Langkau ke kandungan utama

Simpan Asset Sambil Bayar Hutang

Khazanah simpanan emas

Banshir masih merasakan dirinya seorang hamba berdasarkan ciri ciri berikut :
  1. Masih menanggung hutang sehingga bertahun tahun.
  2. Masih perlu bekerja keras untuk dapat lebih banyak duit.
  3. Masih perlu patuh dan taat kepada ketuanan.
Justeru, Banshir perlu mengurangkan 3 kesan perkara tersebut bagi membebaskan diri daripada anasir perhambaan. Sebelum ia menjadi lebih buruk dan membelenggu dirinya jatuh taraf menjadi seorang hamba abdi.

Apa yang perlu dilakukan Banshir sekarang adalah satu pelan perancangan pembebasan diri. Pertama sekali, perancangan awal Banshir sekarang adalah mengurangkan hutang.

Jadual pengurangan hutang

Banshir menyenaraikan semua hutang yang mesti dibayar. Keutamaan hutang yang sedikit akan dibayar dahulu. Diikuti hutang hutang yang banyak mengambil masa yang lama untuk dibayar.

Senarai hutang Banshir :
  1. Hutang kepada Barrack Obama RM200k.
  2. Hutang kepada Harimau Malaya RM30k.
  3. Hutang kepada Burung Kakak Tua RM10k.
  4. Lain lain hutang RM3k.
Hutang yang sedikit akan dilangsaikan dahulu sedikit demi sedikit menerusi satu pelan bayar hutang sambil mengumpul aset. Hutang yang banyak dilangsaikan menerusi potongan gaji.

Banshir tidak risaukan bayaran untuk hutang yang banyak itu, kerana sudah ikut jadual. Namun, apa yang merisaukan Banshir adalah jika hutang itu bertambah. Banshir mesti hati hati kerana pengikut Catherine bila bila masa akan menjeratnya supaya menambah hutang.

Jadi perlu mengurangkan hutang sedikit demi sedikit daripada hutang sedia ada. Jangan tambah hutang. Langsaikan hutang yang sedikit dengan segera. Hutang yang banyak dan ikut jadual bayaran, biarkan ikut pelan asal. Apa yang penting sekarang adalah hutang pelbagai yang sedikit itu.

Strategi bayaran hutang menggunakan asset

Banshir ada satu strategi sama ada boleh dipakai atau tidak Banshir cuba untuk mengkaji dan menelitinya. Banshir ada seorang kawan yang boleh memberi nasihat kepadanya bernama Takoyaki. Suatu hari Banshir berjumpa dengannya dan bertanya.

"Takoyaki... aku ada satu masalah. Mungkin kamu dapat menolong ku??"

"Apa masalah kamu Banshir? Aku akan tolong selagi dapat menolong. Tetapi aku cuma mampu menolong kamu dengan memberi nasihat dan kamu sendiri saja dapat menyelesaikannya"

"Kenapa pula begitu Takoyaki? Jika aku perlukan pertolongan, kamu patut tolong aku". Banshir tak puas hati dengan penjelasan Takoyaki.

"Bukan begitu Banshir, apa yang aku maksudkan adalah kamu sendiri yang perlu berdikari dan berusaha menyelesaikan masalah kamu itu. Aku hanya dapat memberi tunjuk jalannya. Jangan jadi seorang yang lemah dan suka mohon belas kasihan. Ia tak akan menolong kamu". Jelas Takoyaki meredakan kerisauan Banshir.

"Bagaimana itu Takoyaki?". Banshir kurang faham dan mohon penjelasan lanjut.

"Begini Banshir, kalau aku tolong kamu secara langsung, kamu tak akan belajar sesuatu. Kamu tak akan merasai pengalaman sendiri bagaimana hidup susah untuk mendapatkan sesuatu. Aku hanya boleh beri panduan apa yang perlu kamu lakukan dan kamu usahakan sendiri supaya kamu boleh belajar sesuatu yang berguna".

"Baiklah Takoyaki, aku faham. Aku ada masalah hutang sebenarnya. Kamu tak akan tolong aku bayar hutang dengan meminjam wang daripada kamu. Adakah begitu yang kamu maksudkan?".

"Ya, betul tu Banshir". Jawab Takoyaksi sambil tersenyum.

"Kalau begitu apa nasihat dan tunjuk ajar kamu kepada ku supaya boleh selesaikan hutang dengan segera". Banshir mula berminat untuk mendengar tunjuk ajar Takoyaki.

"Bagus Banshir, aku suka dengan kesungguhan kamu untuk tahu dan berusaha sendiri selesaikan masalah hutang kamu itu". Takoyaki memulakan nasihatnya dengan memuji Banshir.

"Mahukah kamu sambil membayar hutang, kamu masih boleh memiliki asset sendiri?". Takoyaki cuba menguji kecerdasan fikiran Banshir. Banshir terdiam seketika, masih keliru dengan kenyataan Takoyaki itu.

"Bagaimana itu Takoyaki? Hutang adalah hutang. Sedangkan untuk dapatkan asset pun perlu berhutang. Kalau tak berhutang seumur hidup tak akan dapat asset. Selagi hutang tak habis bayar bagaimana nak dapat asset baru. Nak dapat asset baru pun kena tambah hutang lagi".

"Benar itu Banshir, itu adalah kefahaman Catherine. Kamu tentu tahu siapa itu Catherine. Si penjerut leher seseorang dengan hutang. Mulut manis lidah bercabang. Diam diam Catherine menjadikan seseorang itu hambanya dengan berhutang dan menambah lebih banyak hutang". Takoyaki mengingatkan Banshir tentang Catherine.

"Begini Banshir, aku tak mahu berterusan bertikam lidah dengan kamu disini. Aku ada banyak kerja lain nak buat. Aku tak nak buang masa lama sangat untuk berbicara tentang masalah kamu itu". Takoyaki cuba untuk meredakan keadaan Banshir.

"Baiklah Takoyaki, aku mahu mendapat nasihat daripada kamu bagaimana dapat selesaikan hutang dengan segera. Dan aku ada satu soalan tambahan, bagaimana nak dapat asset walaupun hutang masih ada?".

"Begini Banshir, kamu bayar saja hutang sedia ada sehingga habis dan jangan lagi tambah hutang yang membebankan. Kalau kamu mahu dapatkan asset baru, kamu beli tunai saja. Tak perlu berhutang lagi. Beli tunai lebih murah berbanding hutang yang harganya sekali ganda lebih mahal kerana faedah hutang".

"Selalunya orang bila bekerja dapat upah duit dan diguna sepatutnya untuk bayar hutang selepas tolak perbelanjaan keperluan. Tidak ada lebih untuk beli asset. Betul kah begitu Banshir?" Tanya Takoyaki lagi supaya Banshir dapat memberi perhatian. Banshir mengangguk.

"Ok, tak mengapa. Selepas ini kalau ada duit lebihan kamu simpan saja dan tak perlu bayar hutang dengan duit lebihan itu".

"Apa...!!! Kamu gilakah Takoyaki nasihatkan aku supaya jangan bayar hutang". Tiba tiba Banshir mencelah dengan meninggikan suaranya terkejut dengan kata kata Takoyaki itu.

"Sabar dulu Banshir, aku belum habis cerita lagi. Kamu simpan duit lebihan itu. Kamu ada hutang lama yang dibayar secara ansuran dan tetap setiap bulan. Betulkah begitu". Banshir mengangguk.

"Kamu teruskan begitu tapi jangan buat lagi hutang baru. Ada lebihan duit sedikit, kamu simpan saja. Tapi kalau kamu mahu dapat banyak duit lebih, kamu buat kerja lebih yang boleh hasilkan duit. Simpan duit itu beli asset dan guna asset itu untuk bayar hutang lain sekiranya masih ada belum selesai".

"Asset itu kamu jangan jual, kamu simpan lagi tapi kamu boleh dapat duit dengannya melalui pajakan. Pajakan bukan jual, dan jangan sampai tergadai. Kamu boleh tebus balik aset itu nanti selepas hutang kamu habis. Jadi, kamu akan simpan semula duit lebih untuk tebus balik aset kamu itu. Kamu tak rugi apa apa pun. Hutang kamu selesai, aset kamu masih ada".

"Ohh... begitu, asset apakah yang bagus untuk digadai?" Tanya Banshir untuk lebih jelas lagi.

"Soalan yang sangat bagus. Asset itu adalah emas. Kenapa? Ia adalah aset yang sangat bernilai dan sangat berharga. Ia aset yang tahan lama dan tak akan susut nilai. Selama mana ia masih disimpan dan jadi hak kamu, emas tetap akan bertahan nilainya".

"Aku mula faham apa kamu maksudkan itu Takoyaki".

"Ada satu lagi Banshir, kalau kamu tidak ada lagi hutang, emas ini akan tolong kamu kembangkan aset dengan memberi kamu kemudahan untuk dapatkan duit dengan senang. Kamu ada duit lebih, kamu beli dan simpan emas. Dengan emas kamu boleh selesaikan hutang dan kamu boleh bangunkan aset lain lagi".

"Kalau begitu nasihat kamu, aku mesti usahakan untuk menyimpan emas. Aku mesti guna duit lebih dan cari lebih banyak lagi duit lebih supaya aku dapat membeli dan menyimpan emas". Banshir mula bersemangat dan bertekad.

"Bagus Banshir, semoga kamu berjaya".

"Terima kasih Takoyaki atas nasihat kamu itu. Nasihat kamu itu lebih bernilai dan berharga daripada emas". Takoyaki tersenyum mendengar pujian Banshir itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih