Langkau ke kandungan utama

Mengerah Duit Untuk Mengumpul Emas


Mulakan kerahan tenaga sekarang

Banshir cuba memikirkan cara terbaik bagaimana hendak mengumpul emas. Dengan memiliki emas yang banyak saja, sudah tentu dia akan menjadi seorang raja. Pada fikirannya, tiada cara lain selain bekerja keras dahulu untuk mengerah lebih banyak duit yang boleh membeli emas. Banshir perlu bekerja lebih keras untuk dapatkan lebih banyak duit.

Walaupun Banshir bekerja tetap dengan mendapat gaji setiap bulan, dia bertekad untuk mencari sumber pendapatan tambahan lain. Dengan adanya duit lebih itu, Banshir akan menyimpannya untuk membeli emas sedikit demi sedikit. Itu saja cara terbaik untuk menjadi seorang raja.

Pengurusan kewangan yang cekap

Banshir merangka satu pelan pengurusan duit pendapatan supaya lebih cekap dan fokus. Pendapatan Banshir terbahagi dua, gaji tetap dan imbuhan ganjaran. Gaji tetap digunakan sepenuhnya dalam agihan perbelanjaan.

Ia meliputi keperluan asas dan hutang untuk kemudahan. Namun begitu, kesilapan Banshir menyebabkan hutang tak sepatutnya timbul. Seperti modal perniagaan rakan kongsi yang gagal.

Imbuhan ganjaran adalah tambahan pendapatan. Walaupun bergaji tetap, kadang kadang tak mencukupi. Justeru, imbuhan ganjaran ini akan menampung kekurangan. Tetapi Banshir menetapkan 10% daripada imbuhan ganjaran tersebut wajib disimpan.

Peraturan 10%

Bagaimana Banshir melakukannya? Apabila memperoleh bonus tahunan sebanyak RM500 contohnya. 10% atau RM50 wajib disimpan. Simpanan wajib itu adalah untuk membeli emas yang akan disimpan menjadi aset.

Apa apa imbuhan ganjaran atau apa apa pendapatan tambahan wajib dipotong 10% terlebih dahulu. Jika ada lebihan selepas diguna untuk menampung kekurangan, barulah ia akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan aset emas.

Disiplin menjadi kunci kejayaan

Dalam usaha kerahan tenaga, disiplin sangat penting. Kerahan tenaga yang mampu menjana pendapatan sangat penting untuk mencapai kejayaan. Banshir hanya manusia biasa yang kadang kadang ada sikap negatif. Itu biasa tetapi jangan jadikan kebiasaan.

Kerana itu bagi Banshir paksaan kepada diri sendiri amat perlu dan ia mesti dikuat kuasakan dengan tegas. Suka atau tidak, Banshir mesti melakukannya secara paksa diri.

Banshir harus belajar daripada kesilapan lalu yang gagal bertindak secara proaktif. Banyak masa telah dibuang tanpa disiplin diri yang ketat. Terlalu menurut rasa malas, satu kerja yang bermanfaat gagal dilakukan. Perkara ini tidak harus dibiarkan terus berlaku.

Banshir mesti melakukannya secara serta merta. Dia tak banyak masa lagi dengan usianya sekarang sudah 40 tahun. Kerana lalai dan leka dia sudah banyak membuang masa. Dengan baki masa yang ada, Banshir mesti berjaya mencapai matlamat untuk menjadi raja dengan memiliki emas yang banyak.

Kerahan tenaga dan duit adalah jawapan yang sangat jelas apa yang mesti dia lakukan sekarang. Tiada cara lain, disiplin mesti dikuatkuasakan segera.

Lakukan saja dan jangan banyak fikir

Banyak fikir itu memang bagus, Banshir memang seorang yang banyak berfikir. Tapi ada waktu tertentu jangan banyak fikir lagi. Lakukan saja apa yang sudah difikirkan. Banshir apabila berfikir tentang emas dia akan fokus kepada emas. Apa saja yang berkaitan dengan emas akan difikirkannya sehingga ke satu peringkat yang rumit.

Namun, apabila sampai ke peringkat perlaksanaan jangan fikir banyak lagi. Disinilah Banshir selalu tersekat. Mengambil iktibar daripada kesilapan dulu, Banshir tidak mahu lagi apabila sudah di peringkat pelaksanaan masih banyak fikir lagi. Buat saja apa yang perlu dibuat.

Kalau Banshir kata kerja keras asalkan boleh dapat duit, buat saja. Jangan fikir bila kerja keras tapi upah sikit adalah satu kerja sia sia. Banshir kena fikir sebelum ini pun dapat duit banyak dengan mudah pun boleh jadi sia sia apabila dihabiskan begitu saja tanpa apa apa yang boleh membina masa depan.

Dan Banshir juga perlu belajar juga daripada kesilapan bila dapat duit banyak tiba tiba. Dapat duit banyak bahagikan sebahagiannya untuk pelaburan masa depan. Bukan pelaburan cepat kaya. Beli saja emas, simpan dan bila nak guna pajak dan dapatkan pinjaman. Pinjaman diguna sebagai modal pelaburan untuk bisnes. Bisnes yang nak dibuat pula biarlah sudah difikir dengan teliti dan dibuat kajiselidik. Bukan main hentam dan ikut kata orang lagi.

Jadi, sekarang kalau kata nak kumpul duit buat saja. Jangan banyak fikir lagi bila diperingkat perlaksanaan. Biar pun sedikit asalkan boleh ditambah untuk beli emas. Itu yang lebih penting. Emas itu mesti ada dan wujud secara nyata. Bukan emas skim cepat kaya.

Kerja apa yang Banshir boleh lakukan

Apa apa saja kerja asalkan halal dan boleh dapat duit tambahan. Nak buat bisnes kecil kecil buat saja. Nak jual nombor, jual makanan sedia, apa apa saja. Kalau ada orang upah suruh buat kerja, terima saja kerja itu. Tak perlu banyak fikir kerja teruk lah, letih lah, macam kuli lah. Tak perlu dengar kata orang. Orang nak sendiri dan kutuk, pedulikan. Banshir tak kisah lagi semua itu.

Apa yang lebih penting bagi Banshir adalah bila dapat duit tambahan, boleh beli dan simpan emas banyak banyak. Bila ada keperluan kecemasan, emas itu dapat membantu segera. Bila ada projek pelaburan yang boleh menjana masa depan, ia boleh dilakukan segera dengan mudah. Emas yang ada boleh jadi modal pada bila bila masa.

Kerja kerja seperti mengecat, melukis pelan, menulis, setiausaha dan apa apa saja asalkan dibayar Banshir akan buat saja. Pengurusan duit yang diperoleh itu nanti akan memastikan apa yang dikerjakan itu tidak sia sia dan tidak lagi akan menjadikan Banshir seperti seorang hamba.

Kerja adalah kerja, kerja keras tak bermaksud seorang hamba. Kerja keras adalah satu usaha untuk mencapai tujuan matlamat. Bukan semata mata kerja untuk menjayakan matlamat orang lain. Banshir juga ada matlamat sendiri untuk melakukan kerja itu dengan membeli dan mengumpul emas.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih