Misi mencari di mana raja Bumiphol
Selepas meninggalkan kawannya Gigholo, Banshir meneruskan misinya untuk mencari di mana raja Bumiphol. Sebelum itu, dengan menggunakan mangkuk nujum pak belalang Banshir cuba mencari apakah peraturan diraja yang disampaikan oleh raja Bumiphol untuk rakyatnya yang mahu setia dan sedia berkhidmat kepadanya.
Kali pertama dia menggunakan mangkuk itu tidak keluar gambar mahupun perkataan yang mahu dicarinya. "Ehh... Kenapa pulak ni. Mangkuk hayun betul lah mangkuk ni" Puas membelek belek dan mencuba dengan pelbagai ayat jampi serapah baru Banshir teringat.
"Macamana lah aku boleh terlupa. Bukankah Gigholo cakap kena bayar RM38 sebulan baru boleh pakai. Bongok betul lah aku ni. Bangang tak sudah sudah. Patut pun kena tipu Catherine". Banshir menempelak dirinya sendiri.
Selepas membayarnya dengan ayat jampi serapah khas yang diajar oleh Gigholo akhirnya Banshir dapat menggunakan mangkuk itu selama sebulan. Hebat, memang hebat mangkuk itu. Sehebat cerita nujum pak belalang P.Ramlee.
Patut lah watak P.Ramlee dalam cerita itu akhirnya jadi nujum istana dan berkahwin dengan anak raja. Rupanya mangkuk yang dia guna bukan sebarang mangkuk dan bukannya mangkuk hayun seperti anggapan ramai mangkuk mangkuk hayun di luar sana. Diharap pembaca kisah ini bukan salah seorang mangkuk hayun tersebut. Hahahaha.....
Dalam kisah Banshir ini, bukan mudah untuknya mencari di mana lokasi istana raja Bumiphol tetapi peraturan diraja Bumiphol sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu bebas dan mampu berkuasa dengan hak hak seperti seorang raja. Setelah bertahun tahun Banshir menyelidiki dan memahami peraturan itu, dia cuba melakukan apa yang diperintahkan. Banshir bertekad melakukannya.
Walaupun tidak pernah jumpa di mana istana raja Bumiphol, dengan adanya mangkuk nujum pak belalang tersebut menjadikan Banshir seolah olah sudah bertemu dengan raja Bumiphol. Walaupun tidak jumpa lokasi sebenar istana raja Bumiphol, nampak gambar istananya saja dalam mangkuk itu cukuplah. Apa yang penting bagi Banshir adalah dia sudah tahu apa isi kandungan peraturan diraja Bumiphol.
Suatu hari Banshir terserempak dengan kawan baiknya Gigholo. "Eh.. Banshir, kamu apa khabar. Dah jumpa raja Bumiphol kah?"
"Nak jumpa macamana, lokasi istananya pun aku tak jumpa" jawab Banshir.
"Kenapa tak pakai maps online? Cari lah guna mangkuk nujum pak belalang yang aku beri dulu tu". Banshir terkejut beruk.
"Bagaimana kamu tahu pasal maps online ni Gigholo?".
"Selepas kamu cerita pasal online, google dan henpon masa tu. Aku terus cari guna mangkuk aku sendiri. Barulah aku tahu apa benda semua tu. Hahaha....." Banshir pun ketawa bersama apabila mendengar jawapan Gigholo tersebut hahaha....mengarut punya cerita ni.
Banshir bukan tidak pernah cari guna maps online, pernah dia guna. Tetapi yang keluar cuma gambar saja. Nak pergi ke situ tak dapat sebab dalam mangkuk. Dalam dunia sebenar kalau dia nak pergi pun tak akan dapat masuk istana. Kerana istana itu selain sangat jauh tempatnya juga dikawal ketat oleh pengawal pengawal keselamatan yang sangat setia kepada raja.
Namun, bagi Banshir tidak mengapa lah. Dia nak jumpa raja Bumiphol sebelum ini hanya untuk tahu dan bertanya apa isi kandungan peraturan diraja yang telah membuatkan ramai hamba hamba bebas daripada cengkaman peraturan Catherine. Itu saja tujuannya dahulu.
Dengan bantuan Gigholo, akhirnya Banshir tak perlu lah susah susah nak jumpa raja Bumiphol. Guna mangkuk saja sudah cukup, lihat gambar istana dan wajah raja Bumiphol dalam mangkuk itu pun sudah memadai. Namun begitu, raja Bumiphol ada seorang puteri. Sangat cantik rupanya. Kalau boleh, Banshir nak jumpa dengannya. Sekadar angan angan Banshir saja. Piiirah mabok....
Beginilah rupa puteri raja Bumiphol itu. Cantik kan... pandang boleh, sentuh jangan. Mimpi lah dapat jumpa. Hahahaha... ini cerita rekaan saja. Gambar sekadar hiasan.
"Tapi tak mengapa, tak dapat jumpa puteri raja tak mengapa lah. Balik nanti jumpa isteri di rumah lagi baik". Bisik hati Banshir sambil tertawa kecil. Kikikiki.... bunyi ketawa ini biasa Banshir jumpa dalam mangkuk nujum pak belalang.
Misi mencari peti emas dan harta karun
Misi mencari raja Bumiphol sudah tamat, Banshir tak perlu mencarinya lagi kerana manuskrip peraturan diraja Bumiphol dia sudah menemuinya. Sekarang misi Banshir adalah bertindak mengikut perintah dan arahan sepertinya termaktub dalam peraturan raja Bumiphol itu.
Nak tahu apakah peraturan tersebut?
Peraturan pertama raja Bumiphol adalah peraturan emas, the rules of gold. Peraturan bagaimana hendak mengekalkan kuasa dan menjadi lebih kuat dan terus berkuasa. Patut pun raja Bumiphol sukar ditundukkan oleh Catherine, ratu kejahatan dunia.
Peraturan kedua raja Bumiphol adalah peraturan kebebasan, the rules of freedom. Peraturan bagaimana untuk bebas hutang, dan peraturan ini lah yang sangat dikhuatiri oleh Catherine kerana boleh mengancam pengaruh kuasanya. Sekiranya ramai orang patuh kepada peraturan ini, ramai yang akan bebas daripada cengkamannya.
Banshir mulai faham dengan kedua dua peraturan ini. Patut pun raja Bumiphol menawarkan kebebasan kepada hamba hutang sekiranya mereka mahu patuh dan setia kepada perintah ke atas perlaksanaan peraturan itu.
Menerusi dua peraturan ini, peraturan kebebasan perlu dipatuhi dahulu. Kemudian barulah dapat dipatuhi peraturan emas. Banshir akan memulakan misi mencari peti emas dan harta karun dengan menurut perintah daripada dua peraturan ini. Banshir tekad untuk melakukannya bersungguh sungguh sehingga berjaya.
"Aku mahu bebas daripada hutang, aku mahu bebas melakukan apa saja, aku mahu bebas mendapatkan apa yang aku nak, aku mahu hidup bahagia dengan kesenangan sejati. Bukan kebahagiaan palsu seperti dijanjikan Catherine si penipu dan pencekik darah menjerut leher".
Bagaimana Banshir mahu bermula? Ikut dan buat saja 7 perintah dalam peraturan kebebasan itu.
- Mula dengan menggemukkan dompet dengan wang.
- Kawal perbelanjaan dan berbelanja dengan berhemah.
- Beli dan simpan emas, gandakan emas menjadi banyak.
- Lindungi emas dan harta daripada hilang hak ke atasnya.
- Bina bangunan dan sebagai satu pelaburan yang menguntungkan.
- Pastikan punca pendapatan masa depan yang tetap dan berterusan.
- Tingkatkan kemahiran dan kemampuan untuk menjana lebih banyak pendapatan.
