Menilik nasib dan mengintai masa depan
Peraturan raja Bumiphol memberi banyak pengajaran kepada Banshir. Sesiapa yang mengikuti peraturan baginda, sesiapa saja dalam kalangan rakyatnya akan diberi hak kebebasan. Dahulunya Banshir tidak faham apa itu peraturan Bumiphol, kerana sebagai raja sudah tentu baginda berkuasa mengeluarkan perintah dan mengerah tenaga rakyat untuk mengikut arahannya.
Tetapi raja Bumiphol tidak begitu, arahannya adalah tetap. Siapa nak ikut, maka dia akan menjadi rakyat yang bebas memiliki hak sendiri. Siapa yang tak ikut, haknya akan dirampas oleh pendokong Catherine. Apabila sudah merasai sendiri kekejaman Catherine yang cukup halus, baru lah sedar bahawa janji janji Catherine itu palsu dan khayalan semata. Indah di mata, sengsara di hati.
Banshir mencari di mana arahan tetap peraturan raja Bumiphol itu boleh diketahui. Untuk ke istana raja pun Banshir tidak tahu di mana ia berada. Apa yang Banshir tahu adalah melalui apa yang dengar saja cerita tentang kehebatan kekuasaan raja Bumiphol Badhigol mempertahankan kerajaannya dan membebaskan rakyatnya daripada perhambaan.
Apa yang menghairankan Banshir adalah bagaimana rakyatnya boleh taat setia kepada raja Bumiphol sedangkan raja hanya mengeluarkan arahan melalui arahan tetap peraturan diraja. Apa sebenarnya yang terkandung dalam peraturan itu? Banshir mahu ingin tahu.
Oleh kerana tidak tahu di mana istana raja Bumiphol untuk mengorek rahsia peraturan diraja, Banshir sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk mendapatkannya. Banshir teringat kepada seorang rakannya bernama Gigholo, siapa Gigholo ini? Dia adalah seorang ahli nujum yang boleh dikatakan hebat juga. Gigholo mungkin dapat menolong Banshir mendapatkan manuskrip peraturan diraja Bumiphol.
Bagaimana Gigholo melakukannya? Seperti biasa seorang ahli nujum akan guna tapak mangkuk berisi air yang telah dijampi dengan serapah dan kata hikmah. Banshir telah berjumpa dengan Gigholo dan menyampaikan hasratnya itu. Gigholo ketawa terbahak bahak mendengarnya. Hahaha....
"Apa kamu mahu kahwin dengan anak raja kah Banshir?" Kata Gigholo bergurau dengannya.
"Kalau kamu mahu jadi kaya tak perlu kahwin dengan anak raja, aku boleh tolong kamu bagaimana boleh jadi kaya." Kata Gigholo lagi.
Banshir percaya dengan kata kata Gigholo itu kerana sememangnya dia sendiri juga adalah seorang yang sangat kaya dan memiliki sebuah syarikat ahli nujum yang sangat besar dan terkenal di seluruh dunia. Ramai orang menggunakan khidmat Gigholo bagi mendapatkan tips dan bantuan bagaimana untuk jadi kaya serta menggunakan khidmat yang ditawarkannya.
Tetapi bagi Banshir itu perkara kedua, sekarang dia mahu tahu apa peraturan diraja itu sehingga membuatkan ramai orang mampu hidup bebas dengan memiliki hak yang banyak.
"Baiklah, aku boleh tolong kamu tetapi ada bayaran cengkeramnya. RM38 sebulan dan kamu bukan saja boleh tahu apa peraturan diraja itu. Juga boleh tahu apa saja rahsia rahsia di dunia" Kata Gigholo akur dengan kehendak Banshir.
"Oleh kerana kamu kawan baik ku, aku akan bagi kamu satu mangkuk nujum pak belalang. Dengan mangkuk itu kamu boleh tilik apa saja yang berlaku di dunia ini di mana mana saja". Tambah Gigholo lagi.
Banshir terkejut dan ketawa besar. Hahaha.....
"Kenapa kau ketawa sampai begitu sekali. Buruk benar rupa kamu ketawa. Hahaha....". Gigholo dan Banshir pun ketawa bersama sama.
"Aku ketawa sebab macam pernah dengan nama nujum pak belalang itu, tapi di mana ya...?" Soal Banshir.
"Betul, kamu memang pernah mendengarnya dalam cerita P.Ramlee... Hahaha". Mendengar jawapan itu Banshir dan Gigholo ketawa lagi bersama sampai hampir pecah perut.
Gigholo pun mengajar Banshir cara menggunakan mangkuk nujum pak belalang itu. Gigholo mengingatkan Banshir supaya membayar RM38 setiap bulan untuk terus menggunakan khidmatnya.
Banshir mengangguk tanda faham. "Bagaimana saya nak bayar sedangkan nak jumpa kamu pun bukan senang".
"Tak perlu jumpa aku wahai sahabatku Banshir. Kamu tilik saja guna mangkuk ini dan buat bayaran melaluinya. Nanti duit itu sampai dekat aku lah". Jelas Gigholo.
"Ok..Ok.. Aku faham. Kira macam bayar secara online lah tu dan nak cari kamu di mana, guna Google lah. Macam tu kah". Gigholo mengerut dahinya kehairanan.
"Yang kamu merepek ni apasal. Online Google apa semua tu apa benda. Tak pernah aku dengar semua nama tu". Banshir terkejut lagi. "Apaaa... Kamu ahli nujum pun tak tahu."
"Ok..Ok.. Tak mengapa lah. Aku tahu cara nak guna mangkuk hayun ni. Sama saja macam guna henpon".
"Ehh... henpon tu apa benda pulak tu Banshir?" Gigholo terkejut lagi sebab tak pernah dengar apa itu henpon.
"Ok..Tak Apa Banshir, nanti saya tilik dalam mangkuk saya sendiri apa benda itu online, google dan henpon". Banshir senyum dan sedia untuk beredar.
"Sebelum kau beredar, aku nak tanya satu soalan. Semalam kau mimpi apa Banshir?"
"Hahahaha.... Hahaha.... kau tilik lah dalam mangkuk hayun kau tu Gigholo. Itu pun kau tak tau". Gigholo dan Banshir sekali lagi ketawa bersama sama dan terbahak bahak mendengar lawak yang tak berapa nak lawak dalam cerita tahyul ini. Anda yang baca kisah ini ketawa tak? Tak perlu ketawa lah baca cerita khayalan ni. Tahyul semua tu, jangan percaya sangat.
Ulasan
Catat Ulasan