Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Simpan Asset Sambil Bayar Hutang

Khazanah simpanan emas Banshir masih merasakan dirinya seorang hamba berdasarkan ciri ciri berikut : Masih menanggung hutang sehingga bertahun tahun. Masih perlu bekerja keras untuk dapat lebih banyak duit. Masih perlu patuh dan taat kepada ketuanan. Justeru, Banshir perlu mengurangkan 3 kesan perkara tersebut bagi membebaskan diri daripada anasir perhambaan. Sebelum ia menjadi lebih buruk dan membelenggu dirinya jatuh taraf menjadi seorang hamba abdi. Apa yang perlu dilakukan Banshir sekarang adalah satu pelan perancangan pembebasan diri. Pertama sekali, perancangan awal Banshir sekarang adalah mengurangkan hutang. Jadual pengurangan hutang Banshir menyenaraikan semua hutang yang mesti dibayar. Keutamaan hutang yang sedikit akan dibayar dahulu. Diikuti hutang hutang yang banyak mengambil masa yang lama untuk dibayar. Senarai hutang Banshir : Hutang kepada Barrack Obama RM200k. Hutang kepada Harimau Malaya RM30k. Hutang kepada Burung Kakak Tua RM10k. Lai

Misi Mencari Emas dan Harta Karun

Misi mencari di mana raja Bumiphol Selepas meninggalkan kawannya Gigholo, Banshir meneruskan misinya untuk mencari di mana raja Bumiphol. Sebelum itu, dengan menggunakan mangkuk nujum pak belalang Banshir cuba mencari apakah peraturan diraja yang disampaikan oleh raja Bumiphol untuk rakyatnya yang mahu setia dan sedia berkhidmat kepadanya. Kali pertama dia menggunakan mangkuk itu tidak keluar gambar mahupun perkataan yang mahu dicarinya. "Ehh... Kenapa pulak ni. Mangkuk hayun betul lah mangkuk ni" Puas membelek belek dan mencuba dengan pelbagai ayat jampi serapah baru Banshir teringat. "Macamana lah aku boleh terlupa. Bukankah Gigholo cakap kena bayar RM38 sebulan baru boleh pakai. Bongok betul lah aku ni. Bangang tak sudah sudah. Patut pun kena tipu Catherine". Banshir menempelak dirinya sendiri. Selepas membayarnya dengan ayat jampi serapah khas yang diajar oleh Gigholo akhirnya Banshir dapat menggunakan mangkuk itu selama sebulan. Hebat, memang hebat

Nujum Pak Belalang

Menilik nasib dan mengintai masa depan Peraturan raja Bumiphol memberi banyak pengajaran kepada Banshir. Sesiapa yang mengikuti peraturan baginda, sesiapa saja dalam kalangan rakyatnya akan diberi hak kebebasan. Dahulunya Banshir tidak faham apa itu peraturan Bumiphol, kerana sebagai raja sudah tentu baginda berkuasa mengeluarkan perintah dan mengerah tenaga rakyat untuk mengikut arahannya. Tetapi raja Bumiphol tidak begitu, arahannya adalah tetap. Siapa nak ikut, maka dia akan menjadi rakyat yang bebas memiliki hak sendiri. Siapa yang tak ikut, haknya akan dirampas oleh pendokong Catherine. Apabila sudah merasai sendiri kekejaman Catherine yang cukup halus, baru lah sedar bahawa janji janji Catherine itu palsu dan khayalan semata. Indah di mata, sengsara di hati. Banshir mencari di mana arahan tetap peraturan raja Bumiphol itu boleh diketahui. Untuk ke istana raja pun Banshir tidak tahu di mana ia berada. Apa yang Banshir tahu adalah melalui apa yang dengar saja cerita tenta

Catherine Si Penjerut Leher

Kelicikan riba dan sistem piramid Banshir hidup di zaman yang cukup bahaya kerana bahaya itu sendiri pun tidak disedari dan tidak nampak dengan mata kasar. Bayangkan seseorang itu tanpa dipaksa, rela untuk menjadi seorang hamba yang patuh dan setia. Apabila sudah jadi hamba tidak sedar dirinya sudah jadi hamba dan masih berkata dirinya adalah seorang yang bebas merdeka. Dalam zaman Banshir ini ada seorang taikun bernama Catherine, cantik namanya dan sangat menggoda. Dia adalah seorang wanita yang boleh menyebabkan sesiapa saja akan tunduk patuh. Wanita jadi taikun? Dahsyat sungguh. Apa yang membuatkan Catherine sangat hebat adalah boleh menundukkan sesiapa saja tanpa paksaan. Dengan relanya seseorang itu boleh menyerah diri kepadanya. Kenapa? Catherine menawarkan kehidupan yang indah kepada sesiapa yang mahu mengikut arahannya. Adakah kehidupan pengikutnya benar benar indah? Ya, benar. Tetapi disulami dengan kesengsaraan. Apa yang dimahukan tetap akan dapat tapi ia dibayar de

Selesaikan Hutang Dahulu

Jadi hamba bila gagal bayar hutang Ketika Banshir bercita cita mahu jadi raja, dia terlepas pandang dengan hutang lama yang belum habis dibayar. Termasuk hutang ke atas bisnes kongsi yang gagal. Selesaikan dulu hutang baru senang perjalanan mahu menjadi raja. Namun begitu, pada fikiran Banshir mungkin kah ada cara terbaik untuk bayar hutang tanpa mengabaikan simpanan emas. Banshir cuba memikirkan jalan terbaik untuk itu. Jika bekerja dan dapat duit untuk bayar hutang saja, tentu kerja yang sia sia. Hutang yang ada pun bukan terdesak sangat untuk dibayar segera. Tetapi jika ia segera dihabiskan lebih baik. Kerana segala duit lebihan pendapatan yang terhasil akan fokus kepada emas. Simpan emas untuk bayar hutang Persoalan dalam fikiran Banshir sekarang adalah, bolehkah simpan emas untuk bayar hutang? Satu soalan yang sangat bagus kerana bekerja untuk dapat duit tak sepatutnya habis diguna untuk bayar hutang sahaja. Atau bekerja kerana mahu bayar hutang. Bila terlalu lama be

Mengerah Duit Untuk Mengumpul Emas

Mulakan kerahan tenaga sekarang Banshir cuba memikirkan cara terbaik bagaimana hendak mengumpul emas. Dengan memiliki emas yang banyak saja, sudah tentu dia akan menjadi seorang raja. Pada fikirannya, tiada cara lain selain bekerja keras dahulu untuk mengerah lebih banyak duit yang boleh membeli emas. Banshir perlu bekerja lebih keras untuk dapatkan lebih banyak duit. Walaupun Banshir bekerja tetap dengan mendapat gaji setiap bulan, dia bertekad untuk mencari sumber pendapatan tambahan lain. Dengan adanya duit lebih itu, Banshir akan menyimpannya untuk membeli emas sedikit demi sedikit. Itu saja cara terbaik untuk menjadi seorang raja. Pengurusan kewangan yang cekap Banshir merangka satu pelan pengurusan duit pendapatan supaya lebih cekap dan fokus. Pendapatan Banshir terbahagi dua, gaji tetap dan imbuhan ganjaran. Gaji tetap digunakan sepenuhnya dalam agihan perbelanjaan. Ia meliputi keperluan asas dan hutang untuk kemudahan. Namun begitu, kesilapan Banshir menyebabkan h

Emas Adalah Raja

Imaginasi kehidupan masa depan Pada masa mudanya, Banshir adalah seorang yang suka berimaginasi. Pernah dahulu dia membuat model tapak rumah dengan menggunakan kertas lukisan yang keras. Dibentuk dan dipotong kemudian digam dan di atas kadbod keras. Pernah juga Banshir memotong gambar kereta dan ditampal pada sekeping kadbod. Dibentuk bingkai dan digantung di dinding. Pernah juga merangka satu buku seperti sebuah perlembagaan, ditulis peraturan dan tatacara kehidupan pada masa akan datang. Semua itu adalah imaginasi Banshir untuk masa depan. Adakah semua itu jadi kenyataan? Ya, ia menjadi satu kenyataan. Apa yang digambarkan dalam imaginasinya menjadi satu realiti. Walaupun tidak 100% seperti yang digambarkan namun apa yang diimaginasikannya menjadi kenyataan. Sejarah lalu telah membuktikan apa yang pernah dilakukannya dengan berimaginasi boleh jadi kenyataan. Hari ini, sekali lagi Banshir mahu melakukan perkara yang sama. Semuanya akan dilakukan sekali lagi dengan lebih te

Kisah Bersiri Seorang Lelaki Bernama Banshir

Belajar daripada kesilapan lalu Sebuah kisah tentang seorang lelaki bernama Banshir, dia hanya bekerja sebagai kuli biasa saja dengan kerja tetap bergaji bulanan. Walaupun begitu, atas kesedarannya tentang pengurusan harta dan kewangan yang  baik telah membuatnya insaf untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Sekarang usia Banshir sudah 40 tahun, walaupun agak terlambat tidak bermakna dia harus menyerah kalah. Sebelum terlambat lagi, Banshir berkata kepada dirinya dia mesti berubah. Banyak masa, tenaga dan wang telah dibazirkan selama ini sehingga mengalami banyak kerugian dan meninggalkan beban hutang. Kali ini Bashir akan melakukan satu perancangan yang berani untuk mengubah kehidupan secara lebih drastik. Dalam menceritakan kisah Banshir ini, banyak siri kisahnya akan diceritakan disini. Kisah ini adalah daripada realiti kehidupannya untuk dijadikan satu teladan kepada mereka yang mahu mengambil iktibar daripada sebuah cerita tentang kehidupan masa lalu dan akan data

Membangun Ekonomi Masyarakat

Stabilkan kewangan sendiri terlebih dulu Dalam dua kisah orang terkaya di Babylon sebelum ini, pengajaran yang boleh kita ambil adalah bekerja ambil upah dan bangunkan asset dengan menyimpan dan mengumpul emas. Berusaha untuk cari pendapatan lebih. Baca disini . Kemudian kisah tentang kepentingan ilmu mendahului kekayaan adalah perlu bagi menyelamatkan harta daripada hilang dan terlepas hak ke atas pemilikannya. Baca disini . Ini adalah kisah ketiga bagaimana simpanan emas yang dikumpul dengan banyak dapat menstabilkan ekonomi sendiri ketika berlaku krisis. Emas adalah asset rizab yang boleh digunakan bila bila masa ketika kecemasan dalam berdepan dengan krisis. Ketika kita senang dan mampu bekerja, beringatlah bahawa langit tak selalu cerah. Walaupun kita boleh menyimpan saja wang di dalam bank, tidak seperti emas ia kalis inflasi dan nilainya tidak akan susut untuk satu jangka masa panjang. Kalau nak simpan wang boleh saja tetapi simpanan utama mestilah emas. Simpan wa

Kenapa Simpan Emas?

Gambarajah diatas adalah infografik ringkas mengenai kebaikan menyimpan emas. Tetapi secara peribadi apakah kebaikan paling unggul dan menonjol sebagai sebab utama kita menyimpan emas? Asset unggul untuk masa depan Kita tak akan berminat dengan sesuatu perkara jika ia tidak menarik perhatian dan penting untuk kita. Begitu juga apabila disarankan menyimpan emas, kita tak akan mahu ambil peduli jika tidak nampak apa kebaikannya. Jika kita rajin menyelidik harga emas sepanjang tempoh 10 tahun lepas. Harganya walaupun turun naik tetapi tak pernah terus jatuh dan semakin jatuh tak naik naik semula. Ini bermakna permintaannya sentiasa banyak dan bertukar hak milik dari satu tangan ke satu tangan individu yang lain. Kenaikan harga itu sendiri bermakna aliran emas dalam pasaran sangat perlahan sehingga memaksa harganya naik supaya berlaku jual beli dalam pasaran emas. Namun demikian, apabila ingin memiliki emas, menyimpan dan mengumpulnya, usah bermatlamat untuk menjualnya ke

Daftar Sendiri Akaun Public Gold GAP

PENDAFTARAN AKAUN GAP DISINI Ikuti langkah berikut. Buka link website Public Gold berikut untuk pendaftaran. Isi maklumat peribadi di dalam website tersebut. Pada bahagian Introducer ID sila masukkan nombor ID berikut  00111506 Tekan butang "Check Introducer" untuk mengesahkan nombor ID di atas. Akhir sekali tekan "Submit" setelah maklumat yang diperlukan diisi. Pendaftaran anda berjaya. Apa yang boleh dibuat dengan akaun PG GAP? Pembelian emas serendah 1 gram atau RM100 dalam bentuk simpanan nilai. Kumpul dan simpan emas sedikit demi sedikit tanpa perlu simpan di rumah. Menjual semula emas ketika harga tinggi untuk dapat wang tunai. Menukar simpanan nilai emas kepada emas fizikal di mana mana cawangan terdekat. Kenapa mahu buka akaun PG GAP? Anda mesti tahu dahulu kepentingan menyimpan dan mengumpul emas, baru lah tahu apa matlamatnya. Kenapa simpan emas? Klik disini untuk baca lanjut . Akaun PG GAP adalah kemudahan untuk me