apa yang perlu kita lakukan hanya membuat transaksi pindahan wang juga secara online dan kemudian akaun emas online kita bertambah kuantiti emas di dalamnya.

Kemudahan ini juga membolehkan kita membuat pengeluaran emas tersebut menjadi bentuk fizikal. Sekiranya di dalam akaun kita ada sebanyak 50 gram emas yang sudah terkumpul, kita boleh membuat permohonan pengeluaran sebanyak 10 gram emas di mana mana cawangan Public Gold terdekat.

Kita akan diberi pilihan jenis produk emas seberat 10 gram yang mahu dikeluarkan. Setelah memiliki emas fizikal tersebut di tangan sendiri, perlu tahu apa yang nak dibuat dengannya. Ini juga memerlukan ilmu yang lain pula.

Kemudahan Skim Pinjaman Ar-Rahnu

Jika kita tahu apa lagi kemudahan lain yang boleh digunakan untuk mendapat manfaat daripada simpanan emas, maka kita akan lebih berminat untuk menyimpan emas untuk satu jangka masa panjang.

Apakah itu kemudahan skim pinjaman ar-rahnu? Maklumat selanjutnya boleh dibaca disini.

Secara umumnya, ar-rahnu adalah skim pinjaman wang dengan cagaran emas atau kita pajakkan emas milik kita kepada bank bagi mendapatkan pinjaman wang segera.

Ar-rahnu tidak banyak proses yang merumitkan. Pihak bank yang menawarkannya hanya perlu memeriksa ketulenan emas dan memberi sejumlah wang pinjaman mengikut berat dan nilai harga pasarannya.

Tak sampai 30 minit pun urusannya sudah dapat pinjam wang. Berbanding jika kita pinjam wang dengan jaminan kita ada pekerjaan tetap dan disokong oleh majikan. Banyak proses diperlukan sebelum mendapat kelulusan pinjaman. Ia mungkin mengambil masa berhari hari.

Setelah kita mengetahui kemudahan pinjaman wang yang ada untuk pajakan emas yang kita buat, kita akan nampak di mana jalannya untuk kita memanfaatkan simpanan emas kita apabila dikeluarkan dalam bentuk fizikal daripada akaun emas.

Sekarang apabila kita sudah menukar emas kepada wang, apakah yang perlu kita lakukan dengan wang tersebut. Perlu diingat, itu adalah wang pinjam dengan memajakkan emas kepada bank.

Sekiranya kita gagal menebus semula pajakan emas tersebut, ia akan tergadai kepada bank dan kita tidak lagi menjadi pemilik yang berhak ke atas emas tersebut.

Maka itulah kita mesti ada perancangan ke atas wang pinjaman tersebut. Sungguhpun kita ada kerja bergaji tetap atau ada pendapatan tetap lain bagi menebus pajakan emas tersebut, sebaiknya wang pinjaman tersebut dimanfaatkan agar mendapat pulangan setimpal.

Membina asset perusahaan lain

Apabila kita meminjam wang dengan kemudahan ar-rahnu, cagarannya adalah emas yang dipajak. Kehilangan emas tersebut kerana gagal menebusnya kembali adalah satu kerugian.

Oleh sebab itu, gunakan wang pinjaman tersebut untuk membina asset perusahaan yang lain. Ini bermakna sebuah asset membina asset yang lain pula. Kerana itulah emas dilihat sebagai asset unggul.

Apakah asset perusahaan lain yang boleh kita bangunkan? Asset yang mampu menjana pendapatan. Tak rugi kita pinjam wang daripada skim ar-rahnu menggunakan emas yang kita simpan.

Akhirnya emas tersebut dapat berbakti memberi manfaat kepada kita dengan menghasilkan asset perusahaan yang dapat menjana pendapatan tambahan kita yang lain.

Contoh asset perusahaan yang boleh kita bina adalah perniagaan dan perkhidmatan jualan. Guna wang pinjaman tersebut untuk modal bagi membeli alat dan kemudahan bagi menjalankannya.

Apabila perniagaan sudah berjalan dan dilaksanakan, keuntungan yang diperolehi sebahagiannya boleh disimpan dan dikumpul untuk menebus semula emas yang dipajak. Sebahagiannya pula sebagai modal tambahan untuk membangunkan lagi perusahaan tersebut.