7 peraturan ini sudah cukup untuk bebas daripada menjadi hamba hutang. Apa yang diperintahkan adalah bekerja dan terus bekerja. Bekerja untuk diri sendiri dan pulangannya adalah untuk kebaikan sendiri.
Bertentangan sekali dengan bekerja untuk bayar hutang dan kebaikannya untuk memperkayakan Catherine dan pendokongnya. Bekerja kerana nak bayar hutang selama bertahun tahun adalah satu kerugian. Jumlah bayaran hutang lebih tinggi daripada jumlah sebenar jika dibuat secara tunai. Banshir belajar sesuatu yang berharga daripada peraturan ini.
Banshir akan memulakan misi kebebasan mulai sekarang. Dia akan bercerita apa yang akan dia lakukan untuk dijadikan teladan berguna kepada sesiapa yang mahu mengikutinya. Ya, dia akan buat dan tak peduli apa orang kata. Dia tak perlu buktikan apa apa untuk menunjukkan perbuatan dia. Banshir hanya perlu percaya bahawa dia mesti buat tanpa perlu kata apa apa.
Antara kata kata semangat Banshir untuk dirinya sendiri. Bukan untuk orang lain.
"Kalau orang lain nak ikut, ikut saja dan tak perlu sindir sindir mengata dan membawang. Aku peduli apa".
"Mulai hari ini, aku akan bekerja bersungguh sungguh menambah pendapatan supaya menjadi lebih banyak. Biar lah orang nak kata apa pun, nak kata aku ni kerja kuli, kata lah. Suatu hari nanti akan tahu siapa kuli siapa tuan".
"Aku akan simpan semuanya duit tambahan yang aku terima, cukuplah duit gaji untuk belanja. Aku tidak mahu lagi menyeleweng dan mensabotaj diri sendiri".
"Aku akan pertahankan hak dan harta yang aku miliki dengan cara apa sekalipun. Aku tak akan melepaskan pegangan ke atas hak pemilihannya. Jika perlu, harta aku itu dapat menebus aku daripada menjadi hamba dan kemudian aku tebus balik hak aku ke atas harta itu".
Begitulah kata kata semangat Banshir untuk dirinya sendiri. Bermula dengan misi kebebasan baru lah dapat melakukan misi penguasaan masa depan dengan kekayaan emas. Adakah ia benar benar menggunakan emas? Peraturan emas Bumiphol bukan peraturan cerita kartun, walaupun cerita ini hanya rekaan dan khayalan tetapi Banshir tidak menganggap ia demikian.
Setiap kisah ada teladannya, apa yang diceritakan sekadar khayalan bagaimana ia akan berlaku pada masa depan. Untuk menjadikan ia satu kenyataan, kena buat dan bertindak. Maka itulah peraturan raja Bumiphol ini Banshir perlu pegang erat erat. Ikut perintah dan laksanakan perintah itu dengan apa cara sekalipun.
Banshir tak perlu menyusahkan sesiapa, tak perlulah orang lain susah susah nak mengutuk dan menyindir Banshir sebab dia tak akan dengar semua itu. Banshir hanya perlu melakukannya sedikit demi sedikit, bergerak perlahan lahan dan jjika perlu akan bergerak pantas. Kalau sentiasa bergerak pantas, boleh letih dibuatnya dan jika tersungkur boleh patah gigi. Relaks dan bersabarlah. Tak ada apa yang nak dikejar.
Kalau sudah jodoh tak ke mana, Kalau sudah bodoh pun tak ke mana mana. Itu yang Banshir dapat faham tentang erti kesabaran dalam hidup. Jangan kerana tamak dan tak sabar, menjadi hamba hutang. Banshir sudah terkena semua perangkap perhambaan itu kerana tamak dan tidak sabar. Ia tak akan berulang lagi. Tidak lagi, tidak akan. Banshir akan memastikannya tidak akan berulang lagi.
Ulasan
Catat Ulasan