Khazanah simpanan emas Banshir masih merasakan dirinya seorang hamba berdasarkan ciri ciri berikut : Masih menanggung hutang sehingga bertahun tahun. Masih perlu bekerja keras untuk dapat lebih banyak duit. Masih perlu patuh dan taat kepada ketuanan. Justeru, Banshir perlu mengurangkan 3 kesan perkara tersebut bagi membebaskan diri daripada anasir perhambaan. Sebelum ia menjadi lebih buruk dan membelenggu dirinya jatuh taraf menjadi seorang hamba abdi. Apa yang perlu dilakukan Banshir sekarang adalah satu pelan perancangan pembebasan diri. Pertama sekali, perancangan awal Banshir sekarang adalah mengurangkan hutang. Jadual pengurangan hutang Banshir menyenaraikan semua hutang yang mesti dibayar. Keutamaan hutang yang sedikit akan dibayar dahulu. Diikuti hutang hutang yang banyak mengambil masa yang lama untuk dibayar. Senarai hutang Banshir : Hutang kepada Barrack Obama RM200k. Hutang kepada Harimau Malaya RM30k. Hutang kepada Burung Kakak Tua RM10k. Lai
Misi mencari di mana raja Bumiphol Selepas meninggalkan kawannya Gigholo, Banshir meneruskan misinya untuk mencari di mana raja Bumiphol. Sebelum itu, dengan menggunakan mangkuk nujum pak belalang Banshir cuba mencari apakah peraturan diraja yang disampaikan oleh raja Bumiphol untuk rakyatnya yang mahu setia dan sedia berkhidmat kepadanya. Kali pertama dia menggunakan mangkuk itu tidak keluar gambar mahupun perkataan yang mahu dicarinya. "Ehh... Kenapa pulak ni. Mangkuk hayun betul lah mangkuk ni" Puas membelek belek dan mencuba dengan pelbagai ayat jampi serapah baru Banshir teringat. "Macamana lah aku boleh terlupa. Bukankah Gigholo cakap kena bayar RM38 sebulan baru boleh pakai. Bongok betul lah aku ni. Bangang tak sudah sudah. Patut pun kena tipu Catherine". Banshir menempelak dirinya sendiri. Selepas membayarnya dengan ayat jampi serapah khas yang diajar oleh Gigholo akhirnya Banshir dapat menggunakan mangkuk itu selama sebulan. Hebat, memang hebat