Langkau ke kandungan utama

Emas Adalah Raja


Imaginasi kehidupan masa depan

Pada masa mudanya, Banshir adalah seorang yang suka berimaginasi. Pernah dahulu dia membuat model tapak rumah dengan menggunakan kertas lukisan yang keras. Dibentuk dan dipotong kemudian digam dan di atas kadbod keras.

Pernah juga Banshir memotong gambar kereta dan ditampal pada sekeping kadbod. Dibentuk bingkai dan digantung di dinding. Pernah juga merangka satu buku seperti sebuah perlembagaan, ditulis peraturan dan tatacara kehidupan pada masa akan datang.

Semua itu adalah imaginasi Banshir untuk masa depan. Adakah semua itu jadi kenyataan? Ya, ia menjadi satu kenyataan. Apa yang digambarkan dalam imaginasinya menjadi satu realiti. Walaupun tidak 100% seperti yang digambarkan namun apa yang diimaginasikannya menjadi kenyataan.

Sejarah lalu telah membuktikan apa yang pernah dilakukannya dengan berimaginasi boleh jadi kenyataan. Hari ini, sekali lagi Banshir mahu melakukan perkara yang sama. Semuanya akan dilakukan sekali lagi dengan lebih tersusun.

Banshir percaya apa yang akan dilakukannya dengan imaginasi tersebut boleh menjadi kenyataan. Kali ini dengan lebih berkeyakinan. Dahulu di masa mudanya, sekadar angan angan. Tidak sangka pula boleh jadi kenyataan.

Emas adalah raja masa depan

Banshir akan menabalkan emas sebagai raja yang akan membina masa depan yang lebih cemerlang. Adakah Banshir serius? Ya, Banshir serius. Bagaimana emas boleh jadi raja?

Pada fikiran Banshir, emas adalah raja kepada segala raja. Raja kalangan manusia menjadi raja kerana adanya emas yang banyak. Emas adalah lambang kekayaan, siapa yang kaya akan berkuasa. Dengan kuasa akan dapat melakukan apa yang diinginkan.

Banshir pernah berimaginasi dengan angan angan di masa mudanya. Sekali lagi Banshir mahu melakukan perkara yang sama dengan emas. Imaginasi Banshir adalah mahu menjadi seorang raja dengan memiliki emas yang banyak. Banshir mahu menguasai masa depan dengan emas.

The rules of gold... satu ayat yang sangat terkenal dalam sejarah ketamadunan manusia. Empayar kerajaan terdahulu mencipta peraturan dengan menguasai emas. Habuan emas diberi untuk rakyat yang setia dengan raja. Raja mengerah tenaga rakyat dengan memberi upah emas.

Itu teladan sejarah. Bagi Banshir jika emas adalah raja, duit pula adalah rakyatnya. Dalam realiti sebenar hari ini, 1 gram emas bersamaan dengan harga RM180. Ini bermakna ada 180 keping wang kertas boleh dijadikannya hanya dengan 1 gram emas. Jumlah yang sedikit saja boleh menghasilkan RM180.

Emas 1 gram ibarat raja yang memiliki 180 orang pengikut yang boleh dikerah untuk bekerja. Itu baru 1 gram. Bagaimana pula jika ada lebih banyak daripada itu? Apa yang boleh dilakukan dengan emas 10 gram, 50 gram, 100 gram, 1 kilogram. Bayangkan. Imaginasi Banshir dapat membayangkan bagaimana sekiranya dia memiliki 1 kilogram emas.

Bermula dengan 1 gram emas, Banshir mesti menabalkan emas sebagai raja yang perlu diangkat dan dinaikkan ke atas takhta kerajaannya. Kerana emas itu nanti akan mengerahkan lebih ramai pekerja dari kalangan duit untuk menyokong dan membangunkan sebuah kerajaan yang kuat.

Apabila ada raja, ada pekerja dan ada kerajaan, siapa pula rakyatnya? Banshir adalah rakyatnya. Satu satunya rakyat yang boleh mengerah lebih ramai lagi rakyat untuk mengangkat emas sebagai raja yang akan membangunkan kerajaan. Kerajaan yang rakyatnya ada Banshir. Manakala Banshir sendiri sudah cukup untuk menjadi rakyat yang banyak untuk sebuah kerajaan.

Bagaimana Banshir akan menjadi rakyat yang  bagus? Segalanya mesti dilakukan dengan tenaga yang kuat, pemikiran yang cerdas dan tindakan yang cergas. Satu pekerjaan yang perlu dilakukan oleh beberapa orang boleh dilakukan oleh Banshir seorang saja.

Bekerja dengan bijak bukan dengan tenaga yang kuat semata mata. Ia memerlukan pengurusan dan sistem kerja yang baik. Ia akan membantu raja untuk jadi kuat. Semakin banyak kerja yang ada hasilnya maka emas dapat dikumpul dengan banyak. Semakin banyak emas, semakin banyak juga nanti tentera duit dapat dikerah.

Duit adalah tentera raja emas

Imaginasi Banshir kali ini cukup luar biasa, biarlah orang nak kata dia masuk bakul angkat sendiri. Banshir tetap merasakan kali ini imaginasinya lain daripada yang pernah dilakukannya pada usia muda dahulu.

Banshir akan bekerja untuk dapat duit, ya sekarang Banshir memang hamba kepada duit. Duit jangan ingat dia akan jadi tuan selamanya, mahu mengerah dan menjadikan Banshir sebagai hamba duit. Tidak sama sekali, Banshir akan membebaskan dirinya dengan berpihak kepada raja emas.

Emas kalau mahu jadi raja, ia mesti menjadikan Banshir sebagai rakyat yang akan diberi keistimewaan. Dengan jaminan itu, Banshir akan mencari lebih banyak duit dan mengangkat emas dengan mengumpulnya dengan lebih banyak.

Emas akan membantu Banshir bebas daripada menjadi hamba duit. Duit itu pula akan ditundukkan oleh emas. Emas akan melindungi hak Banshir sebagai rakyat yang bebas. Jika emas melakukan semua itu untuknya, maka Banshir akan mengiktiraf emas sebagai raja.

Emas mampu mengerah lebih banyak duit untuk bekerja dengan Banshir. Kalau dahulu Banshir bekerja untuk duit, sekarang duit pula akan bekerja untuk Banshir. Itulah imaginasi Banshir.

Sejak dari itu, Banshir sudah mula menyimpan emas. Banshir akan berkongsi cerita imaginasinya bagaimana emas akan mengerah lebih banyak duit yang dapat membantunya berdepan dengan cabaran dan dugaan. Sedikit demi sedikit Banshir menyimpan dan mengumpul emas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih