Langkau ke kandungan utama

Membangun Ekonomi Masyarakat



Stabilkan kewangan sendiri terlebih dulu

Dalam dua kisah orang terkaya di Babylon sebelum ini, pengajaran yang boleh kita ambil adalah bekerja ambil upah dan bangunkan asset dengan menyimpan dan mengumpul emas. Berusaha untuk cari pendapatan lebih. Baca disini.

Kemudian kisah tentang kepentingan ilmu mendahului kekayaan adalah perlu bagi menyelamatkan harta daripada hilang dan terlepas hak ke atas pemilikannya. Baca disini.

Ini adalah kisah ketiga bagaimana simpanan emas yang dikumpul dengan banyak dapat menstabilkan ekonomi sendiri ketika berlaku krisis. Emas adalah asset rizab yang boleh digunakan bila bila masa ketika kecemasan dalam berdepan dengan krisis.

Ketika kita senang dan mampu bekerja, beringatlah bahawa langit tak selalu cerah. Walaupun kita boleh menyimpan saja wang di dalam bank, tidak seperti emas ia kalis inflasi dan nilainya tidak akan susut untuk satu jangka masa panjang.

Kalau nak simpan wang boleh saja tetapi simpanan utama mestilah emas. Simpan wang setakat yang perlu saja. Usah simpan wang berpuluh ribu kerana dalam jangka masa lama nilainya akan susut secara mendadak.

Nilai matawang akan terus jatuh dan ia tidak baik untuk menstabilkan kedudukan kewangan peribadi. Manakala emas, nilainya sentiasa stabil untuk jangka masa panjang dan boleh menjadi asset yang mampu menjana pendapatan tambahan dengan nilai harganya kekal tinggi.

Bagaimana hendak menstabilkan kewangan sendiri dan tidak mensia siakan apa yang telah diusahakan selama ini?

Lihat gambarajah di atas, 7 prinsip asas pengurusan kewangan peribadi yang boleh dijadikan panduan.

Kesenangan adalah amanah 

Kesenangan merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada sesiapa yang memilikinya. Oleh kerana ia satu amanah, jika tidak dijaga dengan baik dan digunakan dengan betul, kesenangan itu tidak menjamin kemudahan hidup kepada pemiliknya.

Kesenangan dan kemewahan harta itu bukan hak milik kekal kita, ia adalah pinjaman untuk kita daripada Tuhan yang Maha Esa. Dia boleh saja mengambil semula daripada kita pada bila bila masa dengan pelbagai cara. Seperti berlakunya musibah kemalangan, kebakaran rumah, dirompak, sakit kronik dan sebagainya bagi mengurangkan harta yang disimpan itu.

Lambat laun, kesenangan itu jika tidak dimanfaatkan kepada umum akan membinasakan mereka yang tidak amanah. Dalam satu lagi kisah orang terkaya di Babylon, seorang lelaki telah berjaya mengumpul emas yang banyak, menggunakan kekayaannya untuk membantu mereka yang memerlukan.

Walaupun begitu, syarat bantuannya sangat ketat supaya mereka yang dibantu itu juga menjadi seorang yang bertanggungjawab ke atas amanah yang diberikan. Bagi lelaki itu, kekayaan adalah satu amanah apabila digunakan dengan betul akan memberi keuntungan bukan saja kepada pemilikinya malah orang lain.

Bagaimana lelaki itu melakukannya? Lelaki itu ada emas yang banyak dan memperuntukkan sebahagian emasnya untuk dipinjam. Tetapi peminjam mesti mencagarkan barangan lain yang berharga dan juga ada nilai bila dijual di pasaran. Selain mengambil upah simpanan ke atas barang cagaran tersebut bagi satu tempoh tertentu.

Peminjam emas lelaki berkenaan terdiri daripada mereka yang mahu mendirikan perniagaan. Kota Babylon ketika itu menjadi tumpuan pedagang dari timur dan barat, kerana kedudukannya di tengah tengah laluan ke India dan China di timur, dan laluan ke eropah dan mesir di barat.

Justeru, peluang perniagaan menerusi perdagangan itu membolehkan penduduk Babylon mengaut keuntungan yang banyak. Ketika itu, tidak ada matawang dunia seperti dollar Amerika. Wang emas merupakan tukaran nilai yang diterima oleh pedagang pedagang asing yang singgah di Babylon.

Lantaran itulah, lelaki yang memiliki emas yang banyak ini menggunakan peluang perdagangan yang muncul ini untuk membantu penduduk Babylon yang mahu berniaga. Juga menggalakkan mereka berdikari dengan menjana pendapatan lebih.

Oleh kerana emas mendapat permintaan yang tinggi untuk dipinjam, lelaki itu meminta cagaran barang yang nilainya perlu lebih tinggi daripada jumlah emas yang dipinjam. Ia bagi memastikan dia tidak rugi apabila peminjam tidak menebusnya semula.

Juga memastikan peminjam berusaha bersungguh sungguh untuk menebusnya kerana nilai barangan yang dicagar bukan saja berharga malah ada nilai peribadi pada barangan tersebut yang tidak boleh dilepaskan atau tidak ditebus semula.

Konsep cagaran lelaki itu sama seperti yang digunakan dalam skim pinjaman ar-rahnu hari ini. Ar-rahnu hanya menerima emas fizikal bagi mendapatkan pinjaman wang ringgit. Kerana pada hari ini matawang adalah tukaran nilai yang  digunakan dalam urusan perniagaan.

Bagi yang sudah berpengalaman dalam ilmu emas, akan tahu bahawa nilai harga emas pada hari ini adalah lebih tinggi daripada 5 tahun lalu. Emas yang tidak ditebus dan tergadai kepada bank adalah sangat merugikan. Wang boleh dicari dengan terus bekerja. Emas pula kalau hendak beli baru, harganya tentu lebih tinggi daripada harga emas yang sudah tergadai itu.

Amanah dijaga ganjarannya setimpal

Lelaki yang memiliki emas yang banyak itu tidak hanya menyimpan emas sahaja. Sebaliknya meminjamkannya kepada sesiapa yang layak meminjamnya untuk tujuan yang betul seperti modal perniagaan.

Ada juga yang meminjam emas untuk mendapatkan wang bagi keperluan kecemasan. Mereka ini mencagarkan barang yang bernilai dan berniat mahu menebusnya semula. Walaupun begitu, ada juga yang gagal menebusnya. Lelaki itu berhak menjualnya di pasaran terbuka. Oleh kerana kota Babylon adalah kota perdagangan barang yang tergadai itu mudah mendapat pembelinya.

Dalam urusniaga lelaki ini, emas yang dipinjam dapat membantu si peminjam. Emas adalah akses kepada dunia perniagaan di Babylon. Mereka yang memiliki emas boleh menjalankan perniagaan. Perniagaan yang dibangunkan di kota itu banyak diceburi oleh hartawan. Namun begitu, orang biasa juga masih boleh menceburinya. Asalkan mempunyai modal wang emas.

Wang emas adalah tukaran nilai yang diterima oleh para pedagang dari luar dan juga pedagang hartawan di Babylon. Sesiapa yang memiliki wang emas mudah berurusan dengan pedagang hartawan ini.

Pada hari ini, jika mahu menceburi perniagaan yang berstatus tinggi perlu memiliki wang yang banyak untuk modal. Perniagaan yang dijalankan itu pula mampu mencapai ke sasaran pelanggan yang ramai bagi menjana keuntungan. Tidak seperti perniagaan kecil dengan modal terhad, agak sukar menembusi pasaran yang luas.

Justeru itulah, apabila adanya kemudahan pinjaman emas daripada lelaki tersebut, peniaga kecil dapat meminjam modal segera untuk membangunkan perniagaan mereka. Mereka mengunakan pinjaman emas itu dengan amanah. Jika mereka menyeleweng, cagaran mereka tergadai dan perniagaan mereka gagal. Mereka tak dapat apa apa dan rugi.

Lelaki yang meminjamkan emas itu pula tak rugi apa apa. Dengan cagaran barang yang diterima, dia masih boleh membeli semula emas. Syarat pinjaman emasnya menetapkan nilai harga cagarannya mesti lebih tinggi daripada sejumlah emas yang dipinjam. Bermakna, lelaki itu masih untung.

Apa yang dilakukan lelaki tersebut bukanlah satu tindakan mengambil kesempatan. Sekiranya peminjam emasnya berjaya dalam perniagaannya atau mampu menebus barang cagarannya menggunakan pendapatan yang lebih, dia tak akan rugi apa apa.

Barang cagarannya dapat semula dan perniagaannya pula berjaya. Jika tidak menjalankan perniagaan sekalipun, masalahnya dapat diatasi dengan sokongan pinjaman tersebut. Lelaki pemilik emas itu pula dapat semula emas yang dipinjamkan dan sebagai ganjaran menyimpan barang cagaran ke atas pinjaman tersebut, lelaki itu mengenakan upah simpan.

Konsep inilah yang turut digunakan dalam skim pinjaman ar-rahnu pada hari ini, untuk mengetahui apa itu ar-rahnu baca disini. Malah kita juga sebenarnya boleh meniru konsep ini untuk membantu peniaga kecil mendapatkan modal mereka. Hanya dengan sedikit pengubahsuaian cara pinjaman dan bentuk cagarannya.

Apabila kedua dua pihak si peminjam dan mereka yang meminjam menjalankan amanah dengan baik, semua pihak akan mendapat manfaatnya berupa ganjaran yang lumayan dalam perniagaan dan perkhidmatan masing masing.

Jangan biarkan peminjam mudah lari dari hutang

Daripada kisah ini apa yang dapat kita pelajari? Menolong orang yang dalam kesusahan itu adalah satu amalan yang mulia. Apatah lagi jika kita seorang yang memiliki harta yang banyak. Namun begitu, perlu berhati hati kerana ada manusia yang akan cuba mengambil kesempatan. Tak kira mereka senang atau susah, sifat mereka sama sahaja.

Bukan tidak boleh menolong, tetapi jika ditolong dan sebaliknya berlaku khianat, ia satu perbuatan yang melampaui batas. Ia ibarat perbuatan mencuri dengan menipu. Selepas diberi pinjaman tidak mahu bayar dengan sengaja. Tidak berusaha untuk cuba membayar pinjaman sedikit demi sedikit. Sengaja mendiamkan diri dan cuba melarikan diri.

Itu adalah sikap orang yang tidak amanah dan bertanggungjawab. Itu adalah antara risiko untuk sesiapa yang berharta dan ada niat baik untuk menolong orang susah. Disebabkan itulah ada antara kita mahu berbuat baik tolong orang tidak mahu lagi terlalu baik hati.

Tetapi pengajaran daripada kisah lelaki terkaya di Babylon ini mengajar kita cara bagaimana sikap amanah itu boleh dibentuk. Amanah orang yang berharta adalah membantu orang yang benar benar susah dan memerlukan bantuan. Selagi orang yang dibantu itu masih boleh bekerja maka bantuan yang diberi bukanlah satu sedekah.

Amanah orang yang mahu membuat pinjaman pula adalah membayar hutang. Tapi bagaimana kita boleh memastikan seseorang peminjam itu mahu bayar hutang, atau jika mereka lari daripada bayar hutang kita tidak akan rugi? Apa yang perlu kita buat adalah, sebelum pinjaman diberi mesti ada cagaran supaya ia boleh digadai jika pinjaman gagal dijelaskan.

Dengan mengenakan cagaran, ia mungkin merumitkan peminjam untuk mendapat pinjaman. Namun ia adalah sebagai satu jaminan bahawa pinjaman yang gagal dijelaskan tidak akan merugikan kita. Ia dapat membentuk sikap amanah dan tanggungjawab. Jika seseorang peminjam itu benar benar perlukan bantuan, dia akan sanggup berkorban mencagarkan barangan berharga lain miliknya.

Barang cagaran itu pula ada tempoh had boleh disimpan oleh kita, supaya peminjam ingat akan hutangnya dia mesti menyambung kontrak simpanan cagarannya dengan membayar upah simpan jika belum dapat menjelaskan bayaran pinjamannya. Upah yang dikenakan perlu relevan dan mampu dibayar oleh peminjam.

Sekali lagi, ini bukan satu tindakan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Orang yang meminjam perlu tahu betapa susahkan kita menyimpan dan mengumpul harta. Ia bukan untuk diberi sesuka hati. Selagi masih mampu bekerja, tidak layak untuk menerima sedekah.

Peminjam mesti dibimbing erti amanah dan tanggungjawab membayar hutang. Jika terlalu mudah dapat pinjaman maka terlalu mudah juga nanti akan lari dari hutang. Kerana peminjam tidak ada apa apa yang boleh dituntut semula. Namun, dengan adanya cagaran peminjam tersebut akan ingat apa hutangnya dan bila tempoh untuk ingat semula pinjamannya yang belum dibayar dengan membayar upah simpanan cagarannya.

Ini adalah satu sistem pinjaman yang adil untuk kedua belah pihak. Tidak ada siapa yang boleh mengambil kesempatan. Apabila peminjam sudah dapat wang pinjaman maka gunakanlah ia sebaiknya. Jangan membuat pinjaman untuk suka suka atau diguna untuk perkara tidak berfaedah. Pinjam bila perlu saja.

Kerana ada cagaran yang perlu ditebus, peminjam perlu membayar habis pinjamannya atau melanjutkan tempoh pinjaman dengan membayar upah simpan cagarannya. Kita sebagai orang yang memberi pinjaman, mahu menolong mereka yang benar benar perlukan pertolongan.

Apabila sudah ditolong mereka perlu tolong diri sendiri. Kita tolong jaga barang yang dicagarkan peminjam dan perlanjutan tempoh untuk membayar pinjaman akan dikenakan bayar upah ke atas cagaran yang disimpan dan dijaga dengan baik.

Kesimpulan

Ekonomi masyarakat akan berkembang maju apabila ada golongan hartawan mahu menolong golongan pekerja yang amanah dan bertanggungjawab. Golongan pekerja ini menyedari bahawa mereka tidak boleh selamanya terlalu bergantung harap kepada orang lain apabila susah.

Golongan pekerja ini perlu berdikari supaya tidak terlalu bergantung kepada upah kerja. Mereka mesti mencari sumber pendapatan lain melalui perniagaan. Dari mana mereka mahu mendapat modal?

Mereka boleh juga dapat modal daripada bank tetapi syaratnya terlalu ketat dan merumitkan. Kadar faedah pula terlalu tinggi dan terlalu banyak caj lain dikenakan. Bukan itu saja, pinjaman bank wajib bayar ansuran setiap bulan. Jika gagal melakukannya akan dikenakan denda bayaran tambahan. Ini satu perbuatan menindas peminjam.

Tetapi bukan bermakna apabila ada golongan hartawan memberi pinjaman dengan sewenangnya peminjam itu mengambil kesempatan untuk melambat lambatkan bayaran pinjaman. Ia tidak adil kepada golongan hartawan kerana mereka dahulu juga bersusah payah memajukan diri untuk berjaya menjadi seorang yang senang dan mewah.

===================
👍 LIKED FACEBOOK PAGE CLICK HERE

Ulasan

  1. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: estherpatrick83@gmail.com untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: suryantosuryanto524@gmail.com

    BalasPadam
  2. Halo
    Setiap orang saya adalah Mrs.SAFRILITA dari INDONESIA, ALLAH telah memberkati saya dengan dua anak dan seorang suami yang penuh kasih, saya ingin berbagi Kesaksian saya karena ALLAH disukai saya, setahun yang lalu saya sangat membutuhkan uang jadi saya berpikir untuk memiliki pinjaman kemudian saya bertemu dengan orang yang salah yang mengaku sebagai pemberi pinjaman, tidak tahu bahwa mereka semua adalah penipu. Saya SCAMMED dari 25 juta, dan mereka menolak untuk mentransfer pinjaman saya kepada saya, mereka juga berhenti mengirim email kepada saya sejak itu. kemudian saya bingung, seluruh hidup saya hilang. suami saya sakit dan ada tagihan rumah sakit untuk membayar dalam jutaan, semua yang bisa saya pikirkan pada saat ini adalah sucide, teman saya bernama Evi datang menemui saya pada hari itu, dia juga menjadi korban penipuan, dia mengatakan kepada saya tentang konferensi yang diselenggarakan oleh ibu Nurliana Novi untuk memberdayakan perempuan dan laki-laki yang ingin membuat kekayaan, dia meminta saudara perempuannya untuk membantu saya menjaga suami dan anak-anak, jadi kami pergi untuk konferensi. Setelah semua pembicaraan multivasinya, dia mengajukan pertanyaan kepada kami, "APAKAH ANDA SIAP UNTUK MENGAMBIL RISIKO DAN MEMBUAT KEKAYAAN" dengan keberanian di jemaat kecil itu, saya berdiri dan berkata, "YA" dan kami semua diminta datang keesokan harinya dengan rencana bisnis , dia berkata kepada kami, "AKU TIDAK AKAN MEMBERIKAN UANG, AKU AKAN MENGAJARKAN BAGAIMANA MENGAMBIL RISIKO DAN MENDAPATKAN UANG UNTUK BISNIS ANDA," dia berbicara tentang bagaimana dia mendapatkan pinjaman dan koneksi melalui ibu yang hebat ELINA JOHNSON GLOBAL LOAN FIRM, sebuah perusahaan pinjaman online, segera saya menjadi takut, teman saya mendorong dan kami menghubungi ibu Elina's Company, seperti yang diarahkan oleh ibu Nurliana Novi dari konferensi, teman saya dan saya mulai memproses sementara ibu Novi telah kembali, beberapa hari kemudian saya menerima telepon dari teman saya mengatakan dia menerima peringatan dari banknya, pinjamannya telah disetor, sudah terlambat jadi saya tidak bisa pergi ke bank saya untuk mengkonfirmasi, di pagi hari peringatan datang, saya akhirnya mendapatkan pinjaman 843 juta dari ibu ELINA JOHNSON PINJAMAN GLOBAL FIRM, setelah mengikuti proses hukum.
    kami diberi arahan untuk menyerahkan rencana bisnis kami dan meninggalkan uang di bank selama seminggu, lalu ibu Novi memanggil meminta kami untuk bertemu lagi yang kami patuhi, kami sampai di venue dan melihat expat asing di perdagangan dan investasi, kami diberikan ceramah dan kontak untuk memulai investasi, dalam enam bulan melalui konvensi ibu Elina saya mulai impor dan hari ini suami saya dan saya telah mendirikan dua perusahaan besar bernilai MILIAR.
    Saya ingin Anda semua tahu bahwa satu-satunya pemberi pinjaman sejati yang saya saksikan adalah ibu ELINA JOHNSON GLOBAL LOAN FIRM, hubungi mereka hari ini dan Anda akan mendapat perubahan positif dalam hidup Anda, berikut ini emailnya elinajohnson22@gmail.com. Anda dapat menghubungi saya di email saya safrilita1988@gmail.com, untuk konfirmasi lebih lanjut, jika Anda ragu, saya siap menunjukkan kepada Anda semua buktinya sehingga Anda akan tahu bahwa ini bukan sekadar cerita.
    Catatan, mereka banyak pemberi pinjaman palsu online untuk menipu Anda, merampas uang susah payah Anda, harus dari mereka pergi sejauh membuat situs web pribadi mereka hanya untuk menipu Anda, pinjaman yang mengarahkan Anda untuk mengunjungi situs web palsu, mereka semua scammers.
    Jadi hubungi perusahaan ibu Elina sekarang dan pinjaman Anda akan ditransfer kepada Anda saat Anda mengikuti proses yang sesuai, sekali lagi di sini adalah emailnya elinajohnson22@gmail.com, ALLAH melihat hati saya dan dia tahu saya mengatakan yang sebenarnya dan tidak ada yang lain selain kebenaran .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belanjawan

Belanjawan Peribadi Ramai yang tahu apa itu belanjawan, sebut saja belanjawan negara yang dibentang pada hujung bulan oktober atau awal november pasti ramai ternanti nanti apa khabar berita yang boleh menggembirakan kita. Bagi kakitangan kerajaan tentu menunggu bonus atau bantuan kewangan. Bagi rakyat biasa tentu menunggu insentif dan pelbagai bentuk bantuan lain. Sebenarnya belanjawan negara itu tidak lah begitu penting sangat berbanding belanjawan kita sendiri. Bonus dan bantuan daripada belanjawan negara itu cuma wang masuk ke dalam pendapatan kita daripada peruntukan kewangan kerajaan. Bagaimana kita mengurus belanjawan itu lebih penting, tidak perlu tunggu belanjawan negara, awal tahun atau hujung tahun kita sudah merancang perbelanjaan kita. Kita boleh jadikan pengurusan pendapatan negara sebagai panduan, cara bagaimana mahu mendapatkan wang atau duit yang boleh dibelanjakan. Kemudian perbelanjaan itu untuk apa supaya manfaatnya dapat dirasai dan hasilnya memberi kesan

4 Kuadran Pekerjaan

Kita buat kerja apa sekarang? Sebelum itu, saya mahu jelaskan apa maksud 4 kuadran pekerjaan. Kuadran disini bermaksud kategori. Pekerjaan kita dalam kategori apa. Perhati gambarajah di atas, ada 4 kategori iaitu : Pekerja makan gaji atau kuli ambil upah Buat kerja sendiri Pemilik bisnes Pelabur Posting ini ada hubungan juga dengan posting sebelum ini yang membincang perihal belanjawan dan bagaimana mahu jadi kaya . Dalam akaun perbelanjaan ada jenis punca pendapatan dan ia tentu sekali pekerjaan yang kita lakukan. Employee Pekerja makan gaji menerima pendapatan tetap setiap hujung bulan, manakala kuli ambil upah kerja bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau ada kerja dapatlah upah, kalau tak buat kerja siapa lah yang nak bagi free. Ada kerja ada upah. Kerja paling popular adalah kerja makan gaji sebab berpendapatan tetap setiap bulan. Wang sentiasa masuk dan tak perlu risau. Kalau prestasi kerja bagus dapat bonus hujung tahun. Sebab itu ramai mahu ada kerja

Hidup Ibarat Rat Race

Adakah kehidupan kita seperti ini sekarang? Kalau hidup kita seperti gambarajah di atas sekarang, berhentilah dan berubah mulai sekarang. Rat race merujuk kepada putaran roda di dalam sangkar tikus. Terus berlari tetapi tak ke mana mana, hidup sekadar menunggu untuk diberi makan dan bersenang lenang untuk seketika. Kemudian berhempas pulas lagi tetapi tidak maju ke depan. Berusaha lah keluar dari sangkar kehidupan seperti itu. Sebelum ini sudah dikongsikan tips bagaimana untuk bebas dalam kewangan supaya tidak lagi terikat dengan kebergantungan kepada satu punca pendapatan. Kemudian membelanjakan tanpa membawa kemajuan kepada masa depan kita. Nampak maju ada rumah dan kereta, ada perabot dan peralatan seperti orang senang. Tetapi hakikatnya semua itu adalah hutang keliling pinggang, wang banyak diperoleh tetapi semua untuk bayar cukai, bil dan hutang. Bekerja keras berhempas pulas siang malam untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Tetapi kehidupan tidak tenang dan letih