Perniagaan terbaik yang boleh kita jalankan adalah yang kurang berisiko dan memberi pulangan berterusan walaupun keuntungannya agak rendah. Salah satu daripadanya yang boleh kita jalankan adalah berniaga topup prepaid telefon bimbit. Maklumat lanjut perniagaan ini boleh baca lanjut disini.

Ada banyak lagi perusahaan lain boleh kita bangunkan, jika kita ada kemahiran tertentu seperti membuat kek boleh diusahakan dengan menjualnya kepada orang lain. Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat serta media sosial adalah mudah untuk kita mencapai sasaran pelanggan setempat.

Apa yang penting adalah orang di sekeliling kita tahu apa yang kita jual. Jika kita tidak ada kemahiran khas, masih boleh membuat perniagaan sendiri dengan khidmat jualan. Kita beli produk orang lain dan jual kepada orang lain pula dengan mengambil sedikit untung daripada khidmat tersebut.

Menjual barang orang lain tidak memerlukan banyak proses kerja. Tak perlu menghasilkan produk sendiri, hanya jual sahaja. Apa yang penting barang tersebut ada permintaan yang banyak walapun ada peniaga lain yang menjualnya. Pelanggan tidak kisah siapa yang menjualnya, asalkan kita memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka.

Emas mengembangkan lebih banyak asset

Kita tak akan berminat dengan emas jika tidak tahu apa keuntungan menyimpan dan mengumpulnya sehingga menjadi banyak. Kerana itu kita mesti tahu kenapa menyimpan emas dan bagaimana memanfaatkannya.

Dalam rekod sejarah, emas mempunyai sifat yang unggul dan telah banyak membantu ramai orang berjaya dalam kehidupan mereka. Pernahkah anda membaca kisah sejarah orang terkaya di Babylon?

Ia adalah kisah klasik yang telah dijumpai oleh seorang ahli sejarah menerusi rekod artifak batu bertulis. Kisah selanjutnya boleh baca disini. Dalam kisah tersebut menceritakan bagaimana asset boleh berkembang menggunakan wang upah kerja dan emas yang disimpan dan digunakan dengan betul.

Emas boleh mengembangkan asset sedikit demi sedikit. Apa itu asset? Sila baca mengenainya disini. Emas adalah logam bernilai dengan harga yang sangat tinggi bagi setiap gram. Ianya diterima di mana mana saja kita pergi. Emas adalah simbol kekayaan dan kemewahan sebenar. Ia tidak mudah dicuri nilainya berbanding matawang.

Emas dapat mengembangkan asset melalui kemudahan pembelian mudah dan skim pinjaman ar-rahnu yang telah dijelaskan di atas. Ia tak akan berkurang jika kita tahu menguruskan proses pengembangannya.

Simpan dan kumpul emas sedikit demi sedikit dengan cara memperuntukkan sedikit wang daripada upah kerja yang dilakukan. Apa saja kerja asalkan mendapat upah wang yang boleh disimpan sebahagiannya untuk membeli emas. Lakukan secara berterusan dan simpanan emas kita akan terus bertambah.

Apabila sudah terkumpul banyak, pajakkan bagi mendapatkan pinjaman wang dengan mudah. Gunakan wang itu untuk membangunkan perniagaan. Hasil keuntungan daripada perniagaan boleh diguna untuk menebus semula emas.

Emas berjaya ditebus semula dan telah membangunkan sebuah asset perniagaan yang boleh menjana pendapatan secara berterusan. Sementara kita terus bekerja mendapat upah, jumlah emas kita semakin meningkat. Manakala perniagaan kita menghasilkan keuntungan yang semakin bertambah.

Sekarang kita ada sumber pendapatan baru untuk menjadi modal bagi menambah emas selain upah kerja. Jumlah emas kita akan terus meningkat secara mendadak. Dengan peningkatan asset emas, ia boleh digunakan lagi untuk membangunkan lebih banyak asset perniagaan satu demi satu.

Begitulah seterusnya bagaimana hanya dengan menggunakan emas kita boleh mengembangkan lebih banyak lagi asset.

Kesimpulan

Sekarang apa pandangan anda tentang emas? Apa yang boleh anda fikirkan tentangnya? Jika anda bercadang untuk mula menyimpan emas, boleh bermula disini.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih