Langkau ke kandungan utama

Selesaikan Hutang Dahulu


Jadi hamba bila gagal bayar hutang

Ketika Banshir bercita cita mahu jadi raja, dia terlepas pandang dengan hutang lama yang belum habis dibayar. Termasuk hutang ke atas bisnes kongsi yang gagal. Selesaikan dulu hutang baru senang perjalanan mahu menjadi raja.

Namun begitu, pada fikiran Banshir mungkin kah ada cara terbaik untuk bayar hutang tanpa mengabaikan simpanan emas. Banshir cuba memikirkan jalan terbaik untuk itu.

Jika bekerja dan dapat duit untuk bayar hutang saja, tentu kerja yang sia sia. Hutang yang ada pun bukan terdesak sangat untuk dibayar segera. Tetapi jika ia segera dihabiskan lebih baik. Kerana segala duit lebihan pendapatan yang terhasil akan fokus kepada emas.

Simpan emas untuk bayar hutang

Persoalan dalam fikiran Banshir sekarang adalah, bolehkah simpan emas untuk bayar hutang? Satu soalan yang sangat bagus kerana bekerja untuk dapat duit tak sepatutnya habis diguna untuk bayar hutang sahaja. Atau bekerja kerana mahu bayar hutang. Bila terlalu lama bekerja untuk bayar hutang saja, lama kelamaan menjadi hamba.

Apakah strategi Banshir? Banshir telah banyak belajar daripada si tukang pajak gadai emas bernama Ranhu. Pajak emas untuk dapat duit sebagai pinjaman. Tebus semula emas pajakan dengan bayar pinjaman. Jika gagal tebus dalam tempoh ditetapkan, bayar upah melanjutkan simpanan.

Dari situ Banshir dapat idea bagaimana untuk buat kerja dapat duit upah. Lebihan duit disimpan untuk beli emas. Emas itu dipajak untuk pinjam duit bagi membayar hutang lama. Hari ini Ranhu adalah seorang kawan baiknya ketika susah mahupun senang. Apabila ada masalah kewangan jumpa saja Ranhu. Apabila senang pun Ranhu boleh membantunya untuk pinjamkan modal.

Disini timbul persoalan, kenapa tak gunakan saja lebih duit upah untuk terus saja bayar hutang lama? Kenapa pula nak beli emas? Soalan yang sangat bagus. Banshir memang suka bertanya.

Pada fikiran Banshir, bekerja bukan untuk jadi hamba kepada hutang. Kerana itu duit lebihan upah tak diguna terus untuk bayar hutang. Matlamat bekerja adalah untuk bebas hutang. Kalau mahu bebas, mesti berusaha bersungguh sungguh jadi raja.

Seorang raja mesti ada kuasa harta bernilai yang banyak, kerana itu bila bekerja dapat upah, simpan lebihan duit untuk beli emas dulu. Oleh kerana ada hutang lama belum selesai, emas itu terpaksa jadi tebusan. Disini Ranhu dapat membantu Banshir menyelesaikan masalah hutang tanpa perlu kehilangan wang.

Sekurangnya, apabila ada hutang lama belum selesai, emas akan bantu membebaskan diri daripada hutang. Duit bayar hutang akan berpindah tangan, tetapi emas yang dibeli dengan duit dan dipajak kepada Ranhu tak akan berpindah tangan jika ia ditebus semula. Itulah strategi Banshir untuk  selesaikan hutang lama.

Itu bermakna walaupun emas jadi tebusan, hutang lama dapat diselesaikan. Apabila bekerja selepas habis hutang lama, duit lebihan daripada upah diguna untuk menebus emas yang dipajak. Masih juga bekerja untuk mendapatkan emas, bukan bayar hutang kosong tanpa ada kepentingan lain.

Walaupun bayar hutang pinjaman duit, akan dapat semula emas yang jadi tebusan. Tidak seperti bayar hutang lama yang tak dapat apa apa pun. Itu bezanya hutang bermanfaat  dengan hutang yang tak ada manfaat.

Kerana kebodohan masa lalu, Banshir terpaksa bayar hutang yang tidak ada manfaat langsung. Emas boleh jadi penyelamat Banshir untuk bebas daripada hamba hutang. Banshir bertekad untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu akibat kelemahan diri sendiri.

Pelaburan untuk beli dan simpan emas

Menerusi pengajaran daripada Ranhu, Banshir akan memanfaatkan pelaburannya dengan membeli dan simpan emas dahulu. Kemudian baru bayar hutang dengan emas. Ya, Banshir juga ada membuat pelaburan melalui potongan gaji. Kononnya untuk masa depan. Padahal boleh saja Banshir menggunakan potongan tiap bulan itu untuk membeli 1 gram emas setiap bulan.

Sungguh pun Banshir pernah buat silap, Banshir juga telah bertindak dengan baik apabila melaburkan sebahagian pendapatannya bagi menjana pendapatan tambahan. Tetapi, ia juga tak ada gunanya jika tak dimanfaatkan untuk menghasilkan lebih banyak aset.

Pendapatan daripada pelaburan mesti digunakan untuk membeli emas yang akan disimpan sebagai aset. Aset dapat membantu ketika susah dan memberi lebih banyak kesenangan bila senang.

Daripada perkiraan Banshir, jika dengan potongan daripada pelaburan setiap bulan itu dapat membeli 1 gram emas, bermakna setahun boleh dapat 12 gram emas. Tetapi jika pulangan pelaburan tahunan diguna untuk beli emas pun masih sama dapat membeli 12 gram emas.

Diandaikan purata harga emas setahun adalah RM180 darab 12 bulan hasilnya RM2'160. Pulangan pelaburan juga lebih kurang sama atau lebih sedikit. Walaubagaimanapun, itu bukan satu masalah. Apa yang penting duit pelaburan tersebut boleh dapat dua keuntungan. Pertama duit pelaburan saham dan juga emas.

Pada akhirnya nanti selepas selesai pinjaman pelaburan, dalam akaun saham Banshir ada sejumlah duit yang banyak dan dalam akaun emas Banshir juga ada sejumlah emas yang banyak. Pelaburan saham Banshir akan terus menjana pendapatan, manakala bayaran pinjaman pelaburan yang sudah tamat boleh diguna untuk beli emas. Akhirnya, Banshir dapat untung pulangan saham tunai dalam akaun dan emas bertambah juga dalam akaun emas.

Beli emas guna pulangan pelaburan untuk bayar hutang

Apa yang Banshir lakukan nanti adalah menggunakan pulangan pelaburannya untuk membeli emas. Kemudian ia dipajak kepada Ranhu untuk dapat duit tunai. Duit itu diguna untuk bayar sebahagian hutang lama. Sungguhpun tidak selesai sepenuhnya, hutang itu akan berkurang sedikit demi sedikit.

Sebenarnya, Banshir ini juga seorang yang bijak. Dia bukan sahaja melabur dalam saham menggunakan duit pinjaman. Malah Banshir turut melabur dalam perniagaan yang boleh menjana pendapatan. Walaupun tidak banyak, Banshir ada wang lebihan untuk disimpan bagi membeli emas.

Sungguhpun emas itu nanti terpaksa dipajak bagi membayar hutang lama, apabila sudah selesai semua bayaran hutang maka lebihan pendapatan yang akan datang akan diguna pula bagi menebus emas. Duit lebihan pendapatan itu tak hilang ke mana mana pun sebenarnya. Ia sudah menjadi aset emas, tetapi kerana hutang lama belum selesai ia jadi tebusan.

Banshir sudah nampak kelebihan menyimpan emas ini sejak dari awal lagi. Namun, belum begitu jelas bagaimana hendak memanfaatkannya apabila diperlukan. Sekarang, apabila ada lebihan duit saja terus saja simpan untuk beli emas.

Duit adalah peraturan untuk seorang hamba

Banshir mesti ingat peraturan ini, duit dicipta untuk merampas hak seseorang dengan cara dia merelakan diri untuk menyerahkan haknya tanpa paksaan atau kekerasan. Sebelum duit dicipta, emas digunakan sebagai wang. Duit ini adalah matawang seperti ringgit dan dolar.

Dengan mewujudkan peraturan urusniaga hanya perlu guna duit saja maka emas tidak lagi digunakan. Kalau mahu berurusniaga seperti membeli barang, makanan dan pakaian, dapatkan duit dahulu.

Kalau ada emas, tukarkannya di bank atau pihak yang boleh menghulurkan duit dengan nilai yang perlu dibayar dengan sejumlah emas tersebut. Hari ini contohnya kalau ada 1 gram emas kalau nak dapat duit, tukarkannya dan akan dapat dalam lingkungan RM165.

Banshir tidak puas hati dengan peraturan itu. Ianya menipu secara halus. Kalau nak dapat duit, bekerja sajalah. Tak perlu jual emas yang ada dalam simpanan. Ia adalah hak yang mesti dijaga dan dipertahankan. Emas adalah lambang kemewahan, kekayaan dan kemegahan. Duit adalah lambang kemiskinan, perhambaan dan kebodohan.

Kenapa Banshir berfikir begitu? Duit dan emas apa bezanya? Duit bila dikoyak atau sudah buruk, tak ada nilai lagi. Dibakar hangus jadi abu langsung tak ada apa lagi yang tinggal. Emas pula diketuk masih juga emas bentuknya, dibakar dan lebur bila beku semula masih lagi jadi emas. Kalau tak ada duit, cari kerja buat kerja dan ambil upah. Dapat upah, tolak belanja ada baki lebih simpan dan kumpul untuk beli emas.

Emas itu nanti simpan dan kumpul sampai jadi banyak, supaya boleh jadi peraturan untuk seorang yang kaya. Kalau duit adalah peraturan untuk seorang hamba, emas adalah peraturan untuk seorang raja.

Kerana duit, ada orang sanggup berhutang untuk jadi kaya. Kaya apa? Kaya rupa, kaya gaya hidup tapi ianya semua hutang. Kalau mahu ada harta yang banyak tak boleh lepas daripada berhutang. Inilah peraturan yang sudah dirangka oleh duit supaya siapa yang mahu hidup senang dengan kemudahan harta yang banyak mesti ada duit yang banyak.

Tapi kalau mahu tunggu duit banyak ambil masa lama untuk kumpul maka hutang adalah peraturannya. Kalau sudah seorang hamba, maka hamba juga lah cara fikirannya. Hamba dikawal dengan peraturan duit yang dicipta oleh orang kaya.

Emas adalah peraturan untuk seorang raja

Berbeza dengan duit, emas adalah peraturan untuk seorang raja. Siapa ada emas dia boleh jadi raja. Banshir sudah tahu akan peraturan itu. Banshir mahu jadi raja. Raja mesti seorang yang berkemampuan. Raja mesti seorang yang bebas dan tak boleh tunduk pada siapa siapa.

Walaupun ditawar dengan duit yang banyak sekalipun, raja tak akan menyerahkan haknya ke atas pemilikan emasnya. Dengan emas itu seorang raja boleh tebus dirinya agar tak jadi hamba kepada raja yang lain. Dengan emas juga, raja boleh mengerah rakyatnya untuk berkerja dengan menjadikan emasnya sebagai tebusan untuk membayar rakyatnya dengan upah duit, bukan upah emas.

Kenapa raja tak mahu bayar rakyatnya dengan emas, kerana emas itu adalah hak miliknya. Kalau dibayar dengan emas, ia akan berkurangan dalam istana dan mula berlegar dengan meluas dalam kalangan masyarakat. Lama kelamaan emas dari istana akan berkurang dan akan melemahkan kedudukannya sebagai raja.

Kerana itu peraturan duit perlu diwujudkan supaya rakyat yang bekerja akan dibayar dengan duit. Duit berkurang tidak apa, boleh dicetak semula banyak banyak. Emas tak boleh dicipta, ianya semulajadi. Maka ia disimpan untuk cagaran saja, dan boleh ditebus semula apabila syarat penebusan dipersetujui.

Maka itu lah, kalau Banshir mahu jadi seperti seorang raja selesaikan semua hutang yang ada dulu. Bayar dengan duit, bukan dengan emas. Emas jadi cagaran untuk dapatkan pinjaman duit dan emas cagaran itu akan ditebus semula dengan membayar semula duit. Ia bukan hutang, tetapi pajakan bersyarat tanpa melepaskan hak milik ke atas emas.

Jadi, Banshir bekerja untuk dapat duit. Ada duit lebih beli emas, simpan dan kumpul banyak. Pajak emas dan selesaikan hutang lama. Kerja lagi dapat duit dan tebus semula emas. Tidak rugi apa apa, malah emas yang sama boleh dipajak berulang kali untuk mendapat manfaat daripada pinjaman duit. Duit diguna untuk urusniaga seperti perniagaan dan pelaburan. Kerana itu adalah peraturan duit apabila hidup dalam kalangan masyarakat hamba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih